Perbezaan Antara Ubat Dan Vitamin..

Pernah tak korang dengar orang cakap cam kat bawah ni.. Eda selalu dengar.. hampir setiap hari..

"Buat apa aku nak makan vitamin ni, aku bukan sakit pon."
"Eh mek, ubat yang ko jual ni tak pe ke aku makan sebab aku ade alahan dengan daging."
"Aku tak suke la makan bitamin sebab ni semua taktik nak kaut untung la ni."

Masih ramai lagi sebenarnya yang belum tahu fungsi ubat dan vitamin sebenarnya.. Selalunya orang yang anggap vitamin dan ubat tu sama adalah orang yang kurang pengetahuan tentang vitamin/supplement/makanan tambahan (makanan tambahan ni bukan nasik tambah ya). Banyak perbezaan antara ubat dan vitamin ni.. Tapi mungkin juga kerana bentuknya kadang kala hampir sama sebab tu ramai yang ingat ubat dan vitamin tu sama.. tak pe la, meh eda terangkan.. 


Ubat


1- Ubat sama skali ganjl dengan tubuh badan. Ia tidak menjadi sebahagian daripada tisu-tisu badan kita, tidak juga menyumbangkan bahan-bahan berkhasiat.

2- Ubat ni juga sebenarnya ejen-ejen bahan kimia yang kuat yang mana boleh mengubah fungsi-fungsi secara mengganggu tindakan biokimia dan proses enzim.

3- Kesan sampingan juga boleh diakibatkan dari pengambilan ubat. Kebanyakannya boleh kekal dalam badan. Malahan aspirin juga boleh kekal menyebabkan gangguan dalam perut, loya, pendarahan dalam perut, gangguan mental, pengguan penglihatan, bintik-bintik merah, telinga berdengung, gangguan penghadaman dan akhirnya menuju kematian.

4- Ubat bertindak baik hanya secara berasingan. Ianya boleh mengganggu satu sama lain dan berkebolehan menghasilkan kesan-kesan sampingan.

5- Ubat juga elok dimakan di pertengahan waktu makan untuk mengelakkan hal yang saling mempengaruhi atau pencairan oleh jesan daripada makanan.

6- Ubat berkemungkinan membawa maut. Kalau 'over dose' boleh membunuh. 

7- Ubat memberikan kesan kepada setiap orang. Tak kira apa keadaan seseorang itu.

8- Ubat bertindak cepat dan sangat menakjubkan. Sesetengah orang boleh menerima kesannya dalam jangka masa yang pendek dalam beberapa minit atau jam sahaja.

9- Ubat juga sebenarnya digunakan untuk merawat kesan atau tanda-tanda sakit tetapi bukannya merawat punca sakit. Ubat hanya menutup kesakitan dan bukan memulihkan. Tidak ada keadaan badan yang disebabkan oleh kekurangan apa-apa ubat melainkan anda memang sudah terbiasa bergantung dengan ubat tersebut. Contohnya sakit kepala, ia terjadi bukan disebabkan kekurangan aspirin pada sistem badan anda, tapi terjadi dengan banyak kemungkinan, contohnya kurang tidur atau tidak cukup rehat dan lain-lain..

10- Buat pengetahuan korang, orang yang lebih berusia memerlukan ubat yang pada sukatan yang rendah sebab derang senang nak dapat kesan sampingan yang serius kalau nak dibandingkan dengan orang muda.




Supplement/Vitamin/Makanan tambahan



1- Vitamin kesemuanya adalah semulajadi dan penting kepada tubuh badan. Kalau kita kurang ambil boleh menyebabkan kematian atau sengsara akibat kelemahan fungsi organ.

2- Vitamin ini merupakan bahan berkhasiat yang bertindak dengan membantu tindakan biokimia dan pemprosesan enzim.

3- Tidak menimbulkan kesan sampingan. Penggunaan yang berlebihan hanya terganggu sementara sahaja. Oleh itu badan akan membina sistem enzim untuk menghadapi bahan berkhasiat, ianya bersedia menghadapi kelebihan.

4- Vitamin bertindak lebih baik secara bersatu antara satu sama lain ibarat rantai. Kesemua harus bergabung untuk menghasilkan kesan yang lebih baik.

5- Vitamin baik diambil bersama makanan. Ianya lebih berkesan menyerap bersama makanan dan mempertingkatkan keberkesanan [enghadaman lain-lain faktor makanan.

6- Vitamin adalah selamat. Lebih-lebih lagi vitamin yang bersumberkan dari semulajadi. Tiada satu pon kenyataan yang tercatit mengenai merbahayanya dnegan pengambilan vitamin seperti zat galian dan asid amino.

7- Vitamin juga bahan berkhasiat yang tidak menghasilkan tindak balas kepada seseorang. Ia hanya memberikan kesan sekiranya bahan-bahan berkhasiat ternyata kekurangan dalam tubuh badan.

8- Vitamin akan bertindak secara perlahan-lahan dalam jangka masa yang panjang. Ia biasanya mengambil masa berminggu atau berbulan untuk mendapat hasil yang kita impikan..

9- Vitamin ini juga bertindak merawat terhadap PUNCA penyakit sekiranya digunakan kerana menampung kekurangannya. Jika sesuatu keadaan yang sedia ada itu berpunca dari kekurangan sesuatau bahan berkhasiat yang tertentu, kita perlu menambahkan makanan yang dapat atasi masalah atau kerosakan yang telah terjadi supaya tidak berulang lagi.

10- Orang tua memerlukan lebih banyak bilangan khasiat kerana faktor-faktor kekurangan yang berlarutan dalam jangka masa yang lama dan sistem penghadaman yang semakin lemah.




Kesimpulannya apa yang eda dapat kongsikan adalah, ubat boleh diambil semasa kita sakit sahaja. Vitamin/supplement/makanan tambahan boleh diambil bila-bila masa dan pengambilan vitamin harus disusuli dengan minum air yang banyak. Ubat mengandungi dadah yang membolehkan ia bertindak dengan lebib pantas (maksudnya kandungan dadah yang dibenarkan). Supplement pula tidak menggunakan dadah tetapi hanya mengandungi banyak vitamin-vitamin yang sihat untuk melawan penyakit.

Eda harap korang dah faham serba sikit tentang perbezaan antara ubat dan supplemen..  


Jangan segan silu untuk menghubungi Eda untuk membeli produk Shaklee atau anda juga saya boleh daftarkan untuk menjadi ahli Shaklee.. Jangan malu-malu ya.. 

Kalau nak semak harga produk Shaklee boleh 
klik sini --> Harga Produk Shaklee

Eda Ejai
♥Shaklee Independent Distributer [ID No : 888 102]
♥Sms/whatsapp/telegram/wechat : 013-397 6474
♥eda83.blogspot.com
♥www.facebook.com/edaejaishop


Saya juga mengenyorkan juga anda untuk terus order sebarang produk Shaklee kegemaran anda secara online menggunakan kreadit / debit kad melalui link di bawah. Klik sahaja gambar eSELL dibawah dan ikut arahan yang diberikan. =D




No comments: