Korang tau tak yang sebenarnya jantung ni adalah sebuah otot yang berfungsi mengepam darah ke seluruh tubuh badan. Jika berlakunya serangan jantung, jantung akan berhenti dari mengepam. Untuk memastikan jantung kekal sihat, jantung memerlukan oksigen dan zat-zat gizi yang dibawa oleh darah.
Serangan jantung..
Tanda-tanda yang dirasakan jika mengalami penyakit jantung koroner adalah sakit dada dan berkemungkinan ramai yang tidak menyedarinya dan hanya mengandaikan ia hanya sebagai gangguan pencernaan. Selain dari itu tanda-tanda lain juga seperti berasa tertekan di tengah-tengah dada selama 30 saat hingga ke 5 minit. Kemudian disusuli dengan keluarnya peluh dingin, berdebar-debar, pening dan hampir pengsan. Tetapi tanda-tanda ini tidak selalu menyerang. Cuma ia hanyalah sebagai tanda peringatan. Ada lagi satu tanda awal serangan jantung adalah nafas yang agak tersekat-sekat semasa bersenam atau sedang melakukan aktiviti bersukan.
Dalam beberapa bulan mungkin pesakit akan sering merasa penat. Seandainya anda juga mengalaminya, jangan menganggap gejala ini disebabkan oleh kurang tidur atau stress akibat bekerja ya..
Rasa sedikit sakit atau rasa ditekan di dada yang dipanggil angina memberikan peringatan kepada sesetengah kepada mereka yang menderita serangan jantung. Ada sesetengah orang mengalami nafas tersekat-sekat atau merasa keletihan dan merasa lemah lesu sebagai gejala bermulanya penyakit ini. Ini terjadi kerana jantung tidak mendapat bekalan oksigen yang secukupnya kerana terdapat sedikit sumbatan pada salah satu koronari.
Selalunya beberapa hari sebelum serangan jantung yang kuat, seseorang itu akan mengalami contraction otot secara tiba-tiba. Dan ini merupakan serangan jantung yang agak ringan. Serangan ini berlaku sebagai petanda serangan yang kuat dalam beberapa hari kemudian.
Apa yang perlu anda lakukan jika serangan jantung terjadi kepada diri anda sendiri??
Terlebih dahulu kenali tanda-tanda serangan jantung seperti sakit dada, sesak nafas atau jantung berdegup kencang tanpa sebab.
Berhenti dari membuat sebarang pekerjaan. Anda boleh duduk atau baring sambil menarik nafas dalam-dalam dan hempuskan secara perlahan-lahan.
Jika anda bersendirian tetapi semua tanda-tanda serangan jantung tadi masih belum hilang, anda boleh menghubungi rakan ahli keluarga atau rakan terdekat atau pihak ambulance dan memberitahu tentang apa yang telah berlaku kepada diri anda.
Jika ada rakan disekitar anda yang boleh menghantar anda ke hospital dengan lebih pantas daripada ambulance yang datang ke tempat tersebut, maka lebih baik anda pergi ke hospital dengan segera. Lebih cepat anda sampai ke hospital lebih baik buat anda.
Sementara menunggu rakan atau pihak ambulance sampai, anda boleh melonggarkan pakaian yang ketat seperti tali pinggang yang anda gunakan dan cuba buat diri anda berada dalam keadaan yang selesa.
Tak perlu merasa risau atau panik dan teruskan dengan berasa tenang. Jika anda panik ia tidak akan dapat membantu apa-apa, malah ia mungkin akan lebih memudaratkan jantung anda.
Tips mengelak serangan jantung
-Pola makanan yang sihat
Jauhi dari makan makanan yang mengandungi lemak atau yang berkolestrol tinggi. Makanan laut juga memiliki kolestros yang tinggi dan boleh membahayakan jantung. Kurangkan makan makanan yang bergoreng, sebaliknya makan makanan yang di masak secara rebus, kukus ataupun panggang.
Jika boleh, pilih makanan yang rendah lemak atau tanpa lemak. Ambil susu, keju, mentega atau makanan yang rendah lemak. Menggoreng pon boleh menggunakan minyak zaitun kerana minyak zaitun memiliki kandungan lemak yang sedikit.
Selain makanan yang berlemak, jauhkan juga makanan yang mengandungi gula yang tinggi seperti air dalam tin dan sebagainya. Anda boleh mengamalkan oat untuk sarapan pagi untuk menjaga jantung agar tetap sihat.
Menjaga pola makan agar tidak berlebihan dan terhindar dari kegemukan, kerana seseorang yang memiliki ukur lilit pinggang yang lebih dari 80 cm berisiko lebh besar terkena penyakit ini.
-Berhenti merokok
Menghisap rokok sangat tidak baik untuk kesihatan jantung kita, oleh itu lebih baik anda hentikan tabiat ini supaya jantung yang kita bakal gunakan hingga ke hari tua tetap kekal sihat.. InsyaAllah..
-Jauhkan dari stress
Stress atau tekanan memang sangat susah untuk dihindarkan. Kita sebagai manusia biasa pasti akan merasa tertekan dengan persekitaran.. Tak kisah la anda tertekan dengan rakan sekerja atau pun dengan karenah anak-anak. Tapi sebenarnya jika anda mengalami stress atau tertekan, tubuh badan anda akan mengeluarkan hormon cortisol yang menyebabkan pembuluh darah menjadi beku. Hormon norepinephrine akan dikeluarkan semasa tubuh anda sedang stress. Hal ini akan mengakibatkan naikknya tekanan darah kita. Oleh yang demikian sebaiknya eloklah anda elakkan stress baik di pejabat mahupun dirumah.
-Tekanan darah tinggi
Dalam masalah tekanan darah tinggi ini, ia juga beoleh menyebabkan penyakit jantung. Tekanan darah yang tinggi dapat melukakan dinding arteri dan membolehkan kolestrol LDL memasuki saluran arteri dan meningkatkan penimbunan plak.
-Obesiti
Kelebihan berat atau obesti meningkatkan tekanan darah tinggi. Cuba hindari lemak dan obesiti. Diabetes juga mempercepatkan penyakit jantung dan meningkatkan resiko serangan jantung.
-Mengambil antioksidan
Kaedaan udara yang agak tidak sihat seperti asap dari kenderaan bermotor, asap dari asap rokok membolehkan radikal bebas meresap ke dalam tubuh. Radikal bebas boleh menyebabkan bisul atau endapan pada pembuluh darah yang dapat menyebabkan penyumbatan. Untuk mengeluarkan kandngan radikal bebas ini dari dalam tubuh, kita perlu antioksida yang dapat menangkap dan membuangnya. Antioksida dapat diperolehi dari pelbagai buah-buahan dan sayur-sayuran.
-Faktor keturunan
Jika ada dikalangan ahli keluarga anda yang memang pernah mengalami serangan jantung, anda juga berisiko untuk mendapat serangan jantung juga. Jadi anda perlu lebih berhati-hati dalam menjaga pola makanan dan gaya hidup supaya jantung anda dapat kekal sihat.
Selain dari menjaga makan, kita juga boleh cuba tips untuk mengatasi serangan jantung dan turunkan kolestrol dengan ambil Set Jantung Sihat Shaklee ni.
Kolestrol jahat boleh dicegah dengan mengambil Phytocol-ST
Malaysia memang syurga makanan.. Agak susah sikit nak nak pantang makan kan.. Tapi kita perlu berusaha untuk menukar diet harian kepada manu yang sihat. Dengam mengambil supplement yang kaya dengan fisoterol dapat berganding dengan kolestrol 'baik' untuk menyerap kolestrol 'jahat' yang tak diperlukan.
Fisoterol ini berfungsi sebagai menyerap kolestrol LDL yang berlebihan dalam tubuh. Lebih tinggi kandungan fisoterol dalam badan kita, lebih cepat paras kolestrol kita dapat diturunkan.
Phytocol-ST Shaklee adalah 100% semulajadi dan dirumus khas dengan ramuan terpilih secara klinikal untuk menghindar penyerapan kolestrol dalam tubuh sekaligus mengawal paras kolestrol.
.
Kelebihan Phytocol-ST adalah:
1- Dirumus dengan campuran bahan yang mengandungi fisoterol semulajadi dalam tumbuh-tumbuhan, buah-buahan dan bijirin.
2- Disamping itu ianya dapat menampung 2000mg fisoterol daripada tumbuhan untuk keperluan seharian tubuh manusia.
3- Fisoterol telah terbukti dengan ujian makmal dapat merendahkan paras kolestrol LDL.
4- Mengikut saranan kandungan fisoterol yang digariskan oleh Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH).
5- Paling penting ianya halal, tidak mengandungi perasa, pemanis dan bahan pengawet.
Omega Guard pula sebagai langkah penurunan paras kolestrol 'jahat'
Minyak ikan yang terkandung di dalam Omega Guard diperlukan untuk kesihatan jantung.
1- Mempertingkatkan paras kolestrol 'baik' dalam pembuluh darah
2- Menyahkan kolestrol 'jahat' ke hati untuk disingkirkan
3- Menurunkan peras kolestrol 'jahat'
4- Melakukan pembersihan salur darah dari plak yang terkumpul.
Kuatkan Otot Jantung Dengan CoQHealth Plus
Peringkat seterusnya adalah untuk memperkasakan jantung anda dengan CoQHealth Plus. Di dalam CoQHealth ini terdapat CoQ 10 yang menyumbang tenaga ke arah menguatkan otot jantung.
Selepas usia kita melepasi umur 20 tahun, penghasilan akan berkurangan secara beransur-ansur sehinggalah kita menginjak ke usia tua. Ketika itu otot jantung semakin lemah.
Kelebihan COQHealth Plus dengan jenaman lain
Vivix Pula Pelindung Kepada Jantung Yang sihat
Vivix adalah pelengkap kepada jantung yang sihat. Vivix juga dapat melindungi jantung anda daripada pengoksidaan salur darah. Pengoksidaan pembuluh darah ini akan menyebabkan mendapan plak yang menyempitkan salur darah.
Selain dari itu Vivix juga mempunyai antoksidan kuat bagi melindungi dalur darah dari teroksida, Ia mengandungi 10 kali ganda resveratrol dan 15 folifenol. Ia berupaya membaiki sel dan berfungsi sebagai tonik anti-penuaan.
Ni pula testimoni pengguna yang telah menggunkan Vivix..
Semoga bermanfaat ya..
Jangan segan silu untuk menghubungi Eda untuk membeli produk Shaklee atau anda juga saya boleh daftarkan untuk menjadi ahli Shaklee.. Jangan malu-malu ya..
Kalau nak semak harga produk Shaklee boleh
klik sini --> Harga Produk Shaklee
Eda Ejai
♥Shaklee Independent Distributer [ID No : 888 102]
♥Sms/whatsapp/telegram/wechat : 013-397 6474
♥1642 8561 0089 Maybank Nor Hidawati
Saya juga mengenyorkan juga anda untuk terus order sebarang produk Shaklee kegemaran anda secara online menggunakan kreadit / debit kad melalui link di bawah. Klik sahaja gambar eSELL dibawah dan ikut arahan yang diberikan. =D
No comments:
Post a Comment