Apa khabar korang?? sihat tak hari ni??
Ha.. hari ni eda nak cerita pasal gout..
Apa yang kita perlu tahu tentang gout..
Penyakit Gout ni sebenarnya salah satu bentuk artritis yang selalunya disebabkan oleh hablur-hablur asid urik yang terkumpul di sendi-sendi.. Kebiasaannya penyakit gout ini terlalu menyakitkan dan kebanyakan kes hanya menjejaskan satu sendi (monoartritis) yang mana ia menumpu kepada ibu jari kaki..
Buat pengetahuan korang perkataan "Gout" itu sendiri berasal dari perkataan bahasa Latin iaitu "gutta" yang membawa maksud "setitis" kerana mengikut kepercayaan pada waktu itu penyakit gout disebabkan oleh titisan humor-homur yang mengerikan dan kemungkinan besar mempunyai kaitan dengan ketul-ketul yang telah mendap pada urat.
Apa yang menyebabkan gout??
Beberapa faktor boleh dijadikan penyebab gout.. Antara faktornya adalah:
-Genetik (Keturunan)
-Pemakanan
-Buah pinggang
Makanan yang seperti apa boleh menyebabkan gout??
Makanan yang boleh mencetuskan gout adalah seperti makan yang berprotien tinggi seperti makanan laut, kekacang, daging merah dan daging organik tinggi pruine. Pemecahan purina dalam makanan ini menyebabkan gout kerana purine ini ditukarkan ke dalam bentuk asid urik semasa metabolisme tisu rosak dan ketika tisu rosak.
Korang tau tak yang satu kajian pernah dijalankan dan menunjukkan mereka yang gemar mengambil daging merah dan makanan laut lebih terdedah kepada gout sebanyak 50%.
Risiko gout ini boleh didatangi dengan memakan makanan-makanan seperti berikut:
Kesan penyakit Gout..
Kebiasaanya pesakit gout mengalami peningkatan dalam aras asid urik atau masalah penyingkiran asid urik atau pon kedua-nya sekali.. Aras asid urik yang tinggi berkait rapat dengan faktor usia, obesiti, Hiperlipidemia Jenis IV, kencing manis, penyakit jantung iskemia, serta darah tinggi.
Peringkat-peringkat penyakit Gout..
1. Asimptomatik
-Pada peringkat ini biasanya paras asid urik plasma akan bertambah, tetapi masih tidak menunjukkan sebarang gejala.
2. Akut
-Serangan penyakit gout yang pertama akan menandakan peringkat ini. Serangan tidak teruk kebiasaannya akan hilang dengan cepat, manakala serangan yang teruk boleh berlangsung selama beberapa hari atau juga beberapa minggu.
3. Interkritikal
-Pesakit tersebut masuk peringkat inter-kritikal atau jarak waktu yang bebas daripada gejala. Dalam tempoh ini kemungkinan berlangsung selama beberapa bulan atau juga mungkin tahun. Kebiasaannya pesakit gout mengalami serangan kedua dalam enam bulan sehingga dua tahun daripada serangan pertama..
4. Kronik
-Serangan penyakit gout akan menjadi lebih kerap. Serangan itu akan membabitkan banyak sendi pada setiap masa. Tofus-tofus besar juga mungkin akan boleh didapati dalam banyak sendi. Di dalam kes gout kronik yang sudah teruk, kemungkinan kerosakan ginjal, hipertensi dan karang ginjal boleh berlaku..
Supplement apa yang boleh eda cadangkan untuk membantu pesakit gout??
-Menyingkirkan toksik secara lembut dari badan. Pengambilan alfalfa memerlukan pesakit mengambil air yang banyak untuk tujuan detox.
-Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui di dalam ikan laut dalam. Kedua-dua asid ini dipercayai mampu mengurangkan keradangan pada sendi pesakit.
-Memastikan tubuh pesakit sendiri mempunyai kandungan air dan gula yang cukup agar tidak berlaku dehydration.
-Melindungi DNA, memperbaiki DNA, memnerikan inpak positif kepada pengawalan genetik, menggalakkan pembentukan mitochindra di dalam sel dan melambatkan pembentukan protien AGE yang menyebabkan kerosakan sel.
Ini pula testimoni pengguna selepas pengambilan Vivix bagi pesakit gout.
Seronok kalau kita dapat bantu lebih ramai orang dengan Shaklee ni..
Jangan biarkan orang tersayang tersiksa dengan gout.. dan sesungguhnya setiap penyakit tu ade ubatnya kecuali mati..
Semoga bermanfaat ya..
Jangan segan silu untuk menghubungi Eda untuk membeli produk Shaklee atau anda juga saya boleh daftarkan untuk menjadi ahli Shaklee.. Jangan malu-malu ya..
Kalau nak semak harga produk Shaklee boleh
klik sini --> Harga Produk Shaklee
Eda Ejai
♥Shaklee Independent Distributer [ID No : 888 102]
♥Sms/whatsapp/telegram/wechat : 013-397 6474
♥hidawati.kadiso@gmail.com
♥eda83.blogspot.com
♥www.facebook.com/edaejaishop
Saya juga mengenyorkan juga anda untuk terus order sebarang produk Shaklee kegemaran anda secara online menggunakan kreadit / debit kad melalui link di bawah. Klik sahaja gambar eSELL dibawah dan ikut arahan yang diberikan. =D
No comments:
Post a Comment