Tips Kehamilan Trimester Pertama








Salam rakan-rakan E2 Shop.. Selamat tahun baru.. bermula tahun baru ini kita mulakan dengan Tips Kehamilan Trimester Pertama..

 Carilah informasi sebanyak-banyaknya tentang bagaimana caranya menjalani kehamilan yang sehat baik melalui buku,tv, internet, dll.
 Mulalah dan segera membiasakan diri mengenakan baju-baju yang longgar, meskipun perut belum kelihatan membesar.
 Pada trimester pertama, ibu hamil sering mengalami mual dan muntah yang salah satunya dapat menyebabkan dehidrasi, oleh kerana itu perbanyaklah ibu hamil minum air kosong atau jus buah di luar jadual makan.
 Makanlah jenis makanan yang mudah dicerna seperti nasi, jagung, kentang, ubi, dll
 Hindarkan makanan yang mengandung kadar lemak tinggi atau berminyak seperti hidangan bersantan, gorengan atau daging berlemak.
 Hindari aneka macam bau-bauan yang menyengat atau tidak disukai, hal ini untuk menghindarkan ibu hamil dari rasa mual dan muntah.
 Biasakan memberus gigi setelah makan atau setelah mengalami muntah.
 Untuk menghindarkan rasa mual dan pening, cuba secara perlahan-lahan ketika hendak bangun dari tidur atau berbaring, jangan dilakukan secara sekaligus atau spontan
 Ada baiknya ibu hamil makan dalam kuantiti yang sedikit namun sering, hal ini juga untuk menghindarkan ibu hamil mengalami mual dan muntah
 Sediakanlah selalu minuman dan makanan kecil yang mengandung kadar garam rendah berhampiran bilik tidur, hal ini dilakukan agar stelah makan makanan tersebut, anda terhindar dari rasa mual dan muntah. Makanan kecil yang dapat disajikan antara lain seperti biskuit, roti gandum, atau buah-buahan.
 Carilah rakan yang juga sedang mengalami kehamilan, atau lapangkan diri dengan mencari raka-rakan baru di media sosial agar dapat saling bertukar buah fikiran dan pengalaman.
 Minumlah susu suam bila anda mengalami insomnia atau kesulitan tidur.
 Bila anda mengalami sembelit, minumlah air kosong minima 12 gelas sehari.
 Jika merasa sakit di bagian bawah perut dan mengalami pendarahan sedikit mahupun banyak segeralah berjumpa dengan doktor..




Eda Ejai
 Shaklee Independent Distributor [ ID No : 888 102 ]
 Contact No | WhatsApp/SMS :013 3976474
 Email : hidawati.kadiso@gmail.com
 Laman web: edaejaishop.blogspot.com

 Page : http://www.facebook.com/edaejaishop

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...