Merawat Kanser Usus Dengan Vivix..



Ye entry kali ni nak share pasal kanser usus pula.. nampak macam remeh je kalau cerita tantang kanser usus ni kan. Sebab kanser usus ni bukan kanser yang agak top dikalangan kita.. Tapi diam tak diam sebenarnya kanser usus ini adalah kanser ke tiga selepas kanser payudara dan kanser serviks untuk wanita.. tapi bagi kaum adam kanser usus ni memang kerap  terjadi. Kanser usus ini lebih membimbangkan kerana ia semakin meningkat di kalangan individu yang berumur 50 tahun ke atas.


Apa yang anda tahu tentang usus??

Usus adalah organ terpanjang dalam sistem penghadaman dan ia mempunyai dua bahagian.




a- Usus kecil - tempat makanan diserap


b- Usus besar - tempat air dan garam diserap dan pada usus besar terdapat dua bahagian iaitu kolon dan rektum.


Apakah dia kanser usus??

Kanser usus adalah ketumbuhan kanser yang muncul dan kebiasaannya bermula dari dalam lapisan usus besar. Sebelum merebak ke tempat yang lain, kanser ini boleh membesar di satu-satu tempat dalam tempoh yang lama.

Kanser usus ini mempunyai peluang sebanyak 90% untuk sembuh jika ia dapat dikesan dengan lebih awal. Kanser usus ini adalah istilah merujuk kepada kanser yang bermula dalam usus (180cm atau 6 kaki pertama usus besar). Sebenarnya disinilah makanan yang kita makan bertukar kepada najis dan ia bergerak ke arah rektum. Rektum pula 15cm atau 6inci terakhir usus besar yang berakhir dengan dubur. Usus dan rektum adalah sebahagian daripada sistem pencernaan yang bertugas mengasingkan nutrien daripada makanan dan menyimpan bahan sisa sehingga ia dikeluarkan daripada badan sebagai najis.


Punca kanser usus.

MAsih tidak diketahui dengan tepat. Tetapi dikatakan ia lebih kepada tabiat pemakanan dan gaya hidup seseorang. Kanser usus ialah pertumbuhan sel tidak normal dan tidak terkawal dalam usus besar atau rektum sel malignan yang hidup di dinding usus. Ia bermula dengan pembentukan polip iaitu ketulan kecil dan semakin membesar menjadi tumor. Akhir sekali berubah menjadi kanser. Proses ini tidak berlaku dengan cepat tetapi mengambil masa bertahun-tahun dan ia tidak menunjukkan simptom yang jelas sehinggalah ia sudah mejadi kritikal.


Simptom-simptom atau tanda-tanda kanser usus.


1- Keluarnya darah dari dubur atau terdapat darah selepas membuang air besar.

2- Tabiat membuang air besar yang berubah:

Contohnya lebih kerap membuang air besar atau najisnya cair, kerap sembelit atau rasa lebih kerap hendak membuang air besar daripada biasa.

3- Tidak puas selepas membuang air besar.

4- Sakit dibahagian perut.

5- Mudah berasa penat, lemah atau sesak nafas tanpa sebab. hal inimungkin disebabkan oleh anemia akibat kekurangan zat besi.

6- Anemia ini boleh disebabkan oleh kanser usus.

7- Seseorang yang berusia empat puluh ke atas perlu ambil tahu tentang tanda-tanda kanser usus ini. 

Kalau anda atau ahli keluarga anda mempunyai salah satu daripada tanda-tanda diatas, sila berjumpa dengan doktor. Harus diingat bahawa 90% rawatan awal dapat menyelamatkan diri anda.


Faktor risiko.

1- Umur


- Golongan yang berumur 50 tahun ke atas mebih berisiko dan lebih 90% kes kanser usus di negara kita membabitkan warga emas.


2- Kahadiran polip dalam usus.


- Polip adalah ketumbuhan kecil yang bersifat bukan kanser dan tumbuh pada dinding usus besar. Sesetengah polip boleh berubah kepada kanser. Jika dikesan lebih awal membolehkan polip dibuang dan dapat mencegah ia merebak menjadi lebih besar.

3- Sejarah keluarga.
-Seseorang yang mempunyi ahli keluarga yang pernah mendapat kanser usus lebih berisiko untuk mendapat penyakit ini berbanding orang lain.

4- Sejarah diri sendiri.
-Wanita yang pernah mengidap kanser lain seperti payudara, ovari, atau uterus juga berisiko mendapat kanser usus.

5- Pemakanan.


- Antara faktor utama yang meingkatkan risiko adalah pemakanan yang kaya dengan lemak, banyak daging, dan terlalu kurang serat.

6- Rokok.


- Asap rokok boleh meningkatkan risiko terhadap pertumbuhan polip. Mengikut kajian perokok mempunyai risiko 30-40% menghidap kanser usus berbanding bukan perokok.

7- Obesiti.


8- Alkohol.


-Individu yang terlalu banyak minum minuman keras boleh meningkatkan risiko kanser usus.

9- Kurang bersenam..



Untuk mengurangkan risiko dari terkena kanser usus ini kita perlulah mengamalkan gaya hidup sihat seperti:



1- Makan makanan yang berkhasiat dengan mengambil lebih banyak sayur-sayuran, buah-buahan dan mengurangkan pengambilan lemak haiwan.


2- Kekalkan berat badan yang normal.
3- Selalu bersenam dan tingkatkan aktiviti fizikal.



4- Tidak merokok.


5- Kurangkan atau elakkan terus dari meminum alkohol.

Tetapi harus diingat, dengan mematuhi panduan yang diberi ini tidak bermaksud anda akan terlepas daripada diserang kanser usus. Namun ia boleh mengurangkan risiko anda dan banyak memberi faedah kesihatan yang lain..


Apa yang Shaklee bolah bantu anda sekiranya anda telah pun terkena serangan kanser usus??


  Kami di Shaklee sangat menitikberatkan kesihatan semua orang.. dan Shaklee juga dan berjaya mencipta satu sirap ajaib yang boleh membantu anda dalam masalah kanser usus.




Kat bawah ni ada satu testimoni berkaitan kanser usus dengan mengambil Vivix..




Semoga bermanfaat ya..  


Jangan segan silu untuk menghubungi Eda untuk membeli produk Shaklee atau anda juga saya boleh daftarkan untuk menjadi ahli Shaklee.. Jangan malu-malu ya.. 

Kalau nak semak harga produk Shaklee boleh 
klik sini --> Harga Produk Shaklee

Eda Ejai
♥Shaklee Independent Distributer [ID No : 888 102]
♥Sms/whatsapp/telegram/wechat : 013-397 6474
♥hidawati.kadiso@gmail.com
♥eda83.blogspot.com
♥www.facebook.com/edaejaishop


Saya juga mengenyorkan juga anda untuk terus order sebarang produk Shaklee kegemaran anda secara online menggunakan kreadit / debit kad melalui link di bawah. Klik sahaja gambar eSELL dibawah dan ikut arahan yang diberikan. =D






1 comment:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...