Cara Suburkan Air Mani..




Hehehe.. amacam, menarik tak tajuk entry kali ni?? topik yang agak 'panas' juga kan.. 

Kemungkinan ada juga segelintir kaum adam yang agak berasa sensetif kalau kita membincangkan tentang topik ini.. Tapi tahukah anda bahawa hakikatnya hal ini sangat besar impaknya terhadap sesebuah perkahwinan.. Kepada pasangan suami isteri yang dah lama menantikan kehadiran cahaya mata, pasangan yang mahu menambah ahli keluarga baru, pasangan baru yang tak sabar nak menimang cahaya mata dan pasangan yang akan berkahwin dan mahu diri subur seperti bunting pelamin pasti teruja dengan entry ini kan..  

Jadi apa kita tunggu lagi.. Jom kita lihat beberapa tips untuk suburkan air mani.. 

1- Jangan pakai seluar ketat.




- Hal ini termasuk juga seluar dalam yang ketat dan juga seluar jeans. Pastikan ada pengudaraan di 'kawasan tersebut'. Ada juga kajian yang mengatakan dengan memakai boxer adalah lebih baik untuk kesuburan berbanding seluar dalam. Nak lebih pengudaraan?? pakai je kain pelikat.. 😀


2- Kurangkan pendedahan kepada bahan kimia dan radiasi.



- Bahan-bahan kimia seperti racun serangga dan sinar-X dikenal pasti boleh mengganggu penghasilan sperma dan boleh menyebabkan ia tidak subur.


3- Elakkan suhu yang terlalu panas.

- Sauna atau mandian airpanas yang terllau lama tidak elok untuk kesuburan kerana ia boleh menyebabkan kilang telur anda kepanasan dan secara tak langsung dapat mematikan sperma yang sangat berharga..



Antara salah satu perbuatan yang kita sering buat adalah menggunakan laptop di atas riba. Ia juga boleh mengganggu kesuburan kerana haba yang dihasilkan akan terhala ke bahagian sulit lelaki. Sebaiknya anda boleh letas atas yang boleh menghalang haba tersebut membunuh sperma anda.


4- Amalkan pemakanan yang sihat.



Pemakanan yang sihat sangat penting untuk memastikan kesuburan anda terjaga. 

a- Dapatkan banyak antioksida

Ada kajian menunjukkan antioksida boleh membantu meningkatkan kandungan sperma lelaki. Kandungan sperma yang tinggi penting untuk kesuburan lelaki. Dapatkan makanan yang kaya dengan vitamin c dan vitamin e yang dapat membantu meningkatkan kesuburan. Contoh makanan adalah buah-buahan, sayur-sayuran, bijiran, protein dari daging putih (ayam, ikan dan makanan laut) serta produk tenusu.

b- Amalkan pengambilan suplemen. 

Nak Hebat Macam JEBAT?? Men's Vital Health Set Boleh Bantu


Anda boleh ambil supplement yang kaya dengan Vitamin C, Vitain E, Coenzyme Q10, selenium, zinc dan juga asid folik. Vitamin-vitamin ini terbukti boleh meningkatkan kualiti dan kuantiti sperma untuk lelaki.

c- Elakkan makanan yang membunuh sperma.


Makanan yang membunuh sperma adalah seperti minuman beralkohol dan daging merah. Kita sebagi umat Islam memang sah-sah tak boleh minum kan..

5- Berhenti merokok dan jauhi perokok.



Jika anda seorang perokok dan inginkan anak, sebaik-baiknya anda berhenti merokok sekarang. Rokok dan asap rokok boleh mengganggu kesuburan suami dan juga isteri. Tambahan pula tiada manfaat pon yang anda perolehi daripada merokok melainkan merosakkan badan yang Allah beri pinjam kepada kita. Asap rokok juga berbahaya kepada orang sekeliling.


6- Kurangkan stress.



- Stress yang terlalu tinggi boleh mengganggu penghasilan dan keseimbangan hormon di badan badan. Ini termasuk hormon-hormon yang membantu penghasilan sperma.

Anda boleh mencari jalan untuk mengurangkan stress seperti bersukan, melakukan aktiviti yang disukai dan pergi bercuti. Jangan terkejut jika ada orang boleh hamil selepas berukar kerja.. =D


7- Dapatkan berat badan yang ideal.



Orang yang terlalu kurus atau terlalu berisi dan obes adalah berkemungkinan tinggi untuk mempunyai kandungan sperma yang rendah serta menghasilkan sperma yang 'cacat'. Kalau sperma cacat memang sukar la nak tembus ke ovum.


8- Hindarkan ketagiha dadah.



Penyalahgunaan dadah boleh menyebabkan sperma mati. Dan ada juga dadah yang boleh mengecutkan 'kilang sperma' sekaligus menghilangkan kelakian seorang lelaki.


9- Dapatkan khidmat pakar.



Anda dah cuba semua cara diatas tetapi masih gagal untuk mendapatkan cahaya mata. Sebelum anda pasrah dan menyerahkan kepada 'soal rezeki' semata-mata. silalah bertanya kepada yang pakar. Ada kemungkinan masalah anda berpunca daripada penyakit-penyakit tertentu yang perlu diubati terlebih dahulu..


Selain dari senarai di atas, anda juga boleh berikhtiar dengan Vivix Shaklee ni.. mungkin sedikit sebanyak dapat membantu anda.. 






Semoga bermanfaat ya..  


Jangan segan silu untuk menghubungi Eda untuk membeli produk Shaklee atau anda juga saya boleh daftarkan untuk menjadi ahli Shaklee.. Jangan malu-malu ya.. 

Kalau nak semak harga produk Shaklee boleh 
klik sini --> Harga Produk Shaklee

Eda Ejai
♥Shaklee Independent Distributer [ID No : 888 102]
♥Sms/whatsapp/telegram/wechat : 013-397 6474
♥1642 8561 0089 Maybank Nor Hidawati

Saya juga mengenyorkan juga anda untuk terus order sebarang produk Shaklee kegemaran anda secara online menggunakan kreadit / debit kad melalui link di bawah. Klik sahaja gambar dibawah dan ikut arahan yang diberikan. =D


No comments: