Mahu Ubat Darah Tinggi Tanpa Dadah..





Antara salah satu penyakit yang tergolong kepada kategori silent killer (pembunuh senyap) adalah tekanan darah tinggi atau hypertension. Ia dikatakan silent killer adalah kerana penyakit ini tidak memberikan sebarang tanda atau simptom ataupun amaran awal seperti penyakit lain.. 

Antara faktor yang biasa kita dapat lihat untuk penyakit tekanan darah tinggi ini adalah dari segi umur individu tersebut, etnik, sejarah keluarga dan gaya hidup seharian.



Berapakah bacaan tekanan darah yang normal?


Hal ini selalu menjadi tanda tanya kepada ramai orang.. meraka hanya tahu dari doktor yang tekanan darah meraka tinggi atau rendah sahaja.. tetapi mereka tak tau berapakah bilangan tekanan darah meraka.. 

Untuk bacaan tekanan darah yang sihat adalah 120/80mm Hg atau lebih rendah.

Bagi tekanan darah yang tinggi pula adalah 140/90mm Hg. Ia digunakan sebagai indikator untuk tekanan darah tinggi tanpa mengira peringkat umur seseorang.

Merujuk kepada bacaan darah diatas, ia terbahagi kepada dua bahagian. Angka pertama adalah tekanan sistolik atau tekanan darah apabila jantung mengalirkan darah ke seluruh tubuh badan.. Manakala angka kedua pula adalah tekanan distolik iaitu tekanan dalam keadaan rehat.



Tahukah anda jika kita telah disahkan mengidap darah tinggi, kita terpaksa bergantung kepada ubat sepanjang hayat untuk mengatasi penyakit ini.. Mengambil ubat tidak menjadi masalah, tetapi yang menjadi isunya disini adalah pengambilan ubat sentetik dan mengandungi dadah.. Dan ubat-ubatan sentetik ini kita tidak tahu sejauh mana kita harus ambil dan kesannya terhadap kesihatan kita..


7 Langkah Mengurangkan Tekanan Darah Tinggi Tanpa Dadah..

1- Kurangkan Berat Badan



Mengurangkan atau mengawal berat badan perlu dititik beratkan terhadap pengidap darah tinggi. Anda boleh bayangkan jika kita dapat mengurangkan 5 kg pasti akan memberi kesan dan memudahkan lagi penyerapan supplemen yang kita ambil.

2- Kurangkan Pengambilan Garam



Penggunaan garam harian patut dikurangkan daripada 2.3g sehari. Garam umpama pasir yang menyerap air dan meningkatkan tekanan darah. Apa yang boleh kita lakukan adalah dengan kurangkan pengambilan kicap, ikan/telur masin dan elakkan menambah garam dalam makanan yang telah terhidang. Tahukah anda yang satu sudu garam sudah mengandungi 2.3g garam..

3- Kurangkan tekanan



Tekanan di tempat kerja, stress dengan urusan rumah tangga, stress dari segi kewangan, stress dengan kesesakan lalu lintas dan sebagainya akan meningkatkan tekanan darah buat sementara waktu.

Jika mempunyai stress kronik, pasti ianya akan memudaratkan kesihatan dan membawa kepada punda penyakit berbahaya seperti serangan jantung, tiroid, strok dan sebagainya..

Oleh itu hidup perlu ada seimbang dan cuba elakkan stress yang berpanjangan..


4- Kerap bersenam.



Cuba amalkan bersenam selama 30-40 minit pada setiap hujung minggu. Sekurang-kurangnya anda lakukan dalam 3-4 kali dalam seminggu. Secara tak langsung ia dapat mengurangkan berat badan anda secara tidak sedar.


5- Lakukan diet harian yang baik



Diet dalam harian juga memainkan peranan yang agak penting dalam mempengaruhi tekanan darah seseorang individu. Berikut adalah tips yang boleh kita amalkan untuk diet yang sihat:

- Ambil tahu tentang keperluan kalori setiap makanan yang kita ambil setiap hari. Oleh itu kita dapat mengawal jumlah kalori dan jumlah makanan yang kita ambil. sekaligus dapat membantu kita mengurangkan berat badan.

- Makan yang kerap tetapi sedikit-sedikit dalam 5-7 hidangan sehari tetapi dalam sukatan yang kecil.

- Ambil tahu tentang keperluan kalori harian tubuh badan kita. Oleh yang demikian ia dapat bantu kawal jumlah makanan yang diambil dan secara tak langsung bantu kawal dankurangkan berat badan.

- Lebihkan mengambil makanan yang berserat.

- Kolestrol juga perlu dikawal. Selalunya orang yang mempunyai masalah tekanan darah tinggi turut mempunyai masalah berat badan dan kolestrol yang berlebihan. Oleh itu, kita perlu mengawal kolestrol dengan mengelakkan makanan yang berkolestrol tinggi seperti lemak haiwan, organ dalaman seperti paru-paru, makanan laut dan pada masa yang sama lebihkan serat dalam menu harian.

- Kurangkan mengambil kafein dan alkohol.

-Pastikan sumber potassium dimasukkan ke dalam manu harian. Potassium boleh mengurangkan kesan garam terhadap darah kita. Buah pisang adalah antara pilihan potassium yang baik dan mudah didapati.


6- Jauhkan rokok.



Nikotin pada rokok boleh meningkatkan tekanan darah sehingga 10 mm Hg sehingga 1 jam.
Jadi boleh tak anda bayangkan kalau kita merokok sepanjang hari, berapa kali ganda agaknya tekanan darah kita meningkat dalam sepanjang hari berkenaan??


7- Jangan selalu alpa.



Kerap melakukan pemeriksaan tekanan darah untuk memantau tahap kesihatan kita. Walaupun kita bebas hypertension, tetapi kita boleh pastikan yang kita lakukan pemeriksaan tekanan darah sekurang-kurangnya setahun sekali.


Apa yang Shaklee boleh bantu anda dalam darah tinggi dan bebas dadah??

Jom kita saksikan sendiri testimoni dari Encik Fahmi Suhaimi..



Sepertimana yang telah dikongsikan, Encik Fahmy Suhaimi dan isteri amat bimbang dengan tahap tekanan darah beliau serta kolestrol yang tinggi.. Tambahan pula Encik Fahmy mempunyai berat badan yang berlebihan..

Apa yang Encik Fahmy ambil untuk mengurangkan darah tinggi beliau adalah:















Image result for coq health shaklee

CoQ Health Plus




Hasilnya setelah mengambil kesemua supplement Shaklee ini, tahap kolestrol dan tekanan darah tinggi beliau kembalik ke paras normal.. Dan apa yang beliau tak sangka adalah berat badan juga menurun sebanyak 13kg dalam masa 3 bulan.. wowww..



Semoga bermanfaat ya..  


Jangan segan silu untuk menghubungi Eda untuk membeli produk Shaklee atau anda juga saya boleh daftarkan untuk menjadi ahli Shaklee.. Jangan malu-malu ya.. 

Kalau nak semak harga produk Shaklee boleh 
klik sini --> Harga Produk Shaklee

Eda Ejai
♥Shaklee Independent Distributer [ID No : 888 102]
♥Sms/whatsapp/telegram/wechat : 013-397 6474
♥1642 8561 0089 Maybank Nor Hidawati

Saya juga mengenyorkan juga anda untuk terus order sebarang produk Shaklee kegemaran anda secara online menggunakan kreadit / debit kad melalui link di bawah. Klik sahaja gambar eSELL dibawah dan ikut arahan yang diberikan. =D


No comments: