Isu Halal Shaklee..



Isu halal Shaklee adalah antara isu yang menjadi perhatian ramai pihak terutama yang baru mengenali produk-produk Shaklee. Ramai yang masih meragui akan status halal Shaklee.
Untuk pengetahuan, semua produk Shaklee yang masuk ke pasaran Malaysia adalah halal. Jadi, mana-mana produk Shaklee yang tidak masuk ke pasaran Malaysia dan hanya terdapat di pasaran luar negara, kita perlu periksa dahulu status halal produk tersebut dengan badan Islam negara berkenaan.
Sijil halal Shaklee dikeluarkan oleh Islamic Services Of America (ISA). Lihat sijil halal tersebut di Rujuk di Lampiran 1. Untuk pengetahuan semua, Islamic Services of America (ISA) adalah salah satu badan yang diiktiraf oleh JAKIM. Boleh tengok link di bawah untuk lihat Senarai Badan-badan Islam di luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM. Klik link ni untuk lihat senarai penuh di laman web ini:
Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa Shaklee tidak memohon sijil halal dari JAKIM. Kenapa nak guna sijil halal yang dikeluarkan oleh ISA. Berikut adalah di antara sebab-sebabnya:
1) Proses permohonan sijil halal kepada JAKIM mengambil satu tempoh masa. Produk-produk Shaklee pula banyak. Jadi proses ini akan memakan masa. Shaklee akan mengalami kerugian kerana tidak dapat memasarkan produk sementara menunggu sijil halal tersebut dikeluarkan. Jadi Shaklee menggunakan sijil halal yang dikeluarkan oleh ISA. Jadi pihak Shaklee dapat jimatkan masa dan kos. Lagipun ISA sememangnya badan yang diiktiraf oleh JAKIM.
2) Kita kena tahu juga kenapa JAKIM wujudkan senarai badan-badan Islam yang diiktiraf oleh JAKIM di luar negara. Saya quote dari website JAKIM:
"Sebenarnya amat penting bagi semua pengguna Islam untuk mengetahui badan-badan Islam yang diiktiraf di seluruh negara. Ini dapat mengelakkan pengguna merasa ragu-ragu untuk membeli barangan atau memasuki premis-premis tertentu ketika berada di luar negara. Pengetahuan mengenai logo-logo badan Islam yang diiktiraf di luar negara juga penting agar pengguna tidak keliru. Berikut merupakan senarai badan Islam yang diiktiraf oleh JAKIM di luar negara. Pengguna boleh menghubungi badan Islam yang diiktiraf atau menghubungi terus pihak JAKIM untuk maklumat lanjut."
Kenyataan berikut saya ambil dari laman web www.halalscience.com. Laman web ini adalah kepunyaan penulis buku “Halalkah Ubat Anda” Tuan Abdul Rahman Baco tentang isu halal Shaklee.
“Hasil carian maklumat saya di portal Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK).Produk Lecithin Shaklee yang didaftarkan pada tahun 1995 dihasilkan di kilang Syarikat Shaklee di Norman, Amerika Syarikat.
Produk Lecithin Shaklee yang terbaru pula didaftarkan pada 2012 dihasilkan di kilang Nutra Manufacturing, Greenville . Kilang yang sama mengeluarkanproduk-produk kesihatan lain seperti Produk GNC dan USANA yang mempunyai persijilan Halal daripada IFANCA (Islamic Food And Nutritional Council of America).
Produk Osteomatrix Caplet Shaklee yang didaftarkan di Malaysia pada tahun 2007 juga dihasilkan di kilang Nutra Manufacturing, Greenville, Amerika Syarikat.
Pada awal Januari 2013 pula, Puan Imatulizah telah menghantar pertanyaan melalui email kepada Islamic Services of America (ISA) untuk mengesahkan kesahihan Sijil Halal Produk Shaklee.
Koordinator Perkhidmatan Halal, ISA mengesahkan Sijil Halal Produk Shaklee adalah sah dan menjamin Shaklee akan terusmengeluarkan produk-produk yang dijamin halal termasuklahProduk Lecithin, Omega dan Vitamin E.
Memang sebelum ini Shaklee menggunakan kapsul daripada pembekal di Kanada. Tetapi pada masa sekarang, Shaklee telah menggunakan pengilang baru yang mempunyai persijilan halal sedia ada untuk produk Shaklee pasaran Malaysia.
ISA dan IFANCA merupakan badan persijilan Halal Luar Negara yangdiiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM.”
Anda boleh baca artikel penuh tersebut di link ini:
ISU HALAL PRODUK PENJAGAAN KULIT SHAKLEE
(Credit to Puan Nurazlina Noh)
Pertama sekali kita kena faham apa kegunaan sijil dan cop halal tu. Cop halal adalah untuk memudahkan umat Islam dan bagi sesetengah barang makanan yang diimport, kena ada sijil halal sebelum masuk ke negara-negara Islam. Tak semua yang halal tu ada sijil halal contohnya macam goreng pisang tepi jalan, takde sijil halal pun, tapi kita yakin ia halal kan.

Keperluan untuk sijil halal ialah supaya umat Islam tidak keliru dan tidak tertipu. Misalnya ayam-ayam yang tidak disembelih atau disembelih tidak ikut syarak, orang Islam tak boleh makan. Jadi rumah sembelihan kena ada sijil halal. Jadi umat Islam dapat membezakan yang mana boleh makan dan yang mana tak boleh. Tapi kalau kita yakin dengan sembelihan itu, misalnya kita beli ayam di kedai Pakcik Kamil, dia sembelih depan-depan kita dan dia tiada sijil halal,. kita boleh pastikan sembelihan dia sah.

Jadi dalam kes produk penjagaan kulit Shaklee, tidak semua syarikat minta sijil halal (ianya mahal) sebab tiada keperluan atau undang-undang untuk ada sijil halal sebelum boleh masuk Malaysia. Macam tu juga dengan kenapa tiada cop halal pada botol Shaklee, sebab tiada keperluan dan undang-undang untuk itu.

Kita boleh tengok bahan-bahan dalam produk-produk penjagaan kulit Shaklee untuk pastikan ianya halal atau tidak.

i. Tidak mengandungi mana-mana bahagian manusia atau bahan yang berasal daripadanya.

ii. Tidak mengandungi bahan diperoleh daripada haiwan yang dilarang kepada umat Islam oleh hukum syarak, atau daripada haiwan halal yang tidak disembelih mengikut hukum Syarak.

iii. Tidak mengandungi sebarang bahan atau organisma yang diubahsuai secara genetik (GMO) yang telah diisytiharkan sebagai najis mengikut hukum syarak.

iv. Tidak disediakan, diproses, dikeluarkan atau disimpan dengan menggunakan apa-apa peralatan yang tercemar dengan perkara yang najis mengikut hukum syarak.

v. Semasa kerja penyediaan, pemprosesan atau pembuatan produk, tiada sentuhan berlaku dan diasingkan secara fizikal daripada mana-mana bahan yang tidak memenuhi syarat-syarat yang dinyatakan dalam perkara i), ii), iii) atau iv).

vii. Tidak memberi sebarang kemudaratan kepada pengguna.

Jadi kita tahu, Nutriwhite & Enfuselle adalah produk berasaskan tumbuhan dan menurut definisi halal INFANCA, sesuatu produk berasaskan tumbuhan adalah halal selagi tidak bercampur dengan hasil dari haiwan. Kalau ada bahan-bahan dari haiwan dan tiada sijil halal, kena hati-hati dan sebaiknya dielakkan.

*IFANCA (Islamic Food and Nutrition Council of America) adalah organisasi Islamik yang bukan berasaskan keuntungan yang berfungsi untuk mempromosikan makanan halal dan isntitusi halal. Berpusat di Chicago, Illinois, Amerika Syarikat dan mempunyai beberapa pejabat di sekitar Amerika Syarikat., and IFANCA juga mewakili Canada, Europe, China, Malaysia, India, Pakistan, and Singapore. IFANCA memberikan pensijilan halal kepada hampir kebanyakan produk di negara-negara utama dunia merangkumi industri pemakanan dan kosmetik. IFANCA adalah salah satu badan Islam yang diiktiraf oleh JAKIM. Boleh lawati lama web berikut untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang IFANCA. http://www.ifanca.org/website


SUMBER-SUMBER LAIN YANG MENYOKONG STATUS HALAL SHAKLEE
Email dari pihak Islamic Services of America (ISA)





LAMPIRAN 1
SIJIL HALAL YANG DIKELUARKAN OLEH ISLAMIC SERVICES OF AMERICA (ISA) UNTUK SHAKLEE




Sila hubungi saya utk sebarang pertanyaan dan pesanan:

Eda Ejai
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 888 102 ]
♥ Contact No | WhatsApp/SMS :013 3976474
♥ Emel : hidawati.kadiso@gmail.com
♥ Laman web: edaejaishop.blogspot.com




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...