Perbezaan Antara Gemuk Air, Angin Dan Daging




Mungkin anda sering melakukan diet atau mengikuti mana-mana plan diet tetapi merasakan berat badan anda naik dan turun seperti yoyo.. Anda juga tertanya-tanya apakah yang berlaku dan adakah ia disebabkan oleh lemak yang berlebihan atau ada penyebab lain..

Mari kita lihat perbezaan gemuk air, angin dan daging.. Mungkin anda mempunyai salah satu ciri-ciri berikut..


Gemuk Air:

Badan yang agak lembik dan mengeleber kerana air yang tidak diperlukan (toksin) berlebihan.
Mudah mengah dan penat apabila melakukan aktiviti harian.
Apabila berdiri bahu akan kelihatan seaakan jatuh.
Jika anda menimbang berat badan pada waktu pagi dan malam kemudian anda dapati ada perbezaan dalam 1-2 kg lebih atau kurang, ini tandanya anda gemuk air kerana pengumpulan air dalam tubuh.
Antara golongan yang sering mendapat gemuk jenis air ini adalah dari anak dara, wanita yang belum berkahwin atau yang baru lepas melahirkan anak.


Gemuk Angin:

Terlalu banyak angin yang berada (terperangkap) di dalam badan dan menyebabkan sukar atau sering untuk sendawa mahupun kentut.
Senang untuk penyakit seperti migrain, sakit kepala, loya, atau sebu perut menyerang.


Gemuk Daging:

Antara penyebab gemuk daging adalah kerana kurang mengambil sayur-sayuran atau buah-buahan.
Mempunyai rangka badan yang besar dan gemar memakan makanan yang berkarbohidrat tinggi.
Kulitnya juga agak tebal, badan yang berat serta pejal. (sukar untuk mencubit kerana tebal)
Mudah letih dan gemuk daging ini adalah antara gemuk yang paling sukar dan lambat berbanding jenis gemuk yang lain. Ini terjadi apabila lemak yang berada di dalam tubuh sudah menjadi tepu dan sebati dengan daging.
Kebanyakan yang mengalami gemuk daging seperti ini adalah sejak kecik memang bertubuh badan agak besar atau 'sihat'.


Tetapi jangan risau kerana semakin banyak peluh dikeluarkan semakin banyak lemak-lemak dapat dikeluarkan disamping mengikut diet yang sesuai.


Jadi anda yang mana satu?? Air, angin atau daging???











No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...