Showing posts with label CoQ HEALTH PLUS. Show all posts
Showing posts with label CoQ HEALTH PLUS. Show all posts

Review Dan Testimoni CoQ-Trol Plus..


Seperti yang eda pernah beritahu tentang CoQ-Trol Plus beberapa entry yang lepas.. Ia sangat baik untuk tenaga, jantung, sistem reproduktif, kulit dan otak..

Ddisebabkan CoQ-Trol Plus ini baru sahaja berada di pasaran pada bulan ini setelah empat tahun menghilang dan kini ia kembali dengan formula baru yang lebih hebat daripada dahulu yang dikenali sebagai Coq Health Plus.. eda nak kongsikan beberapa review dan testimoni CoQ-Trol Plus ini..

Mulakan Tahun Baru 2018 Dengan CoQ-Trol Plus..

Permulaan untuk tahun baru yang sangat menarik.. Kenapa eda katakan ia menarik? kerana produk yang telah beberapa tahun tak muncul kini muncul kembali.. 

Produk apa ya??


CoQ-Trol Plus




Sebenarnya CoQ-Trol Plus ini adalah produk baru yang dipetingkatkan hasil formulasinya.. Sebelum ini kita kenali nya sebagai CoQ-Health. Kini pihak Shaklee telah meningkatkan formulanya menjadi CoQ-Trol Plus yang mana CoQ-Health sudah 4 tahun dihentikan penjualannya..

Penyakit Darah Tinggi Boleh Diatasi Dengan Supplement Yang Betul..

Image result for tekanan darah

Korang perasan tak yang masalah penyakit tekanan darah tinggi ni dah jadi macam biasa kita dengar. Bukan dari kalangan mereka yang sudah berumur dalam lingkungan umur 40 hingga 60an sahaja, malah seawal umur 30an pon sudah biasa kita dengar..


Pentingnya tahu tentang tekanan darah tinggi sendiri

Kita perlu ambil tahu dan ambil peduli tentang tekanan darah sendiri kerana ia menunjukkan tekanan yang dikenakan pada dinding arteri apabila jantung berdegup dan mengepam darah ke seluruh tubuh badan.

Image result for tekanan darah

Sebagai contoh, jika tekanan darah kita adalah 140/75, kedua-dua nombor ini akan memberitahu jumlah tekanan yang mengenai dinding artei semasa jantung mengecut dan juga semasa ia berehat.

- Tekanan sistolik - nombor atas (dalam contoh 140)
- Tenanan diastolik - nombor bawah (dalam contoh 75)

Image result for tekanan darah


Apa yang merisaukan adalah, jika tekanan darah terlalu kerap naik dengan tinggi, ia akan membuat dinding arteri terpaksa meregang sehingga melebihi hadnya. Seandainya tekanan darah naik sehingga 180 no atas dan 110 no bawah, anda wajib dapatkan rawatan. Jika tidak diatasi ia boleh mengakibatkan pecah dan menyebabkan kematian akibat pendarahan. Tak kurang juga yang boleh diserang lumpuh kerana serangan strok.. Sangat menakutkan.. Jika dibiarkan tanpa rawatan boleh menyebabkan banyak komplikasi dan kematian..


Antara beberapa penyebab darah tinggi adalah:

- Faktor keturunan
- Pengambilan alkohol dan merokok
- Penyakit buah pinggang
- Ubatan seperti steroid, ubat antiradang bukan steroid


Simptom tekanan darah tinggi

Bagi individu yang alami tekanan darah tinggi ini, ada sesetengah yang tidak mengalami apa-apa tanda.. Tetapi ada juga yang alami pening-pening atau sakit kepala.. Selalunya apabila sudah berasa pening atau sakit kepala ianya mungkin sudah sampai hypertension stage 1 atau stage 2. Jadi sebaik-baiknya eloklah buat pemeriksaan sendiri di rumah dengan membeli sendiri alat mengambil bacaan tekanan darah yang banyak dijual dipasaran atau pergi sendiri ke klinik berdekatan..


Komplikasi tekanan darah tinggi

Tekanan darah tinggi menjadi bahaya apabila ia boleh menyebabkan tekanan ke atas organ-organ penting terutamanya otak, jantung dan buah pinggang.


Peningkatan tekanan darah yang mendadak

- Ia boleh menyebaban kekeliruan, khayal, sawan dan kematian.. WAJIB dirawat segera!!



Tekanan darah tinggi yang berterusan

-Tekanan yang berterusan ke atas organ dalam badan akan menyebabkan:

Salur darah - menjadi keras
Jantung - menyebabkan kegagalan jantung, serangan jantung dan kematian
Buah Pinggang - Mengakibatkan kegagalan buah pinggang
Otak - strok/angin ahmar
Mata - pendarahan dan kerosakan pada kawasan sensetif cahaya dalam mata

Tetapi sebenarnya semua komplikasi tersebut dapat dicegah kalau kita mendapat rawatan dengan lebih awal dan cepat.


Ubah Cara Hidup

- Elakkan stress yang kuat
- Berhenti merokok dan pengambilan alkohol
- Banyakkan aktiviti fizikal
- Kurangkan berat badan yang berlebihan
- Kurangkan pengambilan garam (boleh gantikan garam bukit atau garam laut)


Apa yang Shaklee boleh bantu??

Ya Shaklee ada produk yang boleh menurunkan tekanan darah tinggi. Supplement ini untuk menyokong taraf kesihatan sedia ada dan mengawal tekanan darah yang normal..


Omega Guard



- Melancarkan perjalanan darah, menghalang pembekuan darah (blood-clotting), elak strok, tingkatkan fungsi jantung, elakkan keradangan dll.


Garlic



- Merendahkan tekanan darah, antibiotik semulajadi, tingkatkan sistem imun tubuh.


CoQHealth Plus

Image result for coqhealth plus shaklee

- Mengurangkan tekanan darah tinggi, berikan tenaga untuk fungsi jantung.


Vivix



- Antioksidan hebat Resveratrol dan polifenol tumbuhan untuk bantu mengurangkan resiko sakit jantung dan memperbaiki sehingga ke tahap DNA sel badan.


Jom kita liht sendiri salah seorang pesakit darah tinggi Encik Fahmy Shuhaimi yang telah mengamalkan beberapa produk Shaklee untuk beliau atasi masalah yang beliau alami ini..


Ubat Darah Tinggi? Apa Laki Ni Buat Untuk Turunkan Tekanan Darah from iReach HD on Vimeo.


Siapa yang tak sayang suami kan.. isteri mana yang tak risau bila suaminya mengalami masalah atau mengidap apa-apa menyakit..

Jadi, apa tunggu lagi, jangan biarkan pasangan atau orang yang tersayang anda terus menerus tersiksa dengan penyakit yang mereka hidapi..




 Semoga bermanfaat ya..  

Jangan segan silu untuk menghubungi Eda untuk membeli produk Shaklee atau anda juga saya boleh daftarkan untuk menjadi ahli Shaklee.. Jangan malu-malu ya.. 

Kalau nak semak harga produk Shaklee boleh 
klik sini --> Harga Produk Shaklee

Eda Ejai
♥Shaklee Independent Distributer [ID No : 888 102]
♥Sms/whatsapp/telegram/wechat : 013-397 6474
♥1642 8561 0089 Maybank Nor Hidawati

Saya juga mengenyorkan juga anda untuk terus order sebarang produk Shaklee kegemaran anda secara online menggunakan kreadit / debit kad melalui link di bawah. Klik sahaja gambar dibawah dan ikut arahan yang diberikan. =D






Cara Suburkan Air Mani..




Hehehe.. amacam, menarik tak tajuk entry kali ni?? topik yang agak 'panas' juga kan.. 

Kemungkinan ada juga segelintir kaum adam yang agak berasa sensetif kalau kita membincangkan tentang topik ini.. Tapi tahukah anda bahawa hakikatnya hal ini sangat besar impaknya terhadap sesebuah perkahwinan.. Kepada pasangan suami isteri yang dah lama menantikan kehadiran cahaya mata, pasangan yang mahu menambah ahli keluarga baru, pasangan baru yang tak sabar nak menimang cahaya mata dan pasangan yang akan berkahwin dan mahu diri subur seperti bunting pelamin pasti teruja dengan entry ini kan..  

Jadi apa kita tunggu lagi.. Jom kita lihat beberapa tips untuk suburkan air mani.. 

1- Jangan pakai seluar ketat.




- Hal ini termasuk juga seluar dalam yang ketat dan juga seluar jeans. Pastikan ada pengudaraan di 'kawasan tersebut'. Ada juga kajian yang mengatakan dengan memakai boxer adalah lebih baik untuk kesuburan berbanding seluar dalam. Nak lebih pengudaraan?? pakai je kain pelikat.. 😀


2- Kurangkan pendedahan kepada bahan kimia dan radiasi.



- Bahan-bahan kimia seperti racun serangga dan sinar-X dikenal pasti boleh mengganggu penghasilan sperma dan boleh menyebabkan ia tidak subur.


3- Elakkan suhu yang terlalu panas.

- Sauna atau mandian airpanas yang terllau lama tidak elok untuk kesuburan kerana ia boleh menyebabkan kilang telur anda kepanasan dan secara tak langsung dapat mematikan sperma yang sangat berharga..



Antara salah satu perbuatan yang kita sering buat adalah menggunakan laptop di atas riba. Ia juga boleh mengganggu kesuburan kerana haba yang dihasilkan akan terhala ke bahagian sulit lelaki. Sebaiknya anda boleh letas atas yang boleh menghalang haba tersebut membunuh sperma anda.


4- Amalkan pemakanan yang sihat.



Pemakanan yang sihat sangat penting untuk memastikan kesuburan anda terjaga. 

a- Dapatkan banyak antioksida

Ada kajian menunjukkan antioksida boleh membantu meningkatkan kandungan sperma lelaki. Kandungan sperma yang tinggi penting untuk kesuburan lelaki. Dapatkan makanan yang kaya dengan vitamin c dan vitamin e yang dapat membantu meningkatkan kesuburan. Contoh makanan adalah buah-buahan, sayur-sayuran, bijiran, protein dari daging putih (ayam, ikan dan makanan laut) serta produk tenusu.

b- Amalkan pengambilan suplemen. 

Nak Hebat Macam JEBAT?? Men's Vital Health Set Boleh Bantu


Anda boleh ambil supplement yang kaya dengan Vitamin C, Vitain E, Coenzyme Q10, selenium, zinc dan juga asid folik. Vitamin-vitamin ini terbukti boleh meningkatkan kualiti dan kuantiti sperma untuk lelaki.

c- Elakkan makanan yang membunuh sperma.


Makanan yang membunuh sperma adalah seperti minuman beralkohol dan daging merah. Kita sebagi umat Islam memang sah-sah tak boleh minum kan..

5- Berhenti merokok dan jauhi perokok.



Jika anda seorang perokok dan inginkan anak, sebaik-baiknya anda berhenti merokok sekarang. Rokok dan asap rokok boleh mengganggu kesuburan suami dan juga isteri. Tambahan pula tiada manfaat pon yang anda perolehi daripada merokok melainkan merosakkan badan yang Allah beri pinjam kepada kita. Asap rokok juga berbahaya kepada orang sekeliling.


6- Kurangkan stress.



- Stress yang terlalu tinggi boleh mengganggu penghasilan dan keseimbangan hormon di badan badan. Ini termasuk hormon-hormon yang membantu penghasilan sperma.

Anda boleh mencari jalan untuk mengurangkan stress seperti bersukan, melakukan aktiviti yang disukai dan pergi bercuti. Jangan terkejut jika ada orang boleh hamil selepas berukar kerja.. =D


7- Dapatkan berat badan yang ideal.



Orang yang terlalu kurus atau terlalu berisi dan obes adalah berkemungkinan tinggi untuk mempunyai kandungan sperma yang rendah serta menghasilkan sperma yang 'cacat'. Kalau sperma cacat memang sukar la nak tembus ke ovum.


8- Hindarkan ketagiha dadah.



Penyalahgunaan dadah boleh menyebabkan sperma mati. Dan ada juga dadah yang boleh mengecutkan 'kilang sperma' sekaligus menghilangkan kelakian seorang lelaki.


9- Dapatkan khidmat pakar.



Anda dah cuba semua cara diatas tetapi masih gagal untuk mendapatkan cahaya mata. Sebelum anda pasrah dan menyerahkan kepada 'soal rezeki' semata-mata. silalah bertanya kepada yang pakar. Ada kemungkinan masalah anda berpunca daripada penyakit-penyakit tertentu yang perlu diubati terlebih dahulu..


Selain dari senarai di atas, anda juga boleh berikhtiar dengan Vivix Shaklee ni.. mungkin sedikit sebanyak dapat membantu anda.. 






Semoga bermanfaat ya..  


Jangan segan silu untuk menghubungi Eda untuk membeli produk Shaklee atau anda juga saya boleh daftarkan untuk menjadi ahli Shaklee.. Jangan malu-malu ya.. 

Kalau nak semak harga produk Shaklee boleh 
klik sini --> Harga Produk Shaklee

Eda Ejai
♥Shaklee Independent Distributer [ID No : 888 102]
♥Sms/whatsapp/telegram/wechat : 013-397 6474
♥1642 8561 0089 Maybank Nor Hidawati

Saya juga mengenyorkan juga anda untuk terus order sebarang produk Shaklee kegemaran anda secara online menggunakan kreadit / debit kad melalui link di bawah. Klik sahaja gambar dibawah dan ikut arahan yang diberikan. =D


7 Tips Mengelak Serangan Jantung..

Seseorang itu dikatakan mengidap sakit jantung apabila otot jantung yang terdiri daripada serabut-serabut otot khusus yangkekerja untuk mengepam darah tidak mendapat bekalan darah yang mencukupi.

Saluran darah yang sempit kerana dinding sebelah dalam saluran darah dipenuhi lemak antara penyebab bekalan darah ke otot jantung tidak mencukupi.



Serangam Penyakit Jantung (Wikipedia)

Penyakit jantung adalah digambarkan sebagai rasa kesakitan yang amat sangat pada bahagian dada yang berterusan sehingga setengah jam, menjalar ke arah tangan kiri dan rahang. Pesakit biasanya akan mengalami kesukaran untuk bernafas dan perasaan takut yang keterlaluan..

Sebab utama berlakunya rasa kesakitan ini adalah disebabkan oleh kematian sebahagian otot jantug yang disebabkan oleh salur darah di bahagian tersebut tersumbat. Lebih besar salur darah yang tersumbat, lebih merbahaya serangan jantung tersebut. Sekiranya saluran darah tertutup sepenuhnya, sebahagian dari otot jantung akan rosak. Kemudian, sakit dada yang teramat sangat akan terjadi. Keadaan inilah yang dinamakan "serangan sakit jantung"


1- Lakukan saringan kesihatan.



- Sebaik-baiknya anda boleh lakukan ujian saringan kesihatan jantung dalam 2-3 tahun sekali. Tak perlu tunggu sakit dahulu untuk dapatkan rawatan khidmat nasihat doktor.


2- Kenali Faktor Risiko Anda..



- Sejarah keluarga - Penyakit ini kebiasaannya disebabkan oleh keturunan, andai kata ibubapa anda pernah mengidap sakit jantung, maka risiko untuk anda dapat penyakit ini adalah tinggi.

-Lelaki lebih berisiko berbanding perempuan.

- Semakin berumur, risikonya juga semakin meningkat.

- Pengidap diabetes - pengidap diabetes juga berpotensi untuk mendapat serangan jantug. Namun ia boleh dikawal dengan mengurangkan pengambilan gula dan mengambil ubat atas nasihat doktor.

- Aktiviti harian (tak aktif) - Pastikan anda kembali aktif dengan mengurangkan duduk. Rajinkan berjalan, bersukan atau melakukan aktiviti senaman.

- Pengidap darah tinggi/hipertensi 

- Merokok - Berhenti dari merokok adalah jalan yang terbaik. 

- Stress - Cuba kurangkan stress dan belajar teknik pengurusan stress agar anda dapat mengawal tekanan anda di tempat kerja.


3- Kekalkan berat badan ideal.



- Kegemukan atau obesiti juga salah satu punca kepada kebanyakan penyakit merbahaya seperti diabetes, tekanan darah tinggi dan bermacam-macam lagi. 


4- Amalkan diet yang sihat



- Jaga pemakanan anda dan sebaik-baiknya kurangkan makanan berkaborhidrat tinggi seperti nasi. Amat digalakkan makan mengikut piramid makanan yang disyorkan.


5- Berhenti merokok.



- Bagi perokok-perokok diluar sana, berhenti merokok adalah langkah yang bagus kerana ia adalah tabiat yang tidak sihat.. Jika anda berjaya untuk meninggalkan tabiat merokok, pastinya bukan sahaja anda yang menikmati kebaikannya, namun orang-orang sekeliling juga memperolehi manfaatnya juga..


6- Kekal aktif



Dengan gaya hidup yang agak ketat terutama waktu bekerja, ramai di antara kita yang hanya duduk sahaja di hadapan komputer berjam-jam lamanya. Apa yang boleh anda lakukan cuba bangun setiap 30 minit dan berjalan sedikit sebelum menyambung membuat kerja anda.


7. Belajar CPR



- Biasa tak kalau kita tengok dalam filem atau drama, bila seseorang itu sakit jantung dan rebah akan ada seseorang yang melakukan CPR bagi menyelamatkan nyawa. Ya anda juga boleh belajar dan menghadiri kelas-kelas yang mengajar anda bagaimana untuk melakukan CPR. 


Selain dari menjaga makan, kita juga boleh cuba tips untuk mengatasi serangan jantung dan turunkan kolestrol dengan ambil Set Jantung Sihat Shaklee ni.

Set Jantung Shaklee


Kolestrol jahat boleh dicegah dengan mengambil Phytocol-ST

Malaysia memang syurga makanan.. Agak susah sikit nak nak pantang makan kan.. Tapi kita perlu berusaha untuk menukar diet harian kepada manu yang sihat. Dengam mengambil supplement yang kaya dengan fisoterol dapat berganding dengan kolestrol 'baik' untuk menyerap kolestrol 'jahat' yang tak diperlukan.

 Fisoterol ini berfungsi sebagai menyerap kolestrol LDL yang berlebihan dalam tubuh. Lebih tinggi kandungan fisoterol dalam badan kita, lebih cepat paras kolestrol kita dapat diturunkan.

phytocol

Phytocol-ST Shaklee adalah 100% semulajadi dan dirumus khas dengan ramuan terpilih secara klinikal untuk menghindar penyerapan kolestrol dalam tubuh sekaligus mengawal paras kolestrol.

keistimewaan phytocol celikvitamin.

Kelebihan Phytocol-ST adalah:

1- Dirumus dengan campuran bahan yang mengandungi fisoterol semulajadi dalam tumbuh-tumbuhan, buah-buahan dan bijirin.
2- Disamping itu ianya dapat menampung 2000mg fisoterol daripada tumbuhan untuk keperluan seharian tubuh manusia.
3- Fisoterol telah terbukti dengan ujian makmal dapat merendahkan paras kolestrol LDL.
4- Mengikut saranan kandungan fisoterol yang digariskan oleh Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH).
5- Paling penting ianya halal, tidak mengandungi perasa, pemanis dan bahan pengawet.




Omega Guard pula sebagai langkah penurunan paras kolestrol 'jahat'



Minyak ikan yang terkandung di dalam Omega Guard diperlukan untuk kesihatan jantung.

1- Mempertingkatkan paras kolestrol 'baik' dalam pembuluh darah
2- Menyahkan kolestrol 'jahat' ke hati untuk disingkirkan
3- Menurunkan peras kolestrol 'jahat'
4- Melakukan pembersihan salur darah dari plak yang terkumpul.



Kuatkan Otot Jantung Dengan CoQHealth Plus

Peringkat seterusnya adalah untuk memperkasakan jantung anda dengan CoQHealth Plus. Di dalam CoQHealth ini terdapat CoQ 10 yang menyumbang tenaga ke arah menguatkan otot jantung.

coq 10 untuk kesihatan jantung

Selepas usia kita melepasi umur 20 tahun, penghasilan akan berkurangan secara beransur-ansur sehinggalah kita menginjak ke usia tua. Ketika itu otot jantung semakin lemah.



Kelebihan COQHealth Plus dengan jenaman lain


coq 10 untuk kesihatan jantung 2



Vivix Pula Pelindung Kepada Jantung Yang sihat

Vivix adalah pelengkap kepada jantung yang sihat. Vivix juga dapat melindungi jantung anda daripada pengoksidaan salur darah. Pengoksidaan pembuluh darah ini akan menyebabkan mendapan plak yang menyempitkan salur darah.



Selain dari itu Vivix juga mempunyai antoksidan kuat bagi melindungi dalur darah dari teroksida, Ia mengandungi 10 kali ganda resveratrol dan 15 folifenol. Ia berupaya membaiki sel dan berfungsi sebagai tonik anti-penuaan.




Ni pula testimoni pengguna yang telah menggunkan Vivix..






Semoga bermanfaat ya..  


Jangan segan silu untuk menghubungi Eda untuk membeli produk Shaklee atau anda juga saya boleh daftarkan untuk menjadi ahli Shaklee.. Jangan malu-malu ya.. 

Kalau nak semak harga produk Shaklee boleh 
klik sini --> Harga Produk Shaklee

Eda Ejai
♥Shaklee Independent Distributer [ID No : 888 102]
♥Sms/whatsapp/telegram/wechat : 013-397 6474
♥1642 8561 0089 Maybank Nor Hidawati

Saya juga mengenyorkan juga anda untuk terus order sebarang produk Shaklee kegemaran anda secara online menggunakan kreadit / debit kad melalui link di bawah. Klik sahaja gambar dibawah dan ikut arahan yang diberikan. =D






Mahu Ubat Darah Tinggi Tanpa Dadah..





Antara salah satu penyakit yang tergolong kepada kategori silent killer (pembunuh senyap) adalah tekanan darah tinggi atau hypertension. Ia dikatakan silent killer adalah kerana penyakit ini tidak memberikan sebarang tanda atau simptom ataupun amaran awal seperti penyakit lain.. 

Antara faktor yang biasa kita dapat lihat untuk penyakit tekanan darah tinggi ini adalah dari segi umur individu tersebut, etnik, sejarah keluarga dan gaya hidup seharian.



Berapakah bacaan tekanan darah yang normal?


Hal ini selalu menjadi tanda tanya kepada ramai orang.. meraka hanya tahu dari doktor yang tekanan darah meraka tinggi atau rendah sahaja.. tetapi mereka tak tau berapakah bilangan tekanan darah meraka.. 

Untuk bacaan tekanan darah yang sihat adalah 120/80mm Hg atau lebih rendah.

Bagi tekanan darah yang tinggi pula adalah 140/90mm Hg. Ia digunakan sebagai indikator untuk tekanan darah tinggi tanpa mengira peringkat umur seseorang.

Merujuk kepada bacaan darah diatas, ia terbahagi kepada dua bahagian. Angka pertama adalah tekanan sistolik atau tekanan darah apabila jantung mengalirkan darah ke seluruh tubuh badan.. Manakala angka kedua pula adalah tekanan distolik iaitu tekanan dalam keadaan rehat.



Tahukah anda jika kita telah disahkan mengidap darah tinggi, kita terpaksa bergantung kepada ubat sepanjang hayat untuk mengatasi penyakit ini.. Mengambil ubat tidak menjadi masalah, tetapi yang menjadi isunya disini adalah pengambilan ubat sentetik dan mengandungi dadah.. Dan ubat-ubatan sentetik ini kita tidak tahu sejauh mana kita harus ambil dan kesannya terhadap kesihatan kita..


7 Langkah Mengurangkan Tekanan Darah Tinggi Tanpa Dadah..

1- Kurangkan Berat Badan



Mengurangkan atau mengawal berat badan perlu dititik beratkan terhadap pengidap darah tinggi. Anda boleh bayangkan jika kita dapat mengurangkan 5 kg pasti akan memberi kesan dan memudahkan lagi penyerapan supplemen yang kita ambil.

2- Kurangkan Pengambilan Garam



Penggunaan garam harian patut dikurangkan daripada 2.3g sehari. Garam umpama pasir yang menyerap air dan meningkatkan tekanan darah. Apa yang boleh kita lakukan adalah dengan kurangkan pengambilan kicap, ikan/telur masin dan elakkan menambah garam dalam makanan yang telah terhidang. Tahukah anda yang satu sudu garam sudah mengandungi 2.3g garam..

3- Kurangkan tekanan



Tekanan di tempat kerja, stress dengan urusan rumah tangga, stress dari segi kewangan, stress dengan kesesakan lalu lintas dan sebagainya akan meningkatkan tekanan darah buat sementara waktu.

Jika mempunyai stress kronik, pasti ianya akan memudaratkan kesihatan dan membawa kepada punda penyakit berbahaya seperti serangan jantung, tiroid, strok dan sebagainya..

Oleh itu hidup perlu ada seimbang dan cuba elakkan stress yang berpanjangan..


4- Kerap bersenam.



Cuba amalkan bersenam selama 30-40 minit pada setiap hujung minggu. Sekurang-kurangnya anda lakukan dalam 3-4 kali dalam seminggu. Secara tak langsung ia dapat mengurangkan berat badan anda secara tidak sedar.


5- Lakukan diet harian yang baik



Diet dalam harian juga memainkan peranan yang agak penting dalam mempengaruhi tekanan darah seseorang individu. Berikut adalah tips yang boleh kita amalkan untuk diet yang sihat:

- Ambil tahu tentang keperluan kalori setiap makanan yang kita ambil setiap hari. Oleh itu kita dapat mengawal jumlah kalori dan jumlah makanan yang kita ambil. sekaligus dapat membantu kita mengurangkan berat badan.

- Makan yang kerap tetapi sedikit-sedikit dalam 5-7 hidangan sehari tetapi dalam sukatan yang kecil.

- Ambil tahu tentang keperluan kalori harian tubuh badan kita. Oleh yang demikian ia dapat bantu kawal jumlah makanan yang diambil dan secara tak langsung bantu kawal dankurangkan berat badan.

- Lebihkan mengambil makanan yang berserat.

- Kolestrol juga perlu dikawal. Selalunya orang yang mempunyai masalah tekanan darah tinggi turut mempunyai masalah berat badan dan kolestrol yang berlebihan. Oleh itu, kita perlu mengawal kolestrol dengan mengelakkan makanan yang berkolestrol tinggi seperti lemak haiwan, organ dalaman seperti paru-paru, makanan laut dan pada masa yang sama lebihkan serat dalam menu harian.

- Kurangkan mengambil kafein dan alkohol.

-Pastikan sumber potassium dimasukkan ke dalam manu harian. Potassium boleh mengurangkan kesan garam terhadap darah kita. Buah pisang adalah antara pilihan potassium yang baik dan mudah didapati.


6- Jauhkan rokok.



Nikotin pada rokok boleh meningkatkan tekanan darah sehingga 10 mm Hg sehingga 1 jam.
Jadi boleh tak anda bayangkan kalau kita merokok sepanjang hari, berapa kali ganda agaknya tekanan darah kita meningkat dalam sepanjang hari berkenaan??


7- Jangan selalu alpa.



Kerap melakukan pemeriksaan tekanan darah untuk memantau tahap kesihatan kita. Walaupun kita bebas hypertension, tetapi kita boleh pastikan yang kita lakukan pemeriksaan tekanan darah sekurang-kurangnya setahun sekali.


Apa yang Shaklee boleh bantu anda dalam darah tinggi dan bebas dadah??

Jom kita saksikan sendiri testimoni dari Encik Fahmi Suhaimi..



Sepertimana yang telah dikongsikan, Encik Fahmy Suhaimi dan isteri amat bimbang dengan tahap tekanan darah beliau serta kolestrol yang tinggi.. Tambahan pula Encik Fahmy mempunyai berat badan yang berlebihan..

Apa yang Encik Fahmy ambil untuk mengurangkan darah tinggi beliau adalah:















Image result for coq health shaklee

CoQ Health Plus




Hasilnya setelah mengambil kesemua supplement Shaklee ini, tahap kolestrol dan tekanan darah tinggi beliau kembalik ke paras normal.. Dan apa yang beliau tak sangka adalah berat badan juga menurun sebanyak 13kg dalam masa 3 bulan.. wowww..



Semoga bermanfaat ya..  


Jangan segan silu untuk menghubungi Eda untuk membeli produk Shaklee atau anda juga saya boleh daftarkan untuk menjadi ahli Shaklee.. Jangan malu-malu ya.. 

Kalau nak semak harga produk Shaklee boleh 
klik sini --> Harga Produk Shaklee

Eda Ejai
♥Shaklee Independent Distributer [ID No : 888 102]
♥Sms/whatsapp/telegram/wechat : 013-397 6474
♥1642 8561 0089 Maybank Nor Hidawati

Saya juga mengenyorkan juga anda untuk terus order sebarang produk Shaklee kegemaran anda secara online menggunakan kreadit / debit kad melalui link di bawah. Klik sahaja gambar eSELL dibawah dan ikut arahan yang diberikan. =D


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...