Isteri meninggal pada sambutan ulang tahun pertama perkahwinan..



GAMBAR fail, Ahmad Kamal Effendi Kamarudin bersama isterinya, Allahyarhamah Nik Idzni Dalila Nik Mahmud pada 6 November lalu. - Foto NSTP/Saifullizan Tamadi 

KUALA LUMPUR: Kisah keutuhan cinta guru muda, Ahmad Kamal Effendi Kamarudin, 26, yang sanggup mengahwini pasangannya pesakit kanser tahap empat, Nik Idzni Dalila Nik Mahmud, 25, berakhir hari ini apabila isterinya meninggal dunia, jam 3 pagi tadi, di Hospital Kajang. 

Lebih menyedihkan, kematian isterinya yang menghidap kanser buah pinggang itu berlaku pada tarikh ulang tahun pertama perkahwinan mereka, hari ini. 

Jenazah Allahyarhamah dimandikan di Surau Unit Forensik Hospital Kajang pada jam 8.30 pagi sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Sungai Kantan, Kajang. 

Pada November lalu, BH menerusi artikel 'Keutuhan Cinta Guru Muda Kahwini Wanita Kanser Tahap Empat', menyiarkan kisah ketulusan cinta Ahmad Kamal Effendi mengahwini wanita yang dicintainya walaupun sudah mengetahui status kesihatan arwah, yang juga seorang doktor perubatan. 

Ahmad Kamal Effendi berkata, beliau sangat sedih kerana isterinya menghembuskan nafas terakhir tanpa beliau di sisi. 

"Ketika itu saya berada di rumah mentua di Kajang. Tetapi saya tidak terkilan kerana dapat menguruskan pengebumian termasuk memandikan dan mengkafankan jenazahnya. 

"Awal bulan ini, kami sempat membuat majlis ringkas dengan makan bersama bagi menyambut ulang tahun perkahwinan kerana isteri tidak sihat. 

"Isteri menghadiahkan saya iPhone dan saya pula memberi album mengandungi gambar sepanjang perkenalan kami sebagai hadiah ulang tahun perkahwinan," katanya menerusi aplikasi WhatsApp kepada BH, malam ini. 

Bagaimanapun, Ahmad Kamal Effendi berkata, beliau reda dengan pemergian isterinya dan sudah melakukan yang terbaik untuknya. 

Sementara itu, menerusi Instagram Ahmad Kamal Effendi, beliau memuat turun gambar perkahwinan mereka dan meluahkan perasaan sedih atas kehilangan isteri tercinta pada tahun pertama ulang tahun perkahwinan mereka hari ini. 

Dalam kiriman itu, Ahmad Kamal Effendi, berkata semua yang berlaku umpama satu mimpi dan tidak menyangka hari ulang tahun perkahwinan mereka menjadi hari isterinya dijemput Ilahi. 

"Siapa pernah terfikir, untuk hari yang sama selepas menempuh 365 hari bersama, tangan yang kali pertama saya sentuh menjadi tangan terakhir saya pegang," katanya menerusi Instagram. 

Berita kematian Nik Idzni Dalila turut menjadi viral di laman sosial dan tidak henti-henti menerima salam takziah daripada rakan, keluarga dan pengguna lama sosial yang mengikuti kisah unik pasangan ini. 

Perkenalan singkat selama empat bulan menerusi Instagram, kemudian diakhiri dengan majlis perkahwinan ringkas, di kediaman Nik Idzni Dalila di Kelantan, pada 27 Disember, tahun lalu.



Terbaca kat Berita Harian.. Sejujurnye eda rasa sedih sangat.. baru setahun kahwin.. eda dulu setahun kawen dah dapat baby sorang.. Tapi nak buat macam mana.. ajal dan maut semua tu Allah dah tentukan.. 

Kita yang hidup ni kena teruskan kehidupan.. Jaga kesihatan.. tak de siapa yang akan jaga kesihatan kita melainkan diri kita sendiri.. Makan makanan yang berkhasiat.. minum air yang secukupnya.. tambahkan dengan makanan tambahan.. selebihnya kita berserah.. Kalau dah jaga semua tapi Allah nak bagi kita sakit itu dah memang takdir kita.. tak siap boleh nafikan.. yang penting kita dah usaha.. semoga kita semua dibawah lindunganNya.. aminn.. 😔






No comments: