Cara Merawat SLE Dan Ketahui Simptom-simptomnya..

Apa agaknya penyakit SLE ni ya.. Sebenarnya Eda pon jarang dengar tentang orang yang terkena penyakit SLE ni.. Sebab penyakit ni bukan macam penyakit darah tinggi, kencing manis atau penyakit jantung yang sangat biasa kita dengar.. Sekarang ni baru nak amek tau sebab banyak kemungkinan yang boleh terjadi.. mungkin ada orang-orang disekeliling kita yang mengidap penyakit SLE ni secara senyap..


SLE ini adalah Sistemik Lupus Eritematosus atau 'lupus' adalah penyakit kronik 'autoimmune' di mana antibody seseorang bertindak balas dengan tisu badan seseorang pesakit itu sendiri. Ini mnjejaskan beberapa bahagian sistem tubuh seperti kulit, sendi, buah pinggang, paru-paru, sistem saraf atau organ lain dalam badan.

"Lupus" berasal dari perkataan Latin yang bermaksud "Serigala". (Kerana seorang doktor Perancis yang mula-mula merawat pesakit lupus mengibaratkan tompok-tompok kemerahan di muka pesakit sebagai gigitan serigala)

Pesakit radang kulit dan pesakit sendi (arthitis) sering mendapat gejala ini. Kemudian ia seringkali diiringi dengan keletihan dan demam. Penyakit SLE ada masanya tidak aktif, iaitu dapat mengawal (remission) dan ada masanya menjadi aktif (relapse)

Punca penyakit ini masih belum diketahui tetapi kemungkinan besar ia adalah daripada faktor keturunan, alam sekitar dan hormon. Hal ini berlaku apabila mengeluaran auto-antiodi yang melawan sel-sel normal seseorang. Itu menyebabkan keradangan pada beberapa bahagian tubuh yang boleh merosakkan organ dan tisu.


Simptom-simptom Penyakit SLE


1- Bilangan sel darah putih atau darah merah menjadi rendah.
2- Darah atau protien dalam air kencing menunjukkan gangguan sistem buah pinggang.
3- Kerap keguguran bayi.
4- Risiko untuk mendapat darah beku.
5- Sawan, strok dan gangguan mental.
6- Rambut gugur secara bertompok-tompok atau di sekeliling (hair line).
7- Ulser di mulut dan hidung berlarutan lebih sebulan.
8- Tompok-tompok merah di kawasan kulit yang terdedah kepada sinaran matahari.
9- Tompok-tompok merah yang menyerupai kupu-kupu di pipi dan hidung.
10- Demam, keletihan, dan penurunan berat badan.
11- Sakit dan bengkak sendi (arthritis) selama beberapa minggu.


Bagaimana untuk menangani penyakit SLE??

Image result for bersenam

1- Pesakit SLE harus mengekalkan cara hidup yang sihat dan elakkan dari gangguan fizikal dan emosi. Jauhkan daripada tekanan dan sentiasa berfikiran positif.

2- Selain dari boleh mengelakkan penyakit jantung, mengamalkan cara hidup yang aktif boleh membantu pergerakan sendi. Bagi pesakit SLE tak perlu bersenam dengan terlalu aktif, tetapi sudah memadai dengan melakukan senaman ringan berselang seli dengan rehat dan santai.


3- Sentiasa melakukan rawatan untuk mengetahui tentang keadaan diri sendiri dan mengambil ubat-ubatan yang diberikan oleh doktor.

4- Mengelakkan dari terkena sinaran cahaya matahari yang berlebihan kerana ia boleh menyebabkan ruam pada kulit.

5- Perlu memakai pakaian yang berlengan panjang, menyapu krim perlindungan cahaya matahari atau memakai topi atau tudung yang sesuai untuk melindungi diri dari komplikasi.


6- Merokok dan peroko juga harus dijauhkan kerana ia boleh mengaktifkan SLE.   


Disini juga Eda nak kongsikan kisah salah seorang master dalam Shaklee iaitu Master Iffah. Beliau adalah pengidap penyakit SLE dah telah mengambil Vivix sebagai salah satu altenatif untuk menangani penyakit yang beliau hadapi ini



Ini lagi testimoni seorang bapa terhadap penyakit SLE yang dihidapi oleh anak beliau.. 




Saya hanya mampu berkongsi cerita dan pengalaman orang lain tentang SLE.. Selebihnya terpulang kepada anda.. Kesan mengambil steroid banyak di google.. Google saje.. pasti banyak yang anda boleh baca..  

Semoga bermanfaat ya..  


Jangan segan silu untuk menghubungi Eda untuk membeli produk Shaklee atau anda juga saya boleh daftarkan untuk menjadi ahli Shaklee.. Jangan malu-malu ya.. 

Kalau nak semak harga produk Shaklee boleh 
klik sini --> Harga Produk Shaklee

Eda Ejai
♥Shaklee Independent Distributer [ID No : 888 102]
♥Sms/whatsapp/telegram/wechat : 013-397 6474
♥hidawati.kadiso@gmail.com
♥eda83.blogspot.com
♥www.facebook.com/edaejaishop


Saya juga mengenyorkan juga anda untuk terus order sebarang produk Shaklee kegemaran anda secara online menggunakan kreadit / debit kad melalui link di bawah. Klik sahaja gambar eSELL dibawah dan ikut arahan yang diberikan. =D







No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...