Ramai yang mengatakan menyusu badan itu suatu yang mudah.. hanya selak baju dan sua ke anak.. tidak semudah yang dikatakan.. kemungkinan perspektif orang-orang sekeliling masih belum terdidik dengan situasi tersebut..
Berbalik kepada topik di atas.. di sini saya kongsikan sedikit apa yang telah saya lakukan dahulu sebelum dan sedang menyusukan anak..
1- Niat-saya bermula dengan niat.. semasa Hasnaa dalam kandungan lagi saya sudah berniat ingin menyusukan beliau kerana saya tahu susu dari ibu itu adalah susu yang paling baik.. Dalam Islam juga menggalakkan ibu menyusukan anaknya sendiri.. jika tidak mampu boleh mencari ibu susuan.. tetapi saya tidak menyalahkan ibu-ibu yang memberikan anak mereka dengan susu formula.. mungkin mereka ada alasan mereka sendiri..
2- Target-Cuba buat target.. Pada permulaan saya ada membuat target untuk menyusukan Hasnaa untuk 6 bulan pertama.. Setelah habis 6 bulan pertama saya tambahkan lagi sehingga 1 tahun.. Setelah selesai 1 tahun saya tambah lagi hingga ke 2 tahun.. dan kini Hasnaa sudah pon 2 tahun 3 bulan.. Alhamdulillahh..
3- Tambahkan pengetahuan tentang breastfeeding.. Dunia yang semakin canggih sekarang amat mudah untuk mendapat ilmu tentang penyusuan.. hanya klik di Google banyak yang tersenarai.. selain itu di kedai-kedai buku juga ada menjual tentang penyusuan.. anda boleh pilih untuk baca di internet, membeli buku atau pon kedua-duanya.. dan lagi satu anda boleh bertanyakan kepada ibu atau saudara mara yang mempunyai pengalaman dalam breastfeeding..
4- Hubungi rakan-rakan yang menyusukan bayi mereka dan menyertai kumpulan sokongan seperti di Face Book ataupun forum.. cuba berkongsi pengalaman bersama.. kemungkinan segala permasalahan anda mereka boleh bantu..
5- Beli breast pump.. memadailah jika anda membeli set yang sedang-sedang harganya. Dikhuatiri jika anda membeli yang paling mahal tetepi tidak digunakan dengan sebaiknya akan mengakibatkan pembaziran.. Jadi eloklah sekiranya anda membeli mengikut kemampuan dan tahap kepenggunaannya..
6- Cuba meletakkan bayi anda di atas dada selepas bersalin.. (Kebanyakan hospital telah melakukan perkara sebegini..)
7- Beri susu kepada bayi selepas bersalin.. pada waktu ini susu memang tidak meriah.. yang keluar hanyalah kolostrum.. dan dakaplah bayi anda kerana bayi sangat perlukan dakapan ibunya..
8- Susukan bayi sekerap mungkin.. tak perlu tunggu 2 jam untuk menyukan bayi anda.. kalau bayi gemar tidur boleh kejutkan selalu untuk terus menyusu.. ia amat penting kerana jika bayi banyak menyusu ianya boleh menjauhkan dari demam kuning.. lebih banyak menyusu lebih baik..
9- Makan makanan yang berkhasiat.. jangan skip waktu makan.. kalau saya makan nasik 5 kali sehari.. biarlah orang lain nak cakap apa pon.. yang penting susu banyak untuk anak saya..
10- Minum air 3 liter sehari
11- Buat jadual mengepam (untuk ibu yang berkerja)- boleh lakukan 3 jam sekali semasa anda berada di tempat kerja..
12- Elakkan stress-Cuba fikirkan yang seronok.. kalau stress berlarutan susu pon stress nak keluar..
13- Berzikir semasa menyusukan atau pon mengepam..
14- Jangan buat perbandingan susu anda dengan susu orang lain kerana Allah telah memberi rezeki yang mencukupi buat anak anda..
15- Panjatkan doa- berdoalah kepada Allah agar anda diberikan susu yang banyak untuk anak yang anda susukan itu.. dan yakin denganNya
Dari segi makanan anda boleh cuba makanan di bawah:
1- Lobak putih-boleh dibuat jus atau dibuat sup
2- Bayam
3- Broccoli
4- Sawi
5- Pucuk manis
6- Roti
7- Kurma
8- Madu
9- Kismis
10- Sengkuan cina
11- laici, longan, matakucin, rambutan
12- halba-boleh dimasah bersama nasi
Selain dari itu anda boleh lakukan Power Pumping
Saya ada menulis tentang Power Pumping di blog personal saya.. anda boleh klik disini
Eda Ejai
Shaklee Independent Distributor [ ID No : 888 102 ]
Contact No | WhatsApp/SMS :013-3976474
Email : hidawati.kadiso@gmail.com
Laman web: eda83.blogspot.com
Contact No | WhatsApp/SMS :013-3976474
Email : hidawati.kadiso@gmail.com
Laman web: eda83.blogspot.com
Page : http://www.facebook.com/edaejaishop
No comments:
Post a Comment