Vita-Lea merupakan multivitamin dan mineral semulajadi yang hebat keluaran Shaklee. Tahukah anda bahawa Vita-Lea Shaklee adalah multivitamin dan mineral yang pertama dicipta di dunia pada tahun 1915? Pada asalnya, ia dikenali sebagai Vitalize-Mineral dan disingkatkan sebutannya kepadaVita-Min. So, term vitamin yang disebut-sebut kini sebenarnya adalah berasal dari Shaklee!
Pada waktu itu, multivitamin Shaklee adalah dalam bentuk cecair. Peningkatan teknologi semasa kini telah mengubahnya kepada bentuk tablet yang dikenali sebagai Vita-Lea. Setiap tablet mengandungi 28 jenis multivitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh kita. Ia diformulasikan secara komprehensif dan sangat seimbang. Ia telah menjalani lebih daripada 340 ujian kawalan mutu untuk memastikan ketulenannya.
Tablet Vita-Lea ini berwarna hijau kerana ia disaluti serbuk nutrisi spirulina. Ia dihasilkan dengan kaedah yang terkini dan teknologi eksplosif yang kompleks yang disebut sebagai Explo-Tab. Ia merupakan tablet multivitamin yang paling pantas dalam dunia terlarut dalam air dan badan manusia. Mineral yang terkandung di dalamnya mudah berintegrasi dengan protein untuk penyerapan yang pantas oleh usus kecil.
Ujian klinikal telah membuktikan dengan pengambilan Vita-Lea selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%. Vita-Lea juga telah dipilih oleh Center for Science di USA sebagai The Best Multivitamin di dalam Publis Interest pada tahun 2000.
Manfaat utama Vita-Lea:
- Pelengkap nutrisi - ia mampu menampung kekurangan nutrient harian yang disebabkan amalan pemakanan dan diet yang tidak seimbang.
- Mencegah anemia - tambahan iron meningkatkan penghasilan sel darah merah
- Penambahan tenaga segera - pemberi tenaga, kecergasan tubuh, kekuatan mental dan membantu sistem memori dan focus dalam pembelajaran dan kerja seharian.
- Meningkatkan metabolisma dan melambatkan proses penuaan.
- Elemen penting pada sel tubuh - menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit dan hormon serta menjaga kesihatan tyrod.
- Melindungi organ termasuk fungsi buah pinggang, jantung dan hati.
- Meningkatkan keupayaan sistem produktif.
Dan yang paling penting, Vita-Lea adalah semulajadi dan bukanlah vitamin sintetik. Buktinya, ia tidak memerlukan silica gel untuk mengekalkan kualiti dan ketulenannya. Ia juga tidak mengandungi pewarna, perasa dan pengawet tiruan. Jadi buatlah pilihan yang bijak untuk kesihatan anda. Vita-Lea juga merupakan basic vitamin yang terdapat dalam Set Family Wellness. Dapatkan Vita-Lea dari E2 Shop sekarang!
Eda Ejai
Shaklee Independent Distributor
ID 888102
SMS/WhatsApp 013-3976474
No comments:
Post a Comment