Minum Air Yang Banyak Dibulan Ramadhan

Pejam celik dah hari ke lima kita berpuasa hari ni.. Seperti yang anda sedia maklum, komponen badan kita terdiri daripada 70% air.. Untuk melancarkan sistem dalam tubuh badan kita, air amatlah penting supaya tubuh badan sentiasa sihat dan bertenaga semasa berpuasa.. Di bawah ini saya ada kongsikan serba sedikit tentang bagaimana untuk kita mudah minum air sebanyak 8 gelas sehari di bulan ramadhan..


Macam mana keadaan kita hari ni ya?? Bibir dah rasa kering tak? pagi-pagi badan dah letih? Pening? Sembelit? Kulit dah tak kenyal? Cepat rasa penat dan air kencing berwarna pekat?? Kalau ada salah satu atau pun semua simptom terdapat pada anda itu tandanya anda kekurangan air dalam badan..

Setiap tubuh badan memerlukan air yang berbeza.. Kebiasaannya kita digalakkan mengambil 6-8 gelas ais sehari. Tetapi untuk kiraan yang lebih tepat anda boleh mengira sendiri barapakah yang diperlukan oleh tubuh badan anda.. mudah saja formulanya;-

25 kg berat badan = 1 liter air
1 gelas +- 250 ml air 
1 cawan +- 200 ml air


Tips Minum 8 Gelas Air Di Bulan Ramadhan

1- Minum 1 gelas air selepas azan maghrib.
2- Minum 1 gelas air selepas solat maghrib.
3- Minum 1 gelas air selepas berbuka.
4- Minum 1 gelas air selepas solat isyak.
5- Minum 1 gelas air selepas solat tarawih.
6- Minum 1 gelas air sebelum tidur.
7- Minum 1 gelas air selepas bangun untuk bersahur.
8- Minum 1 gelas air selepas bersahur.

Senang je kan.. kalau nak minum lebih pon lagi bagus..



Tips lain

1- Semasa berbuka puasa tidak digalakkan minum air 8 gelas serentak. Perut akan penuh dengan air dan juadah berbuka tak dapat di makan  dan sukar untuk melakukan ibadah lain.

2- Sebaik-baiknya kurangkan air yang manis, berkarbonat, cendol mahu pon ABC dan lain-lain. Banyakkan minum air putih. (wong jowo ngomong banyu jarang) hehhehhe..

3- Miniman manis boleh diminum tetapi sebaik-baiknya anda boleh buat sendiri di rumah agar kebersihan terjamin dan kemanisannya juga dapat dikawal..

Ini sahaja rasanya tips yang dapat sayang kongsikan.. Semoga entry ini dapat membantu kita semua kekal cergas walaupun berpuasa disiang hari.

Kalau anda nak cari minuman ala2 "100plus" yang lebih semulajadi, tidak bergula, yang menstabilkan elektrolit badan, tidak berkarbonat, mengurangkan hidrasi serta mengurangkan rasa haus, saya ada jawapannya.. Tunggu saya post enrty berkenaan tentang produk yang SUPERB tu pada entry akan datang..


Selamat berpuasa.. =D


Shaklee Independent Distributor
* Eda Ejai
* 013 397 6474


2 comments:

uncle gedek said...

Oh... kalau uncle... lepas azan maghrib je dah 4 gelas sirap ais abis uncle sapu...! haha

Hida Kadiso said...

hahahha.. bagus la uncle.. lg banyak minum lg baik.. =D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...