Masalah Darah Pekat Boleh Diatasi..

Eda adalah salah seorang yang tak tahan sejuk.. kalau waktu malam tidur pasang aircond pon rasa sejuk sampai ke tulang..  

Pernah juga pasang aircord sampai menggigil tak boleh tidur waktu di hospital.. Kalau nak tutup aircord nanti apa pula kata orang lain pula.. orang lain elok saja.. kita pulak yang menggigil lebih-lebih.. apa yang eda boleh buat adalah pakai stokin dan pakai 2 lapis selimut.. huhuhu.. 

Bila eda fikir balik mungkin ini berpunca dari pengaliran darah yang tak lancar sampai boleh menyebabkan haba tak dapat dialirkan dengan baik ke seluruh tubuh badan eda.. 


Eda juga pernah terbaca tentang tahap kecairan darah. Doktor pakar ada menyatakan ramai dikalangan kita alami masalah pengaliran darah yang tak lancar atau kata mudahnya adalah darah pekat..


Apa yang kita faham dengan kejadian darah pekat?

Sebagai contoh yang paling mudah kita faham adalah, cuba kita lihat antara lumpur dan air biasa. Jika satu jug lumpur dituang ke bawah, kita akan dapati yang ia akan lebih lambat daripada menuang air biasa kan.. Lebih kurang begitulah keadaannya darah kita yang pekat berada dalam salur darah..


Image result for sel darah pekat dan cair dalam badan

Darah yang pekat boleh memudaratkan kesihatan jagka panjang kerana ia bermakna platlet darah saling bergumpang dan melekat antara satu sama lain sehingga berlaku pengaliran darah menjadi lebih perlahan dan kurang lancar..


Apa yang merisaukan adalah jika masalah darah pekat ini tidak diatasi, ia menjurus untuk membentuk gumpalan darah beku yang boleh menghalang pengaliran darah ke jantung, otak, paru-paru dan organ lain. Ia juga sangat berisiko untuk mendapat serangan jantung atau strok.. Apa yang boleh merisaukan adalah ia boleh membawa maut. Minta dijauhkan lah..


Ubat pencair darah (Blood Thinners)

Ubat ini selalu diberikan kepada mereka mempunyai masalah tekanan darah tinggi dan juga individu yang berisiko diserang stork agar darah dapat mengalir dengan lancar.

Walaupun ubat pencair darah itu selamat, ia memang ada kesan sampingan seperti heavy bleeding (jika berlaku luka atau haid), pening-pening, sakit kepala dan sebagainya. Ubat ini juga perlu mendapat pantauan daripada doktor dan tidak boleh diambil sesuka hati..



Pencair Darah Semulajadi..


Selain daripada mengambil ubat pencair darah atas nasihat dan pantauan daripada doktor, kita juga boleh mengambil makanan pencair darah..

Terdapat empat jenis kategori makanan pencair darah secara semulajadi.. antaranya adalah seperti berikut:

1- Pencair darah semulajadi mengandungi Salicylates.

Image result for makanan yang mengandung Salicylates.

- Untuk proses pembekuan darah yang normal, Vitamin K amat penting. Makanan yang tinggi salicylates berkebolehan menyekat penyerapat Vitamin K dan ia boleh mencair serta melancarkan pengaliran darah. Tambahan lagi ia juga dapat meningkatkan metabolisme badan. Pengaliran darah juga akan berjalan dengan baik dan lancar. Tak hairan jika makanan tinggi salicylates ini dianggap sebagai 'makanan memanaskan badan' dikalangan masyarkat melayu khasnya..

Sebagai contoh makanan memaskan badan adalah:

a) Herba - Cili merah (Cayenne pepper), serbuk kari, paprika, halia, kayu manis (cinnamon), thyme, oregano, dill, licorice, kunyit (turmeric), pudina (per\ppermint) dll.

b) Buah-buahan - Oren, kismis, limau, prun, strawberi, ceri, anggur, kranberi, blueberi dll.

c) Makanan lain : Madu, cuka, wain, brokoli, avokado, kobis bunga dll.


2) Pencair darah semulajadi mengandungi vitamin E

Image result for makanan yang mengandung vitamin e

Apa yang anda belum tahu bahawa vitamin E adalah merupakan vitamin larut lemak yang boleh membantu mancairkan darah secara semulajadi. Vitamin E bersifat antioksida yang kuat dan mampu melindungi dinding arteri daripada serangan radikal bebas, secara tak langsung dapat mencegah penyakit kardiovaskular (penyakit yang berkaitan dengan jantung dan pembuluh darah)


Antara makanan yang banyak terkandung vitamin E adalah seperti kekacang (almond, walnut dll), semua jenis minyak sayuran, gandum, oat, mangga dan tomato.


3- Pencair darah semulajadi mengandungi asid lemak omega-3

Image result for makanan yang mengandung omega 3

- Asid lemak Omega-3 terutama DHA dan EPA menyebabkan sel platlet kurang cenderung membeku. Ia juga membantu mengawal paras kolestrol yang sihat dan secara tak langsung menurunkan resiko arteri tersumbat daripada berlaku.

Anda juga boleh makan ikan-ikan seperti salmon, sardin, tuna serta mengambil suplement minyak ikan yang berkualiti serta bebas kandungan logam berat dan juga toksin. 

Telur, minyak zaitun, minyak flaxseed juga bagus diamalkan kerana ia kaya dengan Omega-3



4- Pencair darah semulajadi yang bersifat antibiotik

Image result for onions

Makanan seperti onions (bawang merah/bawang besar dll) dan bawang putih (garlic) mempunyai sifat antibiotik semulajadi dan mampu memusnahkan bakteria yang menghasilkan vitamin K di dalam usus. Jika vitamin K kurang dihasilkan, ia bermakna platlet sel akan susah bergumpal dan darah lebih cair.


Supplement pencair darah dari Shaklee













Apa yang penting, pengambilan air kosong juga amat bagus untuk membantu melancarkan pengaliran darah.

Bagi ibu-ibu yang baru melahirkan juga sangat bagus untuk amalkan Omega Guard untuk melancarkan pengaliran darah, memanaskan badan, mencegak darah beku serta mengelakkan post-partum depression (meroyan). Anak yang menyusu juga akan dapat khasiat DHA untuk perkembangan otak mereka..



 Semoga bermanfaat ya..  

Jangan segan silu untuk menghubungi Eda untuk membeli produk Shaklee atau anda juga saya boleh daftarkan untuk menjadi ahli Shaklee.. Jangan malu-malu ya.. 

Kalau nak semak harga produk Shaklee boleh 
klik sini --> Harga Produk Shaklee

Eda Ejai
♥Shaklee Independent Distributer [ID No : 888 102]
♥Sms/whatsapp/telegram/wechat : 013-397 6474
♥1642 8561 0089 Maybank Nor Hidawati

Saya juga mengenyorkan juga anda untuk terus order sebarang produk Shaklee kegemaran anda secara online menggunakan kreadit / debit kad melalui link di bawah. Klik sahaja gambar dibawah dan ikut arahan yang diberikan. =D






No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...