Waktu hamil memang banyak yang berubah.. Paling ketara adalah fizikal.. Bayangkanlah kalau dulu kita nampak sekeping, tapi bila dah hamil ada bonjolan di perut..
Agaknya macam mana gaya atau posisi tidur yang paling sesuai untuk wanita hamil supaya boleh tidur dengan lena ya?
Berikut adalah sedikit tips tidur lena buat wanita yang sedang hamil..
1- Tidak mengambil air yang banyak..
- Cukuplah sekadar minum air sekucupnya pada waktu siang.. Kemudian berhenti minum air dua jam sebelum masuk tidur. Hal ini dapat mengelakkan daripada anda perlu bangun tidur dan pergi ke tandas berulang kali..
2- Tidur dengan cara mengiring..
-Sewaktu tepoh hamil, sebaiknya tidur mengiring sebelah kiri lebih baik apabila masuk ke 3rd trimester.. Ia baik kerana boleh menggalakkan peredaran yang baik ke dalam kandungan.. Kurangkan tidur dengan menelentang keran boleh membebankan tulang belakang dan ia juga boleh menyebabkan sakit pinggang..
3- Bersenam..
- Tahap kesihatan yang baik boleh dikekalkan dengan melakukan senaman secara konsisten. Baik untuk peredaran darah dan mengelakkan kejang kaki pada waktu malam..
4- Lakukan rutin harian yang teratur..
- Sebagai contoh anda boleh biasakan diri dengan rutin sebelum tidur seperti memberus gigi, mencuci muka, memakai losyen pelembap muka dan makan pil kalsium. Seandainya anda sudah terbiasa dengan rutin ini, pasti minda separa sedar sudah tahu ini adalah waktu untuk tidur.. Ini akan membantu kita untuk tidur lebih lena..
5- Jauhi kafien..
- Insomnia boleh berlaku jika kita mengambil kafien. Ia boleh mengganggu tidur.. Kafien selalunya ada di dalam coklat, coklat dan kopi..
6- Jaga makan (diet)..
- Makan makanan yang seimbang.. Sangat bagus untuk ibu dan juga bayi yang dikandung.. Elakkan dari berlapar sebelum tidur.. Anda boleh makanan ringan seperti biskut, susu atau minuma protein yang mengeyangkan (eda pilih ESP.. memang boleh kenyang)
8- Tambah bantal..
- Beli bantal tambahan.. Maksudnya disini adalah beli bantal khas untuk ibu hamil.. Apalah sangat dengan harga bantal tu kalau nak dibandingkan perot yang kita bawa saban hari kan..
- Bantal ini dapat menyokong tubuh badan semasa tidur dan secara tak langsung dapat tidur dengan lebih selesa..
- Sebaiknya tidur mengiring dan letakkan bantal di bawah lutut serta sebiji lagi di tepi perut..
Waktu hamil memang kita akan berasa mudah letih, badan yang lenguh, pinggang yang sakit.. Memang tak dapat nak dielakkan.. Tapi dengan adanya waktu tidur yang lena pasti sedikit sebanyak dapat melegakan sakit dan lenguh-lenguh badan yang kita alami itu kan..
Semoga bermanfaat ya..
Jangan segan silu untuk menghubungi Eda untuk membeli produk Shaklee atau anda juga saya boleh daftarkan untuk menjadi ahli Shaklee.. Jangan malu-malu ya..
Kalau nak semak harga produk Shaklee boleh
klik sini --> Harga Produk Shaklee
Eda Ejai
♥Shaklee Independent Distributer [ID No : 888 102]
♥Sms/whatsapp/telegram/wechat : 013-397 6474
♥1642 8561 0089 Maybank Nor Hidawati
Saya juga mengenyorkan juga anda untuk terus order sebarang produk Shaklee kegemaran anda secara online menggunakan kreadit / debit kad melalui link di bawah. Klik sahaja gambar dibawah dan ikut arahan yang diberikan. =D
No comments:
Post a Comment