Showing posts with label BERSALIN. Show all posts
Showing posts with label BERSALIN. Show all posts

Atasi Masalah Sembelit Bagi Ibu Hamil Dan Berpantang..

As’salam semua.. Apa khabar anda hari ni?? diharap semua sihat hendaknya ya..
Okeh, berbalik kepada tajuk di atas.. Masalah sembelit semasa hamil dan selepas hamil ni memang bukan masalah anda seorang saja.. tapi memang masalah wanita hamil seantero dunia.. hahha.. eh ini kisah benar tau.. nak tahu tak apa punca anda sembelit waktu hamil ni?

Omega-3 Is Good For Mummy & Me.. Great Start to Motherhood..

Kalau kita bercerita tentang waktu hamil memang boleh buat eda tersenyum sorang-sorang..

Lagi pula waktu mengandung anak pertama.. Memang memori yang tak dapat eda lupa kan.. Sesiapa pon pasti akan ingat waktu pertama kali hamil kan.. Lebih-lebih lagi yang memang ada sejarah sukar hamil.. pasti mengujakan..

Tapi tu la, eda pon waktu hamilkan anak pertama agak tak ambil tahu tentang keperluan vitamin.. Lebih-lebih lagi keperluan omega-3 sewaktu hamil.. rugi rasanya tak tahu dari awal..

Jom kita sama-sama belajar tentang kebaikan omega-3 ni untuk ibu hamil berdasarkan gambar di bawah..



Banyak sebenarnya kebaikan omega-3 ni kan..

Bagi wanita yang tak hamil pon amat bagus diamalkan kerana ia dapat membantu meimbangkan hormon, tetapkan putaran kitaran haid dan paling penting omega-3 ini juga dapat membantu tingkankan aliran darah dalam badan..

Untuk lelaki pula ia dapat membantu meningkatkan kepekatan sperma dan membantu menghasilkan sperma yang lebih sihat.

Bagi ibu yang hamil, omega-3 sangat bagus kerana ia dapat membantu kengurangkan bayi lahir pramatang (premature), mengurangkan risiko darah tinggi ketika hamil.

Tadi kelebihan untuk ibu yang hamil, sekarang kita lihat pula kebaikan omega-3 untuk bayi di dalam kandungan.. Pertama sekali omega-3 dapat menggalakkan pertumbuhan janin yang lebih sihat dengan meningkatkan aliran darah ke dalam plasenta atau uri. Selain itu omega-3 bagus untuk memudahkan pembentukan retina mata dan struktur otak pada janin.. Mengurangkan risiko alahan padan bayi dan menggalakkan pembentukan mata, imun dan saraf terutama sekali pada trimester ketiga.. Dan omega-3 ini dapat menggalakkan pembentukan saraf di dalam otak bayi.

Selepas hamil pon sangat elok untuk kita ambil omega-3 untuk penyembuhan dari proses kelahiran dan sangat baik untuk persediaan untuk menyusukan anak..

Anak yang menyusu dari ibu yang mengambil omega-3 ini dapat faedah yang banyak. Antaranya:

- Omega-3 dapat bantu menyokong otak untuk proses kematangan seawal lima tahun pertama kehidupan.
- Menggalakkan saraf berkembang dalam otak.
- Mengurangkan risiko alahan makanan dan kulit sensetif seperti ekzema.
- Meningkatkan penglihatan.
- Menggalakkan patterns tidur yang baik.


Banyak sangat kan kebaikan omega-3 ni untuk segenap lapisan umur.. tak kira lelaki atau perempuan pon sangat bagus jika diamalkan..

 Semoga bermanfaat ya..  

Jangan segan silu untuk menghubungi Eda untuk membeli produk Shaklee atau anda juga saya boleh daftarkan untuk menjadi ahli Shaklee.. Jangan malu-malu ya.. 

Kalau nak semak harga produk Shaklee boleh 
klik sini --> Harga Produk Shaklee

Eda Ejai
♥Shaklee Independent Distributer [ID No : 888 102]
♥Sms/whatsapp/telegram/wechat : 013-397 6474
♥1642 8561 0089 Maybank Nor Hidawati

Saya juga mengenyorkan juga anda untuk terus order sebarang produk Shaklee kegemaran anda secara online menggunakan kreadit / debit kad melalui link di bawah. Klik sahaja gambar dibawah dan ikut arahan yang diberikan. =D








Cara Cepat Selesai Nifas Selepas Bersalin..




Lepas besalin kita memang rasa macam-macam.. rase seronok dapat baby baru dan rase sakit di kawasan luka selepas melahirkan.. tapi kita jangan lupa dengan darah yang keluar selepas kelahiran anak.. Selalu sangat kita keliru antara darah nifas dengan darah wiladah kan.. 


Apa sebenarnya darah nifas ni??


Darah nifas ni ialah darah wanita yang keluar semasa melahirkan anak dan kemudian diikuti tempoh masa tertentu. Darah nifas ini juga dikenali sebagai post-natal bleeding. Perkataan "Nifas" itu juga berasal dari "na fi sa" yang bermaksud melahirkan. Dari segi emtimologi pula ia lebih dikenali sebagai darah yang keluar dari rahim wanita selepas melahirkan..


Berapa lama tempoh darah nifas keluar??

Ulama sepakat mengatakan bahawa tak de tempoh minimum untuk darah nifas.. Tetapi ada beberapa pandangan ulama yang boleh kita ambil kira untuk menerangkan perkara ini dengan lebih lanjut..

1. Jumhur ulama mengatakan bahawa tempoh maksima ialah 40 hari berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada Ummu Salamah r.ha, beliau berkata, "Pada zaman Rasulullah, wanita yang melahirkan berhenti nifas setelah 40 hari." (Riwayat Abu Daud)

2. Sekiranya seseorang itu mengalami nifas dalam tempoh 40 hari, maka itu adalah darah nifas. Namun jika darah masih keluar selepas tempoh 40 hari, maka itu bukan lagi darah nifas sebaliknya itu dikira istihadah dan wajib bagi wanita tersebut mandi dan mengerjakan solat seperti biasa.

3. Al-Ja'fariyyah pula berpandapat tempoh nifas yang paling lama ialah 10 hari.

4. Mazhap Syafi'i pula mengatakan bahawa maksimum adalah 60 hari. Pendapat ini berdasarkan pengalaman dan pengamatan Imam Syafi'i yang mendapat wanita yang mengalami nifas sehingga menjangkau 60 hari. Hadis Ummu Salamah pula menunjukkan tempoh kebiasaan nifas bagi wanita dan bukan tempoh maksimum..

Disebabkan kita berada pada mazhab Syafi'i, maka kalau darah masih lagi keluar selepas hari ke 40, itu masih lagi darah nifas. Tetapi kalau darah itu masih lagi keluar pada selepas 60 hari, maka darah itu adalah darah penyakit (istihadah). Wanita tersebut perlu mandi wajib dah melakukan solat seperti biasa.


Apa yang boleh dilakukan untuk mempercepatkan darah nifas keluar??

-Berurut.


-Amalan berurut selepas melahirkan memang sangat sinonim dengan kita orang-orang melayu.. Ada sesetengah orang mulakan aktiviti berurut mulai dari hari ke tiga selepas melahirkan.. Tetapi ada juga sesetengah bidan yang memulakan mengurut seminggu selepas bersalin.. bergantung kapada kesesuaian diri masing-masing. 

-Bertungku.


-Bertungku juga selalu kita lihat ibu-ibu yang lepas melahirkan atau pon lepas keguguran lakukan aktiviti ni. Kebiasaannya batu tungku ini dilakukan dengan membakar dan kemudian dibalut dengan beberapa lapisan daun serom atau daun mengkudu. Saiz batu ini juga selalunya sebesar penumbuk orang dewasa atau sesetengah tempat is dibuat dari besi tuang (cast iron) dan berbentuk botol pipih.

-Berbengkong.


-Berbengkong juga boleh melancarkan peredaran darah nifas untuk memudahkan ia keluar. Ia selalunya dipakai sepanjang tempoh waktu berpantang selama 44 hari selepas bertungku. Banyak cara untuk kita memakai barut dan banyak pattern barut yang berada di pasaran.. Cari saja di google dan anda boleh pilih mana yang paling sesuai, mudah dan berpatutan untuk anda..

-Minum air rebusan akar kayu.


- Meminum air rebusan akar kayu atau ubat periuk juga salah satu cara untuk mempercepatkan pengeluaran angin, lendir dan darah kotor yang ada di dalam rahim. (sejujurnya dah dua kali besalin pon eda tak pernah telan ubat periuk ni.. hehehehe..)

-Ambil Vivix satu sudu sehari.



-Mungkin ini satu fenomena baru yang bakal menjadi ikutan.. memang ramai orang belum tahu lagi tentang kebaikan Vivix si sirap Shaklee ni untuk wanita yang lepas melahirkan.. Tetapi sudah ramai yang mencuba mengambil Vivix dalam tempoh masa berpantang.. Rasanya sesuai sangat Vivix ni untuk ibu-ibu yang baru lepas melahirkan kerana pada masa ini banyak sel-sel dan segala urat di dalam badan khususnya di perut mengalami kerosakan.. Vivix ini bertindak dari tahap sel, dan memulihkan DNA. Sebab itulah Vivix sangat sesuai untuk ibu berpantang..


Jom kita baca testimoni seorang rakan tentang pengalaman beliau menggunakan Vivix selepas bersalin.



Kalau darah yang ketul-ketul tu dapat keluar memang rase lega sangat kan.. tak dapat nak bayangkan kalau darah yang ketul-ketul tu tak keluar dan semakin membusuk kat dalam rahim.. sebab apa-apa yang terjadi kat dalam badan memang kita tak nampak.. mintak jauh la.. semoga kita terus sihat.. dan dapat jaga baby dengan baik semasa dalam pantang..




Semoga bermanfaat ya..  


Jangan segan silu untuk menghubungi Eda untuk membeli produk Shaklee atau anda juga saya boleh daftarkan untuk menjadi ahli Shaklee.. Jangan malu-malu ya.. 

Kalau nak semak harga produk Shaklee boleh 
klik sini --> Harga Produk Shaklee

Eda Ejai
♥Shaklee Independent Distributer [ID No : 888 102]
♥Sms/whatsapp/telegram/wechat : 013-397 6474
♥hidawati.kadiso@gmail.com
♥eda83.blogspot.com
♥www.facebook.com/edaejaishop


Saya juga mengenyorkan juga anda untuk terus order sebarang produk Shaklee kegemaran anda secara online menggunakan kreadit / debit kad melalui link di bawah. Klik sahaja gambar eSELL dibawah dan ikut arahan yang diberikan. =D




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...