Hamil | Perkara Yang Baik Diamalkan Semasa Hamil



Salah satu anugerah yang tak ternilai adalah mengandung.. Ianya pasti membuatkan setiap pasangan suami isteri akan teruja bila pertama kali melaluinya.. Seribu kesyukuran dipanjatkan kerana bukan semua pasangan dapat melaluinya.. Bakal ibu juga seharusnya menjaga kandungan dengan sebaiknya..

Kepada meraka yang baru sahaja merancang untuk hamil, anda seharusnya bijak dan mengetahui pengetahuan yang cukup sebagai persediaan sebelum manjadi ibu. Sebaik-baik ilmu adalah pengalaman dan amalan.. Oleh itu kita seharusnya banyakkan bertanya kepada orang-orang yang lebih banyak pengalaman.. Banyakkan bertanya tentang apa yang sebaiknya dilakukan semasa hamil, semasa berpantang, cara mendidik dan ilmu keibubapaan..


Pada primester pertama mengandung sebaiknya banyakkan amalan yang disyorkan dalam Islam seperti berzikir, membaca Al-Quran dan melalukan solat hajat. Pemakanan yang baik, bersih dan halal juga jangan dilupakan.. Kita harus ingat bahawa apa yang kita makan akan sampai kepada bayi dan mengalir menjadi darah daging.. Suami juga perlu memastikan makanan yang isteri makan datangnya dari sumber yang bersih dan halal.


Sepanjang tempoh kehamilan kita boleh membaca sura-surah yang sangat baik diamakan. Antara surah-surah tersebut adalah seperti:


  • Surah Yusuf - Untuk anak yang cantik rupa dan akhlak
  • Surah Luqman - Untuk anak yang cerdik
  • Surah Yaasin - Untuk anak yang teguh hati dan tidak terpengaruh dengan maksiat
  • Surah Maryam - Untuk memudahkan bersalin
  • Surah Al- Hujurat - Untuk membanyakkan air susu dan sebagainya


Tetapi janganlah cuma membaca surah2 ini sahaja, sebaliknya bacalah keseluruhan Al-Quran dan sempat dikhatamkan semasa hamil.. Surah-surah diatas jadikan kelaziman..

       

Pada waktu begini, cuba jauhi atau buang terus tabiat atau amalan-amalan negatif seperti mengisap rokok, minum minuman keras (memang haram pon untuk orang Muslim) atau tidur lewat malam. Semasa hamil ini adalah waktu yang paling sesuai untuk menyusun semula kehidupan kita demi bayi yang akan lahir kelak..



Ramai yang tidak kita sedari bahawa peranan bapa sangat penting pada awal kehamilan ini. Antara detik paling sukar adalah pada 3 bulan pertama.. apabila rasa loya, muntah-muntah dan rasa tiada selera untuk makan.. Peranan suami harusah bersabar dan memberi sokongan kepada isteri..  Alhamdulillah saya tidak melalui pengalaman mabuk atau pon morning sickness teruk.. Alahan dan muntah-muntah pon boleh dikira.. Hanya kerap penat dan selalu nak tidur saja.. Jadi ibu-ibu hamil yang mengalami alahan dan muntah-muntah yang teruk semasa hamil adalah ibu-ibu yang hebat dan kuat. Perubahan selera makan, mood yang tidak menentu, loya, muntah-muntah dan bebanan kerja pasti menguji kesabaran.. Bukan sahaja kesabaran isteri malah kesabaran suami juga kerana melayan karenah isteri yang mengandungkan zuriat.. Oleh itu kasih sayang dan saling mendorong sesama suami isteri amatlah diperlukan pada waktu begini..


Nikmatilah waktu-waktu indah semasa mengandung dan semasa menjadi ibu. bersyukur dengan kurniaan Allah dan lalui waktu mengandung dengan penuh kesabaran dan keimanan.. Semoga anda bakal dikurniakan cahayamata yang solah dan solehah.. aminnn...


Saya Pengedar Shaklee Kawasan Taman Segar Cheras dan kawasan yang berhampiran..

* Eda Ejai
* 013-3976474

Berminat mahu membeli barangan Shaklee anda boleh terus klik ke gamba di bawah..






No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...