Masih dalam mood cuti?? Maklum la cuti CYN tahun ni lame kan.. anak-anakseklah pon cuti sampai seminggu.. mak-mak pon sonok la tak payah nak pikir banyak sebab anak-anak semua ada kat rumah kan..
Okeh hari ni Eda nak kongsi maklumat mengenai penyakit strok dan cara merawat. Kalau korang nak tau, sebenarnya ramai kat luar sana yang menderita penyakit stroke ni.. dan derang juga mengharapkan agar penyakit ni sembuh seperti sedia kala.. Betul la orang kata "Sihat tu mahal".. kita akan rasa mahal kalau sebahagian daripada nikmat sihat tu dah tak de. Penyakit ni juga antara punca terbesar kematian di Malaysia dan oleh sebab itu eda nak sangat orang paham dan ambil langkah berhati-hati..
Menurut statistik dari tahun 2005 hingga 2006 menunjukkan peningkatan sebanyak 300% dan penyakit stroke ini dah menjadi pembunuh no 4 negara kita.. Tidak kah itu boleh merisaukan kita??? boleh bayangkan tak, sekurang-kurangnya 6 orang akan diserang jantung dalam setiap jam..
Macam mana stroke boleh berlaku??
Eda terangkan secara ringkas je tau.. Strok ni berlaku apabila saluran darah tersumbat. Kalau dah tersumbat aliran darah ke otak pon akan terganggu. Oleh itu otak pon tak dapat nak menerima oksigen yang mencukupi dan sel-sel otak akan rosak.. Kemudian menyebabkan bahagian badan yang dikuasai oleh bahagian otak yang rosak itu tak dapat bergerak..
Punca strok
1. Gaya hidup dan cara pemakanan
- Gaya hidup seperti merokok dan pola makanan yang tak seimbang dengan memakan makanan segera, makanan proses dan makanan ringan akan menyumbang kepada penyakit ini.. Apabila ditambah pula dengan kurangnya senaman, sikap mudah marah, murung serta sikap negatif turut memudahkan seseorang itu diserang strok..
2. Keadaan kesihatan individu
- Tekanan darah tinggi atau pon hipertensi, kolestrol yang banyak, arteriosklerosis (pengerasan pembuluh darah), diabetes, gangguan jantung, sejarah keturunan dan migrain boleh menyebabkan stroke. Mengikut statistik, 80% pesakit darah tinggi dan arteriosklerosis adalah berisiko terkena serangan stroke..
Tanda-tanda serangan stroke
1- Rasa pusing kepala, sakit kepala yang mendadak tanpa sebab yang jelas.
2- Sebelah mata kabur secara tiba-tiba.
3- Rasa bingung, celaru dan keliru.
4- Terasa seperti hendak mati dan kebas/kaku pada muka, tangan kaki atau sebahagian tubuh sahaja.
5- Susah hendak berjalan dan hilang keseimbangan badan secara mengejut.
6- Terasa seperti hendak pitam atau pengsan secara tiba-tiba.
7- Rasa mual dan muntah-muntah.
Cara menghindari penyakit stroke
1- Elakkan dan berhenti merokok.
-Merokok ini boleh menyebabakan pengerasan dinding pembuluh darah dan membuatkan darah menjadi mudah menggumpal di satu tempat.
2- Membuat pemeriksaan tekanan darah secara rutin.
-Tekanan darah yang berlebihan boleh menyebabkan pembuluh darah mengalami tekanan yang kuat jika kita mempunyai penyakit darah tinggi.
3- Penyakit jantung.
-Jika terdapat gejala atau jangguan jantung seperti detak yang tidak teratur atau kadar kolestrol yang tinggi, kita seharusnya mendapatkan rawatan susualan doktor supaya serangan stroke dapat dielakkan.
4- Kawal stress dan tekana perasaan dengan baik.
-Stress juga boleh menggangu kesihatanjantung, kita perlu kawal dan tangani stress dengan bijak.
5- Menjaga pemakanan.
-Makan ikut piramit makanan. perlu lebihkan sayur dan buah-buahan agar makanan berserat itu dapat mengawal lemak, mengurangkan lemak, garam dan gula dalam badan. Elakkan makan daging merah terlalu banyak kerana lemaknya boleh menyebabkan pembuluh darah mengeras.
6- Tahu BMI anda dan kawal berat badan.
-Badan yang obes atau memiliki badan yang agak gemuk akan meningkatkan risiko stroke.
7- Bersenam dengan lebih aktif
- Dengan bersenam mampu menirinkan tekanan darah dan menyihatkan anda disamping membakar lemak yang terkumpul di dalam badan sebelum ini.
8- Elakkakan dari mengambil alkohol.
-Tekanan darah boleh naik jika anda meminum alkohol. Tetapi kita sebagai umat Islam pun wajib untuk kita untuk mengelakkan dan menghindarkan alkohol dari kita.
Apa yang Shaklee boleh bantu pesakit stroke??
Eda sebagai pengedar Shaklee yang berdaftar suka sangat nak suggest Vivix kat pesakit stroke ni..
Sebab vivix ni sejenis cecair macam sirap yang terhasil daripada kandungan anggur nuskat dan tunbuh-tunbuhan yang lain.
Apa yang best vivix ni mengandungi resveratrol dan vivix ni terbukti 10 kali ganda lebih bertenaga daripada resveratrol.. Ia tak mengandungi alkohol dan hanya menggunakan bahan semulajadi, tanpa pewarna tiruan serta perasa tambahan.
Saintis Shaklee juga mendapati orang-orang Perancis memakan daging berlemak tinggi dan meminum wain dengan banyak tetapi kadar penyakit jantung tetap rendah di Perancis. Setelah bertahun-tahun membuat kajian barulah saintis menemui rahsianya. Sebenarnya Paradoks Perancis terdapat pada Resveratrol yang terdapat dalam wain merah.
Apa yang hebat sangat Resveratol ni??
-Anti oksidan yang kuat
-Anti-inflamasi atau anti radang
-Anti-kanser
Salur darah yang tersumbat itu akan terbuka dengan kehebatan sifat anti radang Vivix. Sifat anti inflamasi atau anti radang ini yang membantu pesakit strok untuk bergerak semula.
Buat pengetahuan, satu hidangan Vivix (satu sudu teh) mengandungi sama banyak resveratrol yang terdapat dalam 100 gelas wain merah. Jangan risau ye sebab Vivix ni memang halal dan diperakui oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
Resveratrol ini juga dipercayai mampu memperbaiki DNA dan seterusnya mencegah penuaan berlaku dengan pantas.
Selain dari memperbaiki DNA yang rosak, vivix ini juga mengawal genetik, menghasilkan tenaga yang diperlukan oleh sel, melambatkan pembentukan protein AGE (Advanced Glycation end Products). Protein AGE yang berlebihan boleh mengganggu keutuhan sel. Sleain dari itu,vivix juga menjaga dan memelihara kesihatan jantung, otak, sistem imun, sendi, perlindungan antioksidan untuk kesihatan menyeluruh.
Jom kita lihat testimoni sebenar pesakit stroke dengan pemgambilan Vivix..
Alhamdulillah.. semua yang berlaku atas kehendak dariNya.. tapi kita jangan lupa teruskan berusaha dan berikhtiar agar segala penyakit termasuklah penyakit seperti stroke ini kembali normal seperti sediakala.. andai tidak pulih 100%, tapi jika ada perubahan sedikit pun pasti kita akan gembira buat orang yang tersayang kan..
Semoga bermanfaat ya..
Jangan segan silu untuk menghubungi Eda untuk membeli produk Shaklee atau anda juga saya boleh daftarkan untuk menjadi ahli Shaklee.. Jangan malu-malu ya..
Kalau nak semak harga produk Shaklee boleh
klik sini --> Harga Produk Shaklee
Eda Ejai
♥Shaklee Independent Distributer [ID No : 888 102]
♥Sms/whatsapp/telegram/wechat : 013-397 6474
♥hidawati.kadiso@gmail.com
♥eda83.blogspot.com
♥www.facebook.com/edaejaishop
Saya juga mengenyorkan juga anda untuk terus order sebarang produk Shaklee kegemaran anda secara online menggunakan kreadit / debit kad melalui link di bawah. Klik sahaja gambar eSELL dibawah dan ikut arahan yang diberikan. =D
No comments:
Post a Comment