Atasi Masalah Keguguran Rambut..

Apa khabar korang?? harap sihat la hendaknya.. dah berapa hari eda tak update blog.. rindu plak rasenya.. hehehe..

Ye, kalau tengok pada tajuk entry pon tau dah kan hari ni eda nak cerita pasal apa.. Hari ni eda nak share tantang masalah keguguran rambut.. Sape ada masalah keguguran rambut sila angkat tangan.. segan nak mengaku kan.. hehehhe.. tak pe nanti eda cerita semua tentang keguguran rambut ni ya..



Susah hati kan kalau ramabut asyik gugur je.. Korang perasan tak kalau masalah rambut gugur ni selalunya banyak orang lelaki yang alami.. Ya perempuan ada juga tapi agak kurang la kan berbanding lelaki.. sampai kadang kala derang (orang lelaki) ni kurang keyaninan diri disebabkan rambut yang gugur terlalu banyak.

Ramai orang cakap orang tua je yang akan hadapi masalah rambut gugur ni.. jangan tak tau ye, yang muda dan yang masoh belum kawin pon ramai yang dah botak.. kesian kan..

Kebanyakannya berpunca dari diri sendiri.. Sewaktu awal-awal rambut gugur dan makin menipis derang ni tak hiraukan pun tentang masalah rambut ni.. Tapi bila 'pulau' dah mula kelihatan kat atas kepala baru kita perasan yang sebenarnya masalah rambut ni dah semakin parah.

Kalau kaum hawa tak pe boleh pakai tudung.. Orang tak nampak.. tapi bila kat rumah suami dan ahli keluarga nampak. Nak pakai tudung kat dalam rumah?? tak kan pakai tudung dalam rumah..

Kita pon mesti rase tertekan bila kat lantai banyak rumah kat hall, dalam bilik, dapur dan di bilik air banyak rambut kita yang gugur.



Kalau nak ikat pon macam kecik je kan ikatan rambut tu.. Nak bela rambut panjang-panjang pun rambut semakin banyak yang gugur. Maka lupakan saja lah impian nak rambut yang panjang dan lebat.


Jom kita tengok apa agaknya punca keguguran rambut ni..

1- Tekanan fizikal

- Fizikal trauma seperti pembedahan, kemalangan atau kecederaan yang parah atau selsema sekali pun boleh membuatkan rambut kita gugur untuk sementara. Ini kerana rambut kita juga sebenarnya mempunyai kitaran hidup sendiri.

Kitaran rambut kita adalah seperti fasa pertumbuhan, fasa rehat dan fasa gugur. Tekanan fizikal ini mampu memberi kejutan kepada kitaran pertumbuhan rambut (memaksa) rambut lebih cepat ke fasa gugur. Keguguran rambut nampak ketara selepas 3-6 bulan trauma tersebut berlaku.

2- Selepas melahirkan.



- Korang perasan tak yang wanita hamil ini rambut derang semakin tebal dan jarang gugur. Ini terjadi apabila hormon estrogen yang tinggi ketika hamil. Tetapi selepas melahirkan, jumlah hormon estrogen kembali semula ke paras asal.

Selalunya wanita akan mengalami keguguran rambut yang lebih dari biasa.Tetapi ini hanya keadaan sementara sahaja. Rambut mereka akan kembali normal dalam tempoh 6 bulan hingga setahun selepas kelahiran bayi.

3- Kekurangan protein


- Kalau badan kita tak dapat protein yang cukup dari apa yang kita makan, badan kita akan membuat catuan protein dengan pertumbuhan rambut. Anggaran dalam 46-56 protein diperlukan setiap hari bagi menyokong pertumbuhan rambut.

Perkara ini telah dirujuk oleh Akedemi Dermatilogi Amerika. Catuan akan bermula dibuat selepas 2-3 bulan kita tak cukup makan protein.



4- Keturunan



- Sebab paling biasa untuk menjadi botak adalah berpunca dari faktor keturunan. Ini bukan penyakit, tetapi ia lebih kepada perkara seperti genetik, hormon dan proses penuaan.

Kebanyakan lelaki dan wanita akan mula perasan yang banyak rambut yang gugur selari dengan peningkatan umur mereka. Buat pengetahuan korang, sebenarnya lebih daripada 40% lelaki dan wanita akan mengalami keguguran rambut yang lebih daripada biasa.

Pada usia 20an dan 30an keguguran rambut sudah bermula. Bagi wanita, perubahan akan lebih tampak selepas menopouse. Keadaan ini dikenali sebagai 'angdrogeneic alopecia'. Untuk lelaki pula ia dipanggil sebagai 'male-pattern baldness'.



6- Tekanan emosi.



- Tekanan emosi kurang memberi kesan kepada keguguran rambut, tidak seperti tekanan fizikal. Tetapi ia juga boleh berlaku jika kita menghadapi keadaan seperti perceraian, kehilangan orang tersayang dll.

Tekanan emosi bukanlah penyebab utama kepada keguguran rambut, tetapi lebih kepada menambah buruk keadaan yang sedia ada.


7- Anemia



- 10 daripada 49 wanita yang berusia 20an menderita anemia. Hal ini terjadi apabila mereka ini kekurangan zat besi. Keguguran rambut yang disebabkan oleh anemia ini sangat mudah untuk dipulihkan.

Anda boleh terus pergi berjumpa dengan doktor untuk memastikan anda mengidap anemia jenis apa kerana anemia mempunyai banyak jenis. Anda juga boleh makan makanan yang tinggi kandungan zat besi atau boleh dapatkan suplement zat besi.

7- Kekurangan Vitamin B



- Walaupun jarang berlaku tetapi kekurangan semua jenis vitamin B, terutamanya biotin boleh menyebabkan keguguran rambut. Anda boleh makan makanan yang banya sumber vitamin B seperti ikan, daging, ayuran berkanji, buah-buahan sitrus dll.

8- Sakit Auto-Imun

- Selalunya sakit auto-imun ini berpunca dari sistem imun badan yang terlalu aktif. Badan kita menjadi keliru dan melihat rambut sebagai bendasing lalu menyerangnya.

9- Lupus

- Salah satu sakit auto imun adalah lupus. Yang mana ia juga boleh menyebabkan keguguran rambut. Ia terjadi kerana sebab yang sama iaitu sel-sel imun badan sendiri yang menyerang rambut. Tetapi kehilangan rambut dengan cara ini lebih menakutkan kerana rambut tersebut tidak akan tumbuh semula..

10- Berat badan yang hilang secara mengejut

- Kehilangan rambut boleh terjadi apabila kehilangan berat badan secara tiba-tiba kerana hal ini juga merupakan trauma fizikal. Hal ini memberi tekanan kepada badan atau menghadkan makanan menyebabkan badan kita kekurangan vitamin dan mineral.

Rambut yang gugur dah diikuti dengan kehilangan berat badan yang ketara merupakan salah satu ciri aneroksia atau bulimia

11- Kemoterapi



- Ubat yang digunakan untuk kanser boleh menyebabkan keguguran rambut. Menurut Dr Glashofer 'Kemoterapi seperti bom nuklear, dengan pantas ia memusnahkan sel yang membahagi iaitu sel kanser dan ia turut sama memusnahkan sel yang sedang membahagi seperti rambut.

12- Polycystic ovary syndrome (PCOS)



- PCOS berpunca dari ketidakseimbangan hormon lelaki dan perempuan. Hormon androgen yang berlebihan boleh membawa kepada 'ovarian cysts' dimana berat badan berlebihan dan ia menjadi risiko yang lebih tinggi untuk sakit diabetes, perubahan kitar haid, ketidaksuburan dan juga rambut yang makin menipis.

Jika hormon lelaki berlebihan ia juga akan menyebabkan pesakit PCOS berkemungkinan mempunyai bulu roma yang lebih lebat dimuka dan badan.

13- Overstyling



- Terlalu kerap menukar fesyen rambut juga boleh menyababkan rambut gugur. Penggunaan bahan kimia untuk meluruskan rambut, rawatan minyak panas, mewarnakan rambut dan bermacam-macam lagi bahan kimia atau suhu yang tinggi.

Semua perkara tersebur boleh memberikan kesan kepada akar rambut dan berkemungkinan besar rambut tidak akan tumbuh lagi.

14- Penuaan

Image result for penuaan


- Apabila kita mula memasuki fasa usia 50an ke 60an rambut akan lebih banyak gugur dan menipis.



Apa yang Shaklee boleh bantu anda yang bermasalah dalam masalah keguguran rambut??


1- ESP

- Protein merupakan asas untuk rambut yang sihat dan cantik. Kalau korang nak kan rambut yang cantik, sihat dan kuat, anda mesti ingat dengan protein.

Untuk pengetahuan, rambut kita terdiri daripada 97% protein. 19 daripada 22 jenis asid amino yang membentukan rambut kita. Jelas kan kenapa kita bergantung penuh kepada kualiti protein yang kita ambil.


2- B-Complex

-B Complex membantu rambut dengan 4 cara:

- Terlibat dalam pembentukan rambut yang sihat.
- Melicinkan pertumbuhan rambut pada kadar yang rata.
- Menguatkan rambut agar tidak mudah retak.
- Membantu mengekalkan warna rambut, penting untuk mencegah rambut dari beruban.


3- Zinc

- Zinc adalah mineral yang terlibat pad abahagian-bahagian yang mengalami pertumbuhan sel yang pesat. Pemakanan yang lengkap pada kadar yang optima akan mendorong pertumbuhan rambut yang lebih pesat.

Pertumbuhan yang pesat memerlukan bekalan zonc secukupnya. Zinc mampu menguatkan rambut dengan menjadikannya lebih tebal.

Dengan ini keguguran rambut akan berkurang dan zinc dapat mencegah kehilangan rambut yang berlebihan.

Tetapi harus diingat, Zinc mudah musnah jika anda mengambil alkohol dan mengalami tekanan. Selain dari itu zinc juga boleh hilang melalui peluh. Mengikut saranan Dr Bruce Miller, pengambilan zinc sebanyak 15mg sehari sebagai jaminan buat mineral penting untuk tubuh badan kita.


4- Omega Guard

- Meningkatkan keutuhan rambut agar tidak mudah putus
- Menyuburkan folikel rambut
  - Boleh membantu pertumbuhan semula rambut
- Menambah kekuatan dan ketebalan rambut
- Baiki kulit kepala yang kering dan mengelupas
- Tingkatkan peredaran darah dikulit kepala

Omega Guard mempunyai EPA dan DHA. DHA sangat penting dan mempunyai pengaruh besar terhadap keguguran rambut. Antara punca keguguran rambut adalah kekurangan DHA.

Ibu bersalin akan mengalami fasa keguguran rambut yang agak kritikal. Ia berpunca dari kekurangan DHA kerana pada masa tersebut adalah fasa 'growth spurts' untuk bayinya.

Badan akan menarik banyak DHA dari otak dengan ini menyebabkan banyak rambut yang gugur.

Nisbah omega 3 : omega 6 yang tidak seimbang, bukan setakat tidak seimbang, tetapi jumlah omega 6 terlalu tinggi berbanding omega 3.

Contoh: Kenapa orang kaitkan terlalu banyak makan mee segara akan mengakibatkan keguguran rambut?

Hal ini kerana mee segera mempunyai kandungan omega 6 yang terlalu tinggi, jadi nisbah omega 3:omega 6 sangat jauh berbeza.


5- Lecithin

- Lecithin juga mengandungi 2 jenis vitamin B iaitu kolin dan inositol, kedua-duanya sangat penting untuk pertumbuhan rambut yang sihat. Vitamin rambut ini membantu menebalkan rambut serta menghasilkan sinaran.



Selain dari vitamin untuk persediaan dalaman, Shaklee juga mempunyai produk penjagaan luaran untuk rambut.. antaranya adalah:

1- Revitalizing Shampoo

Mengandungi sistem pembersihan berpatent. Formula shampoo ini menggunakan pelembap dan protein semulajadi yang berasaskan sayuran termasuklah kelapa dan jagung untuk kutikel rambut yang lebih licin.

Sangat sesuai digunakan untuk semua jenis rambut. Sangat berkesan memperbaiki rambut yang rosak dan kering. Hasilnya rambut kekal dalam pH semulajadi, lebih kuat, bersinar, seimbang antara minyak dan lembapan.

Shampoo ini juga bertindak sebagai mengimbai kulit kepala, menyemai rambut dengan pelembap, membantu mengurangkan kusut dan mengekalkan imbangan kelembapan dan kilauan.


2- Lightweight Conditioner

Ramuan dari tumbuh-tumbuhan semulajdi memperkuatkan rambut, diperkaya dengan asid pantotenik (vitamin B5) dan asid amino dari gandum membantu melembakan rambut secara penyeluruh dan membina semula kutikel rambut.

Menjadikan rambut lebih volum, ringan dan mudah diurus, ianya juga tanpa paraben. Formula hebat ini membantu setiap helaian rambut kelihatan dan rasa lebih ringan, tidak kusut, mudah diurus dan lebih volum pada rambut.

3- Naurishing Scalp Treatment

Ini adalah tonik rambut yang sangat best dari Shaklee. Membantu menormalkan kulit kepala bagi menyediakan persekitaran terbaik untuk rambut lebat dan sihat. Ia juga membantu:

- Terbukti mengurangkan rambut gugur semasa disikat.
- Rambut lebih tebal dan kuat.
- Mengandungi kompleks eksklusif yang mudah diserap oleh kulit bagi membantu rambut yang sihat tumbuh.
- Formula tanpa bilasan yang cukup lembut, boleh digunakan setiap hari untuk mendapatkan hasil yang pantas dengan jumlah rambut yang meningkat.
- Cepat diserap dan tidak berminyak.
- Bauan semulajadi, tiada haruman tambahan.
- pH seimbang.
- Selamat untuk semua jenis rambut, walauun sudah dikerinting atau diwarna


Jom kita saksikan testimoni rambut gugur yang sangat kronik dan beliau merasakan ia lebih bertambah baik dengan pengambilan produk Shaklee..




 Semoga bermanfaat ya..  


Jangan segan silu untuk menghubungi Eda untuk membeli produk Shaklee atau anda juga saya boleh daftarkan untuk menjadi ahli Shaklee.. Jangan malu-malu ya.. 

Kalau nak semak harga produk Shaklee boleh 
klik sini --> Harga Produk Shaklee

Eda Ejai
♥Shaklee Independent Distributer [ID No : 888 102]
♥Sms/whatsapp/telegram/wechat : 013-397 6474
♥1642 8561 0089 Maybank Nor Hidawati

Saya juga mengenyorkan juga anda untuk terus order sebarang produk Shaklee kegemaran anda secara online menggunakan kreadit / debit kad melalui link di bawah. Klik sahaja gambar eSELL dibawah dan ikut arahan yang diberikan. =D








No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...