Kekurangan Vitamin C Dalam Badan Boleh Mengundang Penyakit Skurvi..

Ok.. Sejujurnya eda memang tak berapa tahu pasal penyakit Skurvi ni.. Sebab penyakit ni memang sangat jarang orang kat Malaysia ni kena.. tapi apa salahnya kan kalau kita ambil tahu serba sedikit tentang penyakit ni..


Skurvi mungkin penyakit yang jarang berlaku dalam masyarakat di negara ini tetapi ia bukanlah sesuatu yang asing dan berpunca daripada kekurangan vitamin C yang berpanjangan dalam diet seseorang.
Bagi mereka yang tidak gemar makan buah-buahan atau sayur-sayuran, selain tidak mengambil suplemen vitamin C, mereka tetap boleh terdedah kepada skurvi sekiranya keadaan itu dibiarkan dalam tempoh yang lama.

Image result for skurvi

Skurvi boleh menyebabkan seseorang berasa lemah, mengalami kerosakan gigi, tulang rapuh, penghasilan kolagen terjejas, kekurangan darah, pendarahan pada gusi dan sekitar liang roma selain bulu roma berkerinting.




Tubuh manusia tidak mempunyai kemampuan untuk menghasilkan vitamin C dan ia perlu dimasukkan di dalam diet melalui pengambilan makanan yang kaya vitamin C.
Dengan mengambil buah-buahan, sayur-sayuran atau makanan yang ditambah vitamin C setiap hari, seseorang dapat mengelak daripada mengalami penyakit skurvi.
Kandungan vitamin C dalam tubuh boleh kehabisan dalam tempoh satu hingga tiga bulan dan ia perlu ditambah dari masa ke masa.

Related image

Penyakit itu dikesan berlaku sejak zaman purba lagi apabila rekod menunjukkan masyarakat Mesir seawal 1550 sebelum Masihi mengalami simptom skurvi.
Ia juga sering dialami oleh pelayar pada zaman Renaissance iaitu sekitar kurun ke-16 hingga ke-18 yang pada mulanya pernah disalah erti sebagai penyakit berjangkit.
Pada kurun ke-17, dua pakar perubatan iaitu John Woodall dan James Lind berjaya membantu mengurangkan kadar kematian akibat skurvi.

Image result for jus lemon

Woodall menyenaraikan jus lemon sebagai penawarnya dan menyarankan Syarikat Hindia Timur membekalkan jus berkenaan untuk pelayarnya pada 1617.
Manakala, pada 1747 pula Lind yang bertugas sebagai pakar bedah tentera laut mendapati buah oren dan lemon mampu menyembuhkan penyakit skurvi.
Bagaimanapun, Lind mengambil masa selama 41 tahun untuk meyakinkan Tentera Laut Diraja British supaya membekalkan jus limau kepada pelayarnya.


Sebaik jus limau dibekalkan kepada anak kapal, masalah kesihatan akibat kekurangan vitamin C dalam kalangan pelayar British berkurangan secara mendadak.
Pengetahuan mengenai kadungan vitamin C dalam makanan penting kerana ia boleh membantu meningkatkan sistem pertahanan badan seseorang.
Manusia mendapat 90 peratus jumlah vitamin C daripada sayur-sayuran dan buah-buahan tetapi kandungan vitamin C dalam makanan berkenaan boleh berkurangan sehingga 40 peratus apabila ia dimasak.
Pada masa sama, vitamin C yang juga dikenali sebagai asid askorbik mudah teroksida dan simpanan di dalam tubuh pula banyak digugat oleh faktor alam sekitar dan gaya hidup seperti merokok serta keadaan biologikal seperti keradangan atau mengambil zat besi secara berlebihan.
Faktor lain yang membawa kepada kekurangan vitamin C adalah sikap jahil mengenai pemakanan apabila ada yang mendidihkan jus buah, menyekat sesetengah makanan dalam diet, alahan ataupun mengalami masalah mengambil makanan secara oral.
Selain masalah pemakanan yang tidak seimbang, penyakit skurvi turut berlaku kepada pesakit anoreksia, mental, buah pinggang serta barah atau mereka yang mengelak makanan berasid.
Kematian secara mengejut boleh berlaku dalam kalangan pesakit skurvi, oleh itu memastikan vitamin C sentiasa cukup dalam diet adalah kunci utama rawatan.
Apabila dirawat dengan betul, skurvi adalah penyakit yang mudah sembuh. Semua masalah berkaitan skurvi akan sembuh dalam masa beberapa minggu sekiranya mendapat dos tepat untuk menampung semula simpanan vitamin C di dalam tubuh.
Sebaik pesakit skurvi diberikan dos vitamin C yang cukup, pendarahan secara spontan akan berhenti dalam masa sehari, sengal otot dan tulang akan hilang dengan cepat, pendarahan dan kesakitan gusi akan pulih dalam tempoh antara dua ke tiga hari dan perubahan warna kulit akibat pendarahan pula pulih secara perlahan-lahan dalam tempoh 12 hari.

Image result for makanan yang kaya dengan vitamin c

Antara makanan yang kaya dengan vitamin C ialah buah-buahan sitrus terutamanya limau gedang dan lemon, buah beri, tembikai susu dan sayur-sayuran termasuk brokoli, bayam, lada hijau, tomato, kentang serta kubis.
Golongan berisiko mendapat penyakit skurvi
1. Bayi yang hanya diberikan susu lembu dalam tempoh satu tahun usianya.
2. Individu yang gemar mengambil alkohol.
3. Mereka yang suka mengamalkan diet ikutan.
4. Golongan yang berusia yang gemar makan roti dan teh saja.
5. Pesara yang tinggal sendirian.
6. Mereka yang gemarkan makanan ringan.
7. Golongan susah dari segi kewangan dan mengelak membeli buah atau sayuran.
8. Pelarian yg ­hanya mendapat bekalan makanan terhad.
9. Perokok.
10. Wanita mengandung atau sedang menyusukan bayi. Mereka memerlukan lebih banyak vitamin C.
11. Pesakit aneroksia.
12. Pesakit diabetes jenis satu.
13. Pesakit buah pinggang yang menjalani dialisis.
14. Mereka yang pernah menjalankan pembedahan pintasan gastrik untuk mengurangkan berat badan.
15. Mereka yang memiliki kandungan zat besi terlalu tinggi dalam badan.

dipetik dari harian Metro Bahaya Kurang Vitamin C




Jadi, pada eda sangatlah berbaloi jika kita terus sahaja ambil Vitamin C Shaklee.. mudah dan tak perlu nak perah-perah lemon dan sebagainya.. 


 Semoga bermanfaat ya..  

Jangan segan silu untuk menghubungi Hida untuk membeli produk Shaklee atau anda juga saya boleh daftarkan untuk menjadi ahli Shaklee.. Jangan malu-malu ya.. 

Kalau nak semak harga produk Shaklee boleh 
klik sini --> Harga Produk Shaklee

Hida Kadiso
♥Shaklee Independent Distributer [ID No : 888 102]
♥Sms/whatsapp/telegram: 013-397 6474
♥1642 8561 0089 Maybank Nor Hidawati

Saya juga mengenyorkan juga anda untuk terus order sebarang produk Shaklee kegemaran anda secara online menggunakan kreadit / debit kad melalui link di bawah. Klik sahaja gambar dibawah dan ikut arahan yang diberikan. =D



Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...