Merawat Bell's Palsy Agar Cepat Sembuh..

Apa yang anda tahu tentang Bell Palsy??



Menurut, Dr. Loganathan, Bell’s palsy adalah satu penyakit kelumpuhan muka idiopatik (tidak diketahui punca) akibat disfungsi saraf tengkorak VII (saraf muka) yang mengakibatkan ketidakupayaan mengawal otot muka pada bahagian yang terjejas.
“Terdapat beberapa keadaan yang boleh menyebabkan kelumpuhan muka contohnya ketumbuhan otak, strok dan penyakit Lyme. Namun jika tiada sebab dan berlaku kelumpuhan, maka ia dipanggil Bell’s palsy,” katanya.
Menceritakan lebih lanjut katanya, pesakit yang mengalami strok biasanya mengakibatkan bukan sahaja kelumpuhan pada wajah malah tangan dan beberapa anggota badan yang lain turut terjejas. Berbeza dengan Bell’s palsy di mana pesakitnya hanya mengalami lumpuh muka yang bukan berpunca daripada tekanan darah tinggi, diabetes atau sebagainya.
Menurut beliau, nama Bell’s palsy diberi sempena pakar anatomi Scotland Charles Bell yang pertama kali menggambarkan keadaan tersebut sebagai penyakit mononeuropati akut (penyakit yang melibatkan satu saraf).
Biasanya, ia berlaku secara tiba-
tiba secara separa namun dalam kes tertentu (peratusan rendah) ia boleh melibatkan kelumpuhan kedua-dua belah muka.
Jelasnya, punca yang kurang dikenalpasti mungkin disebabkan radang akibat jangkitan viral seperti herpes yang menyebabkan saraf muka menjadi bengkak. Saraf tersebut, katanya, bergerak melalui tengkorak dalam saluran tulang kecil di bawah telinga.
Disebabkan ia membengkak dan mampat dalam saluran tulang yang sempit, dipercayai keadaan ini boleh menyebabkan kerosakan atau perencatan pada saraf tersebut.
“Namun itu hanya sebahagian daripada punca yang dikenalpasti kerana punca sebenar tidak diketahui,” katanya.
Selain itu kata beliau, beberapa punca mungkin mempunyai kaitan dengan serangan Bell’s palsy seperti trauma, faktor sekeliling, emosi dan metabolik tidak stabil.
Simptom dan petanda
Dr. Loganathan berkata, Bell’s palsy dikenalpasti melalui bentuk muka seakan jatuh sebelah. Kegagalan saraf VII berfungsi menyebabkan mata pesakit tidak boleh dikerdip dan tutup, senyuman dan pergerakan bibir terganggu, lidah mengeras, kening juga seperti berkerut dan terangkat, air liur meleleh dan hidung seakan terjatuh pada bahagian yang terjejas.
Kata beliau, sesetengah pesakit boleh merasai kelainan pada wajahnya beberapa hari sebelum diserang Bell’s palsy seperti rasa kebas, sakit bahagian telinga dan rasa kelainan pada lidah.
Perkara tersebut, katanya, diberitahu oleh pesakit yang pernah mengalami serangan penyakit itu dan ia berulang berkali-kali.
Ada pesakit yang mengalaminya lebih daripada tiga kali walaupun keadaan wajahnya sudah kembali seperti normal,” kata beliau.
Biasanya, kata Dr. Loganathan, Bell’s palsy menyerang secara random di kalangan mereka yang berusia, wanita selepas bersalin atau ketika kedatangan haid, remaja dan mereka yang mengalami stres. Malah, katanya, ada juga kes yang berlaku di kalangan kanak-kanak namun peratusannya sangat rendah.
“Serangan boleh dikelaskan kepada gred tertentu daripada sederhana hingga teruk dan segelintir mengalami kelumpuhan kedua-dua belah bahagian (hanya satu peratus),” kata beliau.


Simptom-simptom Bell's Palsy..

1- Kelemahan secara tiba-tiba atau kelumpuhan pada sebelah muka menyebabakan ia terasa berat.
2- Air liur kerap meleleh.
3- Mata bermasalah seperti mata berair secara berlebihan atau mata kering menjadi terlalu kering.
4- Kehilangan keupayaan deria rasa.
5- Rasa sakit di bahagian telinga atau belakang telinga.
6- Terasa kebas pada sisi wajah yang terjejas.
7- Kepekaan terhadap bunyi meningkat secara tiba-tiba.


Senaman untuk pesakit Bell's Pasly


kreadit kepada Celikvitamin.com


Petua Untuk Pengidap Bell's Palsy..

1- Boleh tuamkan bahagian yang terjejas sebanyak 2-3 kali sehari.



2- Tidak terlalu mendedahkan diri di bawah kipas yang terlalu laju atau suh penghawa dingin terlalu sejuk.

3- Kurangkan atau hentikan terus mengambilan miniman yang sejuk atau berais.

4- Dinasihatkan untuk tidak melakukan urutan muka kerana bimbang akan memburukkan lagi keadaan.

5- Jika ingin menggunakan cecair mata, dapatkan preskripsi dari doktor yang bertauliah. Jangan beli sendiri di farmasi atau kedai runcit.

6- Tabiat pemakanan juga perlu diubah  sementara. Jangan ambil posyen yang terlalu kenyal, melekit atau keras untuk mengelakkan tercekik.



7- Jika hampir keseluruhan mulut lumpuh, ambil diet lembut seperti yogurt, puding, kentang lenyek, sup atau sayur-sayuran lembut.



8- Ambil makanan yang kaya dengan vitamin B12, vitamin B6 dan zink kerana ia akan menggalakkan pemulihan dan pertumbuhan saraf. Makanan tinggi vitamin B12 termasuk keju, makanan laut, telur dan susu. Sumber vitamin B6 termasuk bayam, lada, tuna, kembang kol, pisang dan brokoli.

9- Pastikan anda mengambil supplement tambahan yang selamat, semulajadi dan berkesan seperti B Complex atau Zinc Complex. Ia perlu untuk memastikan tubuh mendapat cukup nutrisi yang diperlukan untuk sembuh.

10- Ambil masa untuk mendapatkan informasi sepenuhnya tentang Bell's Palsy supaya anda akan lebih tenang dan sabar dalam mengharungi penyakit ini. Jika terdapat pasangan anda yang mengalami masalah ini, anda perlu bersabar dengan keranag dan selalu berada disamping mereka dengan memberi semangat setiap hari.


Shaklee boleh bantu anda dengan Vivix untuk penyakit Bell's Palsy..

Untuk menyembuhkan Bell's Palsy, Shaklee ada Vivix sebagi solusi masalah ini. Ya penyakit ini akan mengambil masa sedikit untuk sembuh. Dan mengapa perlu menunggu dan bertangguh lagi jika anda sudah temui Vivix.

Sudah pasti semua orang yang mengalami masalah ini mahu segera sembuh agar segala aktiviti harian dan kerja-kerja di pejabat dapat dilakukan dengan baik tanpa sebarang halangan..


Jom kita lihat sendiri testimoni pesakit Bell's Pasly dengan menggunakan Vivix sebagai altenatif untuk mengatasi masalah ini..










Vivix ini merupakan minuman kesihatan yang terhasil daripada anggur muscadine, elderberi dan purple carrot. Kombinasi semulajadi ini menghasilkan satu supplement terbaik dan lengkap untuk membantu memulihara DNA yang sering terdedah kepada sernagan radikal bebas.

Dengan itu Vivix memang sangat membantu anda dalam mempertingkatkan antibodi dan mempercepatkan proses penyembuhan Bell's Palsy..


Tambahkan B Complex untuk melengkapkan proses penyembuhan..



Di dalam B Complex Shaklee terkandung vitamin B12 iaitu salah satu daripada 8 vitamin B. Jika kita makan ia akan menukarkan makanan kepada tenaga. Sel darah merah dapat dibentukkan dan ia juga membantu untuk menyokong fungsi saraf.

Di dalam B Complex ini juga terdapat B9 yang mana ia dapat membantu dapat mengawal mood dan emosi kerana mengidap penyakit ini pasti memerlukan ketabahan dari segi emosi.


Semoga bermanfaat ya..  


Jangan segan silu untuk menghubungi Eda untuk membeli produk Shaklee atau anda juga saya boleh daftarkan untuk menjadi ahli Shaklee.. Jangan malu-malu ya.. 

Kalau nak semak harga produk Shaklee boleh 
klik sini --> Harga Produk Shaklee

Eda Ejai
♥Shaklee Independent Distributer [ID No : 888 102]
♥Sms/whatsapp/telegram/wechat : 013-397 6474
♥hidawati.kadiso@gmail.com
♥eda83.blogspot.com
♥www.facebook.com/edaejaishop


Saya juga mengenyorkan juga anda untuk terus order sebarang produk Shaklee kegemaran anda secara online menggunakan kreadit / debit kad melalui link di bawah. Klik sahaja gambar eSELL dibawah dan ikut arahan yang diberikan. =D



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...