7 Selebriti Popular Mati Bunuh Diri Akibat Tekanan Jiwa..

Baru-baru ini, peminat dunia K-pop dikejutkan dengan berita kematian vokalis kumpulan SHINee, Jonghyun yang disahkan meninggal dunia akibat gas beracun karbon monoksida.
Sebelum membunuh diri, Jonghyun meninggalkan pesanan kepada kakaknya dan menyatakan bahawa dia sudah tidak tahan dengan tekanan jiwa yang dialaminya.
Ini antara 7 selebriti popular yang mati bunuh diri kerana masalah tekanan jiwa.

1. Robbin Williams

Pada Ogos 2014, pelakon dan pelawak terkenal Hollywood, Robbin Williams dipercayai menggantung dirinya menggunakan tali pinggang.


Punca bunuh diri, Robbin tidak dapat menerima keadaannya selepas disahkan menghidap Parkinson.

2. Kang Doo Ri

Kematian aktres ini mengejutkan ramai pihak. Khabar angin menyatakan bahawa Doo Ri mati akibat kemalangan jalan raya pada tahun 2015. Namun siasatan polis mendapati terdapat unsur bunuh diri.
Kemungkinan besar pelakon itu mengalami kemurungan kerana persaingan sengit dalam dunia hiburan Korea.

3. U;Nee

Pada tahun 2007, pelakon dan penyanyi popular Korea, U;Nee ditemui mati gantung diri kerana mengalami tekanan jiwa akibat daripada populariti yang dikecapinya. Pelakon itu bunuh diri ketika usia 26 tahun.

4. Kurt Cobain

Vokalis kumpulan Nirvana, Kurt Cobain memilih untuk menamatkan riwayat hidupkan ketika berusia 27 tahun akibat masalah depresi. Mayatnya ditemui sangat tragis dengan menembak dirinya sendiri pada tahun 1994.

5. Lucy Gordon

Pelakon filem Spiderman 3 ini juga mengalami masalah tekanan jiwa dan ditemui mati gantung diri di rumahnya pada tahun 2009.

6. Chester Bennington

Berita kematian penyanyi Linkin Park ini tertanya mengejutkan industri hiburan dunia. Penyanyi ini ditemui mati gantung diri pada Julai lalu.
Penyanyi ini pernah terlibat dengan masalah dadah dan alkohol. Dia juga pernah memberitahu dia pernah ingin cuba membunuh diri kerana pernah didera sewaktu zaman kanak-kanak.

7. Jonghyun, SHINee

Kematian Jonghyun merupakan kehilangan besar buat peminat muzik K-pop. Kakak kepada anggota kumpulan SHINee, Jonghyun, Kim So Dam mengesahkan adiknya itu meninggal dunia akibat bunuh diri.
Punca kematiannya adalah disebabkan mendiang telah menghidu asap karbon monoksida yang berpunca daripada arang yang dibakar di dalam biliknya.

Sumber Berita dari Rotikaya.com 
Ni baru sebahagian saja yang kita tahu artis yang mungkin kita nampak hidup mereka gembira tanpa tekanan.. Padahal mereka mengalami masalah tekanan jiwa yang membawa kepada tindakan membunuh diri..

Nak tahu tak tanda-tanda orang yang alami tekanan jiwa/kemurungan?
Berikut eda senaraikan tanda-tandanya:
1- Rasa tak dihargai, tak berdaya, serba salah dan rasa tidak ada harapan.
2- Tidak berminat untuk melakukan aktiviti harian termasuklah melakukan hubungan sex.
3- Ada masalah dalam memfokus dan bermasalah dalam mengingat.
4- Susah tidur atau gemar tidur dengan banyak.
5- Berubah dari segi pola makanan - sama ada berat bertambah atau berkurang.
6- Kurang bertenaga, mudah letih dan penat.
Semua tanda-tanda tersebut jika berpanjangan melebihi dua minggu sila la berjumpa dengan doktor ya..

Tetapi tekanan jiwa juga boleh terjadi atas sebab yang berbeza mengikut individu itu sendiri. Antaranya seperti berikut:
1- Ubat-ubatan - Terdapat ubat yang boleh menyebabkan kesan tekanan jiwa. Contohnya Accutane - ubat jerawat yang boleh meningkatkan risiko tekanan jiwa.
2- Penderaan - Semua jenis penderaan samada fizikal, emosi tau seksual sekali pun boleh menyebabkan tekanan jiwa jika tidak ditangani dengan baik.
3- Faktor Genetik - Jika terdapat seseorang dalam keluarga yang pernah mengalami tekanan jiwa, kemungkinan besar ia boleh diwarisi dan ini dipanggil sebagai genetics of psychiatric disorders.
4- Kematian orang tersayang. Kesedihan yang terlalu banyak selepas kehilangan orang yang tersayang.
5- Berlaku perubahan - contohnya tempat kerja baru, berkahwin, baru pindah rumah dan lain-lain. Perkara ini boleh mengundang tekanan jiwa kerana pada waktu ini kita sedang bertoleransi dengan persekitaran baru.

Tips untuk elakkan kemurungan.
1- Bersenam - Lakukan aktiviti yang anda suka seperti bersukan, berkebun atau berenang. Dengan lakukan aktiviti fizikal mood anda juga boeh berubah.
2- Memelihara binatang peliharaan.
3- Banyakkan makan sayur dan buah-buahan serta bijirin penuh untuk tingkatkan kesihatan fizikal dan emosi.
4- Ambil supplement vitamin B12 dan omegaguard kerana ia boleh membantu menukarkan mood stress anda.
5- Jaga kesihatan. Kalau banyak penyakit pon boleh tambah kemurungan juga.
6- Kurangkan minuman yang berkafein.
7- Keluar dari rumah dan dapatkan cahaya matahari. Suasana yang agak gelap juga menyumbang kepada kemurungan.
8-Tidur mengikut jadual. Tidak tidur terlalu awal dan tidak terlalu lewat. Dapatkan tidur yang berkualiti.
9- Cari hobi anda. Anda boleh menulis blog, mamasak, melukis dan lain-lain.
10- Berhenti merokok.
11- Jauhkan diri dari dadah dan alkohol.

Tetapi jangan dilupa kita sebagai umat Islam perlulah berbalik kepada Allah. Ingat kembali apa tujuan kita dilahirkan.. Apa amalan kita sehari-hari dan apa yang boleh kita tinggalkan sebelum kita meninggal dunia.

 Semoga bermanfaat ya..  

Jangan segan silu untuk menghubungi Eda untuk membeli produk Shaklee atau anda juga saya boleh daftarkan untuk menjadi ahli Shaklee.. Jangan malu-malu ya.. 

Kalau nak semak harga produk Shaklee boleh 
klik sini --> Harga Produk Shaklee

Eda Ejai
♥Shaklee Independent Distributer [ID No : 888 102]
♥Sms/whatsapp/telegram/wechat : 013-397 6474
♥1642 8561 0089 Maybank Nor Hidawati

Saya juga mengenyorkan juga anda untuk terus order sebarang produk Shaklee kegemaran anda secara online menggunakan kreadit / debit kad melalui link di bawah. Klik sahaja gambar dibawah dan ikut arahan yang diberikan. =D





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...