Cara Kawal Gula Dalam Darah Buat Pesakit Diabetes/Kencing Manis..



Paras gula yang tinggi dalam darah adalah sangat sinonim dengan penyakit diabetes atau lebih dikenali sebagai penyakit kencing manis..

Pastinya ramai orang yang menderita penyakit diabetes akan lebih runsing memikirkan hal ini kan..

Untuk mengawal tahap gula dalam darah individu tersebut perlu mengawal dari segi pengambilan diet dalam sehari-hari. Diet yang konsisten setiap hari merupakan kunci kepada pengurusan diabetes..


Diet Diabetes adalah diet yang sihat dan sesuai dikuti oleh semua orang. Bagi pesakit diabetes, mereka perlu berhati-hati dalam pemilihan makanan kerana jenis makanan yang dimakan sangat mempengaruhi paras gula dalam darah seseorang.

Diet ini juga serba sedikit bergantung kepada faktor badan, umur, pekerjaan dan aktiviti yang dilakukan seta keadaan penyakit.

Untuk memberikan tenaga yang mencukupi bagi menjalankan tugas harian, diet yang diambil juga haruslah seimbang dengan mengandungi zat makanan yang diperlukan oleh tubuh.


Cadangan pembahagian kalori:

Protein: 15%

Lemak: 30%

Karbohidrat: 55%


Matlamat diet:


1- Mengekalkan atau mendapatkan berat badan yang sesuai dengan ketinggian dan umur.

2- Mengekalkan kalori yang mencukupi untuk melaksanakan aktiviti harian.

3- Mengawal paras gula glukosa dalam darah serta mencegah kehilangan glukosa di dalam urin.

4- Melambatkan atau mengelakkan komlikasi diabetes.

5. Menjadi diet yang baru ini sesuai dengan cara hidup pesakit.


Makanan yang perlu dielakkan untuk pesakit diabetes/kencing manis.


Makanan yang mengandungi gula ringkas. Contohnya, gula pasir, gula melaka, gula batu, gula-gula, jeruk, halwa, kuih-kuih yang manis, susu pekat manis, buah-buahan dalam tin, minuman ringan, coklat, madu lebah, jem (kecuali jem untuk pesakit diabetes), semua makanan yang bersalut gula dll.


Makanan yang perlu dihadkan.


Makanan yang mengandungi karbohidrat komples. Makanan dari kumpulan ini boleh diambil tetapi hanya dalam jumlah yang sederhana. Ini kerana makanan dalam kumpulan ini akan dicerna dan diserap dengan perlahan dan ini tidak menyebabkan peningkatan aras gula dalam darah secara mendadak. Makanan yang mengandungi karbohidrat ini harus diagihkan pengambilannya sepanjang hari dan bukan dimakan sekaligus dengan banyak.

Contohnya, nasi, bijirin, biskut, kekacang, susu, pasta, semua jenis mee, semua jenis tepung, semua jenis ubi, buah-buahan/jus, sayuran berkanji (labu), jagung, serbuk coklat dll..


Makanan yang bebas dimakan


Air kosong, air mineral, kopi dan teh, air barli, jus limau nipis, sayur-sayuran, ulam-ulaman, cuka, sup, serbuk rempah, serbuk cili, herba dll..


Pengambilan vitamin dan zat galian yang mencukupi.

Kajian mendapati bahawa kekurangan zat galian seperti kromium dan selenium mempunyai kesan ke atas insiden diabetes. Kromium ini mempunyai fungsi untuk menyeimbangkan dan membantu mengekalkan gula pada darah. Kajian juga mendapati anti-oksidan seperti vitamin C dan E serta beta keroten (sejenis vitamin A larut air) boleh membantu mengurangkan risiko komlikasi yang berkaitan dengan diebetes.


Pengambilan protein yang betul.


Protein memang amat diperlukan untuk memperbaiki tisu tubuh dan memastikan pertumbuhan yang sempurna pada kanak-kanak. Pengambilan protein 15-20% daripada jumlah tenaga yang diambil adalah disyorkan. Protein juga boleh didapati dari sumber bijirin seperti roti, beras, pasta, tepung, soya serta hasilannya dll atau dari sumber haiwan seperti daging, ikan, telur, ayam, dan produk tenusu. Harus diingat kerana hal ini perlu diberi perhatian dalam merancang pengambilan diet harian anda.


Pengambilan serat yang betul


Serat atau serabut diet boleh didapati dalam bentuk larut (yang larut dalam air - ia membantu melambatkan penyerapan nutrien) dan serat tak larut (tidak dapat dihadam oleh sistem pencernaan- membantu mengelakkan sembelit). Serat yang tak larut ini membantu melambatkan penyerapan gula dan kolestrol ke aliran darah. Saranan pengambilan serat 30-40gm sehari.

Contoh makanan adalah seperti sayur-sayuran, ulam-ulaman, buah-buahan, kekacang, bijirin, bijirin sarapab pagi, jagung, pasta dll.


Pengambilan lemak yang betul.

Terdapat dua jenis lemak yang boleh dimakan:

a- Lemak tepu
- Sumber utamanya adalah dari sumber haiwan iaitu daging yang berlemak, kulit ayam, lemak pada ayam, susu penuh krim, mentega, keju dan dari sumber tumbuhan ialah santan kelapa. Lemak jenis ini boleh meningkatkan tahap lemak dan kolestrol dalam darah.

b- Lemak tak tepu (terbahagi kepada dua)

i- Lemak Poli tak tepu
- boleh didapati pada minyak jagung, minyak sayuran, minyak bunga matahari dan minyak soya. Kajian menunjukkan lemak poli taj tepu boleh menurunkan tahap kolestrol darah. Namun pengambilannya perlu dalam kadar yang sederhana.

ii- Lemak mono tak tepu
- Ada dalam minyak kanola, minyak zaiton, minyak sunflower dan minyak bijan. Kajian terkini mendapati lemak mono tak tepu boleh membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.


Apa yang Shaklee boleh bantu anda:

1- ESP



- Berindeks glisemik (GI) rendah dan sangat sesuai untuk pesakit diabetes.





-Imbangan vitamin dan mineral yang lengkap





-Memberi kesan positif kepada diabetic neuropathy.





-Sumber serat yang membantu menstabilkan gula dalam darah.





-Mengukuhkan kapilari dan salur darah.





-Membantu penghasilan insulin dan pemulihan luka.


7- Vivix



-Sumber anti-oksidan terbaik.


Jom kita tengok testimoni seorang isteri yang sangat gembira dengan paras gula suaminya yang menurun.. 






Hati-hati ye korang.. diabetes tak mengira umur.. umur baru 32 tahun pon dah boleh kene penyakit.. take care korang.. tak perlu nak tunggu sampai umur dah 60an baru nak cuba makan vitamin ya.. penyakit memang tak mengira umur..


Semoga bermanfaat ya..  


Jangan segan silu untuk menghubungi Eda untuk membeli produk Shaklee atau anda juga saya boleh daftarkan untuk menjadi ahli Shaklee.. Jangan malu-malu ya.. 

Kalau nak semak harga produk Shaklee boleh 
klik sini --> Harga Produk Shaklee

Eda Ejai
♥Shaklee Independent Distributer [ID No : 888 102]
♥Sms/whatsapp/telegram/wechat : 013-397 6474
♥hidawati.kadiso@gmail.com
♥eda83.blogspot.com
♥www.facebook.com/edaejaishop


Saya juga mengenyorkan juga anda untuk terus order sebarang produk Shaklee kegemaran anda secara online menggunakan kreadit / debit kad melalui link di bawah. Klik sahaja gambar eSELL dibawah dan ikut arahan yang diberikan. =D







No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...