Vitamin Shaklee Untuk Darah Tinggi



High blood pressure ataupun tekanan darah tinggi berpunca daripada beberapa sebab yang kita sedari mahu pun tidak. Antara yang kita biasa dengar adalah seperti berikut:

1-Tekanan perasaan atau pun streess dalam rumahtangga, kerja seharian atau pun faktor-faktor lain yang mempengaruhi tekanan darah.

2-Kandungan kolestrol yang tinggi dalam darah.

3-Salur darah yang diselaputi plak lemak/kolestrol akibat daripada memakan makanan yang tidak sihat dan kurang bersenam.

4-Darah yang pekat.

Terdapat suplement atau makanan tambahan yang boleh diambil untuk menurunkan kadar tekanan darah selain daripada memakan ubat-ubatan yang diberikan oleh hospital mahupun klinik. Tetapi bergantung kepada punca tekanan darah itu juga.



SET DARAH TINGGI

Omega Guard.

1-Mengelakkan obesiti
2-Melancarkan peredaran darah
3-Membersihkan salur darah dari plak kolestrol/lemak
4-Menghapuskan kolestrol jahat dalam darah

Garlic Complex


1-Mengeluarkan logam toksik dalam darah tubuh seperti kadmium, plumbum dan merkuri yang menyebabkan tekanan darah tinggi.
2-Menghalang strok
3-Menghalang penyakit berkaitan jantung
4-Menguatkan sistem pertahanan tubuh

Saya juga menyarankan agar anda mengambil OSTEMATRIX sebagai tambahan jika masalah tekanan darah tinggi anda berpunca daripada tekanan perasaan/stress.


Kelebihan OSTEMATRIX yang mungkin anda belum tahu adalah seperti berikut:

1-Menstabilkan tekanan darah akibat stress
2-Memberikan kesan penenang (Elok diambil sebelum tidur)
3-Menghilangkan keletihan dan tidur yang lebih nyanyak
4-Menguatkan tulang.

Tahukan anda, dengan kekurangan tidur akan menyebabkan tekanan darah kita akan naik dan ostermatrix dapat memberi kesan penenang dan tidur yang berkualiti serta memudahkan untuk anda bangun pada keesokkan hari.


Eda Ejai
 Shaklee Independent Distributor [ ID No : 888 102 ]
 Contact No | WhatsApp/SMS :013 3976474
 Email : hidawati.kadiso@gmail.com
 Laman web: edaejaishop.blogspot.com
 Page : http://www.facebook.com/edaejaishop







Sijil Halal Shaklee 2014

Untuk pengguna baru dalam Shaklee pastinya anda tertanya-tanya dengan status halal produk Shaklee. Isu tentang halal produk Shaklee memang tidak akan pernah berhenti dan ianya menunjukkan perkembangan yang sangat baik kerana ia melambangkan yang masyarakat kini prihatin dengan produk yang mereka makan atau pun yang mereka gunakan.

Sijil Halal Shaklee 2014 telah dikeluarkan oleh ISA (Islamic Services of America) dan telah diperakuai oleh JAKIM. Antara produk Shaklee yang terdapat dalam Sijil Halal Shaklee ini adalah Alfalfa Complex, B-Complex with Folic Acid, Cinch, Energy tea mix, CoQHEALTH PLUS, ESP, DTX Complex, Garlic Compex, GLA Complex, Herb-Lax, Advanced Joint Health Tablet, Lecithin, Meal Shakes, Omega Guard, Ostematrix, Performance Pure Hydration Drink, Peppermint Ginger Plus, Sustained Release Vita-C Plus, Vita-E Complex, Vita-Lea Iron Formula, Vita-Lea For Chidren, Vivix dan Zinc Complex.


Ini adalah sijil HALAL Shaklee yang telah dikeluarkan oleh ISA yang bertarikh 27 Januari 2014 bersamaan dengan 26 Rabi-ul-awwal 1435H.

Jadi mengapa perlu masih ragu-ragu dengan produk Shaklee sedangkan sudah terbukti kehalalannya..

Eda Ejai
 Shaklee Independent Distributor [ ID No : 888 102 ]
 Contact No | WhatsApp/SMS :013 3976474
 Email : hidawati.kadiso@gmail.com
 Laman web: edaejaishop.blogspot.com
 Page : http://www.facebook.com/edaejaishop


Antara Vitamin Dan Makanan Sunnah


Ramai dikalangan pengusaha makanan tambahan kini mengeluarkan produk makanan sunnah.. Antaranya seperti madu, kismis, bali, kurma, buah tin, anggur dan sebagainya.

Ada yang membuat perbandingan dengan mengambil makanan sunnah kesihatan lebih baik berbanding dengan mengamalkan pengambilan vitamin. Tambahan pula jika mengamalkan makanan sunnah itu bermaksud kita mengikut sunnah Nabi Muhammad SAW. Sebenarnya makanan sunnah adalah makanan yang memberikan kesihatan dan kecergasan. Namun kini jenama makanan sunnah hanya ditumpukan kepada apa yang ada pada zaman nabi sahaja.

Vitamin yang berasaskan dari sumber semulajadi seperti produk dari Shaklee pula merupakan makanan tambahan yang diperlukan oleh tubuh badan. Sayur-sayuran, buah-buahan dan sumber makanan lain perlu diambil kerana badan kita tidak dapat menghasilkan vitamin dan mineral dengan sendiri.

Oleh itu sebarang makanan yang tidak memudaratkan tubuh, memberikan kecergasan dan kesihatan serta halal adalah makanan sunnah. Ia hanya berbeza dari segi kaedah yang digunakan tentang bagaimana vitamin itu diproses tiada pada zaman Nabi. Apa yang harus kita khuatiri adalah bagaimana vitamin tersebut diproses samada bersih atau tidak, bagus atu tidak untuk tubuh kita dan bahan yang terkandung itu halal atau sebaliknya.

Makanan yang baik adalah makanan sunnah, tetapi jika kita gabungkan dengan mengambil vitamin ia pasti memberikan impak yang lebih pada tahap kesihatan tubuh badan kita.

Berikut adalah fakta tentang Shaklee yang harus anda tahu:


1- PAda 1915, Dr. Forrest C. Shaklee menghasilkan produk pertama yang dikelanli sebagai "Vitalized Mineral" di mana beliau mengasingkan sebatian semulajadi sayuran untuk mendapatkan khasiat mineral. Seorang biochemist menggelarkan sebatian tersebut sebagai "vitamins". Ini adalah sejarah di mana perkataan vitamin terhasil.

2- Dr. Shaklee merupakan seorang chiopractor. Beliau memiliki iajzah dalam bidang mutrisi, biochemistry, philosophy dan divinity.

3- Pada 1924, Dr. Shaklee membina health care centre yang lengkap dengan pekerja terdiri daipada chiropractors, osteopaths, internist, general practicioner dan surgeons. Dan pertama kalinya formula Dr Shaklee untuk makanan kesihatan dibungkus dan dipasarkan.

4- Pada 1928, beliau melahirkan sensible diet regimen dan mencadangkannya untuk semua pesakitnya. Diet ini bersamaan dengan Food Guide Pyramid yang sekarang ini juga dicadangkan oleh United States Department of Agreculture, tetapi dengan penambahan pada bijirin, buah-buahan, sayur-sayuran dan minima lemak dan gula.

5- Pada Januari 1929, beliau menjadi menteri dan pada 1933, secara rasminya beliau menerima darjah kedoktorannya. Beliau menekankan kepentingan The Spiritual Part Of life yang akhirnya menjadi filosofi asas dalam Shaklee.

6- Beliau mengamalkan ilmu chiropractic sehingga unurnya 65 tahun. Kemudian melancarkan Shaklee Coorporation untuk memasarkan produk yang telah beliau hasailkan sepanjang hayatnya. Impian beliau untuk berkongsi kesihatan yang lebih baik dan produknya bersama dunia.

7- Produk nutrisi Shaklee oleh kerajaan sebagai MAKANAN berbeza dengan produk Syarikat lain yang dilebelkan sebagai DRUG COMPANIES.

Shaklee Canada Inc. Head Office

8- Shaklee merupakan pengeluar vitamin dan mineral yang terbesar di dunia dan dilabelkan sebagai "Leader in the nutritionak industry"

9- Shaklee menjalankan ujikaji klinikal sendiri terhadap produk-produk mereka. Ia dilakukan oleh pakar luar, unbiased source seperti Yale University dan Harvard University dimana kajian klinikal ini dijalankan ke atas manusia dan bukannya haiwan untuk membuktikan secara saintifik yang produk-produk Shaklee boleh digunakan dan selamat ke atas tubuh badan manusia. Beratus ujian diterbitkan di dalam peer-reviewed nutritional & medical journal of the American Dietetic Association, The Journal of Applied Physiology dan The American Journal of Cardiology.


10- Sesetengah syarikat mendakwa mereka melakukan ujian klinikal sedangkan hakikatnya tidak pernah diuji kerana undang-undang tidak pun memerlukan mereka berbuat demikian tetapi mendakwa sebegitu hanya untuk melariskan produk mereka. Berbeza dengan Shaklee yang lelaburkan berjuta-juta USD untuk melakukan ujian klinikal terhadap produk mereka.

11- Produk Shaklee kesemuanya seimbang dan memenuhi hampir semua suplemen semulajadi yang badan perlukan. Sebagai makanan, produk Shaklee mengandungi nutrien-nutrien asas, enzim-enzim dan pythochemicals.


12. Shaklee memiliki makmal kajian dan penyelidikan mereka sendiri di Hayward, California dan makmal kedua dibina di Stanford university in Palo Alto, California.

13- Shaklee memiliki perusahaan ladang (manufacturing plant) mereka sendiri di Norman, Oklahoma. Tidak seperti sesetengah syarikay yang mengeluarkan vitamin dengan membeli dari mana-mana makmal dan meletakkan label jenama meraka. Tak seperti Shaklee yang memiliki ladang bitamin mereka sendiri. Formula vitamin pon dihasilkan melalui kajian sendiri dan tidak dibeli dari mana-mana makmal. Menarik bukan??

14- Shaklee melabur melebihi 12 juta USD setahun untuk tujuan penyelidikan dan ujian makmal. Shaklee juga mempunyai lebih 150 orang saintis dan lembaga penasihat terdiri daripada doktor, pensyarah, profedor, saintis dari universiti terkemuka dunia.

15-176 ujian berasingan dijalankan ke atas setiap satu bahan yang terlibat dalam penghasilan produk Shaklee. Ujian melibatkan ketulinan dan keselamatan.

16- Setiap pokok Shaklee mempunyai dokumen pengesahan.

17- Setiap produk Shaklee telah melalui sebanyak 262 ujian kualiti jaminan yang berasingan dalam setip proses pembuatan.

18- Setiap produk Shaklee dijamin berkualiti.

Creadit info to Khairulbarijahmasrakin

Berbalik kepada makanan sunnah dan vitamin, di dalam Al-Quran Allah ada menyebut pada surah Al-Baqarah ayat 168.

"Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu".

Sudah jelas dan Allah telah nyatakan bahawa makanlah apa sahaja di bumi asalkan ianya tiada unsur haram. anda boleh rujuk sijil halal di sebelah kanan blog ini.


Perasankah anda tentang buah anggur yang merupakan makanan halal tetapi telah diubah rupa sehingga menjadi arak dah haram diminum. Jadi tak perlulah semua anggur dipersalahkan dan menahan makan buah anggur hanya kerana alasan tersebut.

Oleh itu hendaklah kita memikirkan dengan sebaikkn. Makanan sunnah itu bagus kerana sunnah Nabi sesiapa yang mengerjakan juga turut mendapat pahala. Namun makanan tambahan seperti vitamin juga tidak salah jika kita mengamalkannya kerana ia juga memberikan manfaat kepada tubuh badan kita.

Mari kita lihat apa yang Ustaz Dr Zaharuddin Abd Rahman katakan.


Eda Ejai
 Shaklee Independent Distributor [ ID No : 888 102 ]
 Contact No | WhatsApp/SMS :013 3976474
 Email : hidawati.kadiso@gmail.com
 Laman web: edaejaishop.blogspot.com
 Page : http://www.facebook.com/edaejaishop


Nota kaki~Perasan tak kalau kalau kita bercerita tentang makan fast food tiada pula perbalahan seperti makanan sunnah dan vitamin. Pastinya kita akan terus sahaja membeli tanpa berfikir panjang walaupun kita sedia maklum bahawa makanan tersebut pastinya menyumbangkan kepada kesihatan yang tidak baik buat tubuh badan kita. Jadi mengapakah kita masih lagi berkira-kira untuk membeli vitamin atau makanan sunnah yang pasti terjamin baik untuk tubuh badan. Dan harganya juga amat berpatutan dengan setiap kali hidangan.. Fikir-fikirkan..



Kelebihan Jadi Ahli Shaklee Secara Online



Ya kini Shaklee Malaysia telah mengorak langkah baru dengan melancarkan Shaklee Online Business Center yang telah bermula secara rasmi pada 2 oktober 2013 yang lepas..

Dalam dunia yang serba maju dan semua urusan hanya dibuat di hujung jari maka dengan terlancarnya Shaklee Online ini memang sangat membantu semua Shaklee Independent Distributor (SID).

Antara kelebihan Shaklee Online Busines Center ini adalah seperti berikut:

1- Sentiasa boleh dilayari 24 jam sehari dan 7 hari seminggu tiada penutupan.

2- Boleh mendaftaran ahli baru secara online.

3- Pembelian produk Shaklee secara online dan boleh terus sampai ke pintu rumah anda.

4- Boleh memeriksa point yang telah anda ataupun kumpulan anda kumpul secara teus.

5- Boleh memindahkan point dengan segera jika downline ada membeli barang menggunakan no ID upline.

6- Dapat pennyata bonus secara online dah semua penyata akan tersimpan di situ. Terpulang kepada SID tersebut ingin "print out" atau tidak.

7- Menjimatkan kos. Kos kertas dan kos pengeposan penyata yang sebelum ini sering dilakukan dapat dikurangkan.

8- Mesra alam kerana tidak menggunakan kertas.

9- Tidak perlu lagi menunggu di cawangan Shaklee untuk menunggu membeli barang atau pun untuk melakukan sebarang urusan lain.

10- Bonus akan terus dimasukkan ke dalam akaun bank SID dah tiada cek dihantar ke rumah anda. Ini adalah pilihan dan jika SID tersebut mahu menunaikan cek meraka sendiri tidak mengapa.


Menjadi ahli Shaklee yang berdaftar memang akan mendapat banyak faedah yang bakal diperolehi. Berbanding dengan mereka yang hanya membeli menggunakan harga ahli tanpa menjadi ahli..

1-Mereka yang membeli menggunakan harga ahli tetapi tidak menjadi ahli TIADA langsung berpeluang mendapat point dan BONUS yang kebiasaanya ahli Shaklee dapat pada setiap pertengahan bulan.

2- Mereka yang membeli harga ahli juga akan mengambil masa lama untuk mencari-cari pengedar yang menjual harga ahli, dan alangkah bagusnya jika anda menjadi ahli dengan permulaan RM75 dan tetap mendapat harga ahli seumur hidup.

3- Mereka yang membeli dengan harga ahli juga tidak akan mendapat info-info terbaru tentang produk Shaklee. Kerana setiap bulan Shaklee akan mengadakan promosi yang berbeza-beza. Jadi alangkah bagusnya jika anda menjadi ahli Shaklee kerana bukan sekadar info tentang produk sahaja, malah banyak lagi pengetahuan yang anda akan dapati selepas menyertai kami.

Anda boleh hubungi saya untuk mendapatkan panduan bagaimana ingin menjadi ahli Shaklee. Banyak kelebihan yang bakal berguna untuk anda walaupun hanya untuk makan sendiri

Eda Ejai

 Shaklee Independent Distributor [ ID No : 888 102 ]
 Contact No | WhatsApp/SMS :013 3976474
 Email : hidawati.kadiso@gmail.com
 Laman web: eda83.blogspot.com
 Page : http://www.facebook.com/edaejaishop


Impian Jadi Master Shaklee Malaysia



Semua Shaklee Independent Distributer (SID) di Malaysia pasti ada menyimpan hasrat ingin menjadi Master Shaklee di Malaysia.. Ya saya juga ada menyimpan impian begitu.. 

Banyak tangga 'rank' yang perlu dicapai oleh pengedar Shaklee sebelum sampai ke Master Coordinator. Target untuk menjadi Master Coordinator ini adalah sebagai target untuk pengedar Shaklee agar dapat memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan melahirkan lebih ramai pengedar yang bagus.

Tahukah anda berapa bonus bulanan untuk Master Coordinator Shaklee??  adakah 4 atau 5 angka?? ya memang menjangkau 5 angka dan mungkin lebih.. tetapi saya suka bila dari menapak dari bawak dah naik perlahan-lahan daripada baru menjadi ahli, melabur beribu-ribu ringgit dan akhirnya saya jatuh.. 

Antara faktor yang perlu ade untuk menjadi Master Shaklee Malaysia adalah:

1- Semangat untuk membantu orang lain


Membantu orang lain bukan bermaksud untuk membantu dari segi perniagaan sahaja, malah orang sekeliling juga.

2- Keinginan dan semangat yang membara

Semangat yang paling penting dalam apa juga bidang yang anda ceburi. Jika anda bersemangat pasti semua yang anda inginkan akan tercapai. Jangan mudah rasa mengalah. Perlu tanamkan dalam diri bahawa jika kita mengalah ramai lagi orang-orang dibelakang kita yang mengejar akan mendahului kita. 

3- Jangan mudah mengalah 

Tak perlu rasa mengalah denga rutin harian yang sibuk kerana semua Master Coordinator Shaklee adalah meraka yang mempunyai anak kecik, masih bekerja dan ada juga yang tiada talian intenet di rumah. 

4- Amalan Rohani kepada yang Maha Pencipta


Hubungan antara hamba dan tuhannya. Solat 5 waktu, dhuha, zikir, membaca Al-Quran dan tahajut boleh meningkan darjat hambaNya. 

5- Menjaga hubungan sesama manusia


Walaupun belum ataupun sudah menjadi Master Coordinator, tanggungjawab terhadap orang lain tetap tidak dilupakan.

6- Tidak beralasan

Semua orang ada masalah. Tipulah sekiranya tiada orang yang tiada masalah. Oleh itu sebagai pengedar Shaklee yang berimpian untuk menjadi Master Coordinator, mencari alasan adalah perkara yang amat dielakkan. Seharusnya kita memikirkan bagaimana untuk kita menangani masalah tersebut. 

7- Jangan pernah berhenti.

Belajar dan belajar walaupun sudah mencapai tahap yang paling maksima. Jangan pernah berhenti belajar kerana ilmu itu luas. 

Jika anda mempunyai ciri-ciri di atas, kami amat berbesar hati dengan kehadiran anda dalam kumpulan kami.

Anda boleh terus hubungi saya. 

Eda Ejai

 Shaklee Independent Distributor [ ID No : 888 102 ]
 Contact No | WhatsApp/SMS :013 3976474
 Email : hidawati.kadiso@gmail.com
 Laman web: edaejaishop.blogspot.com
 Page : http://www.facebook.com/edaejaishop

Vitamin Untuk Badan Letih Dan Lesu


Tahukah anda badan akan merasa letih dan lesu adalah perkara yang normal.. Tambahan pula cara kehidupan masyarakat kita yang celik mata sudah berkerja dan tidur pula pada lewat malam.. Berikut asalah penyebab mengapa badan kita kelihatan letih dan lesu sepanjang hari.. Mungkin anda juga mengalaminya..


1) Tidur yang tidak cukup - Disarankan tidur malam selama 7-8 jam.. Berikan keutamaan kepada tidur agar dapat mengembalikan tenaga anda yang telah digunakan sepanjang hari.

2) Tenaga yang tidak mencukupi - Diet yang keterlaluan dan makan terlalu sedikit menyebabkan anda lemah. Anda perlu diet yang seimbang agar dapat membantu anda mengekalkan tenaga dan paras glukosa dalam darah. Pitam akan terjadi sekiranya paras glukosa dalam darah rendah..


3) Abaikan Sarapan Pagi - Mesti ambil sarapan pagi.. Memadai dengan makan beberapa keping roti atau pun telur separuh masak. Sarapan amat penting kerana tenaga boleh dibekalkan pada waktu pagi kerana anda memerlukan tenaga yang berterusan untuk melakukan kerja serta fokus dalam melakukan sebarang pekerjaan pada awal pagi.

4) Anemia (Kurang darah merah) - Anemia dikalangan wanita merupakan penyebab utama meraka sering berasa lemah. Hal ini terjadi kerana meraka banyak kehilangan darah ketika haid. Mereka yang berisiko terjadi anemia adalah tahap besi (iron) dalam darah yang berkurang. Sel darah merah sangat penting untuk membawa oksigen keseluruh organ. Antara simptom amenia adalah sering berdebar-debar, sesak nafas dan lemah. Untuk menembahkan zat besi, anda boleh dapatkan supplement iron atau pun makan makanan yang mempunyai kandungan iron yang tinggi seperti daging merah dan kekacang.


5) Tekanan emosi - Kebiasaannya kita lihat tekanan emosi memberi kesan kepada emosi sahaja, tetapi jangan ambil ringan kerana tekanan emosi memberi kesan juga kepada fizikal. Antara simptom yang sering berlaku adalah lemah, sakit kepala dan hilang selera makan..


6) Kafein yang berlebihan - Kafein meningkatkan kadar konsentrasi dan membantu anda segar jika anda mengambil dengan dos yang tidak keterlaluan. Terlalu banyak kafein akan menyebabkan kadar degupan jantung bertambah dan tekana darah meningkat.. Ada kajian telah dijalankan jika terlalu banyak kafein anda akan menjadi lemah. Anda boleh turunkan secara perlahan-lahan ketagihan terhadap kafein kerana penerunan secara mandadak menyebabkan anda kembali ketagih dan menyebabkan anda bertambah lemah.

7) Dehidrasi - Kurang minum air akan menyebabkan anda lemah.. Bekerja di meja ataupun sedang melakukan senaman, badan anda tetal memerlukan air. Apabila dahaga teruslah minum air kerana itu adalah tanda anda dehidrasi.

Untuk mengelakkan badan letih dan lesu sebaiknya eloklah jika anda dapat mengambil makanan yang sihat setiap hari dan amalkan senaman. Namun, keadaan masyarakat kini yang gemar mengambil supplement kerana ianya mudah dan cepat dimakan..

Berikut adalah supplement Shaklee yang baik untuk mereka yang mempunyai masalah badan letih dan lesu:


1- Vita Lea with iron formula
Kandungan vita lea yang lengkap dengan 28 vitamin dan mineral yang diperlukan oleh badan oreang dewasa. Sumber zat besi terbaik yang penting untuk pembentukan darah dan sel. Apa yang menarik vita lea disokong oleh 7 kajian klinikal. Menjalani lebih daripada 340 ujian kawalan dan mempunyai teknologi salutan mikro yang membantu pembebasan segera di dalam perut.


2- B Complex
B-Complex membantu dalam pembebasan tenaga, metabollisme karbo, lemak dan protin. B-Complex juga vitamin anti stress.Ia juga diperlukan untuk pembentukan darah dan dengan itu ia membantu mencegah anemis yang menyebabkan keletihan.


3- Ostematrix
Ostematrix ini istimewa kerana kandungannya bukan semata-mata kalsium tetapi ia juga mengandungi magnesium dan vitamin D. Menurut kajian USA, kekurangan magnesium boleh mengganggu aktiviti elektrik dalam otak yang menyebabkan tidur terganggu. Apa kaitan dengan tenaga pula? Magnesium juga memainkan peranan panting dalam pembebasan tehaga keseluruhan badan kita. Apabila ianya tidak cukup, pengeluaran juga terhad dan mengakibatkan kita mudah letih.


Sebagai tambahan, anda juga boleh mengambil ESP sebagai pemakanan tambahan kerana ESP boleh diambil untuk sarapan. Index glisemik yang rendah dalam ESP membantu dalam pembebasan tenaga secara berperingkat ke dalam badan dan mengekalkan tahap tenaga yang lebih lama. Saya juga mengamalkan ESP ketika bulan Ramadhan dan ia sangat membantu. Alhamdulillahh..

Eda Ejai

 Shaklee Independent Distributor [ ID No : 888 102 ]
 Contact No | WhatsApp/SMS :013 3976474
 Email : hidawati.kadiso@gmail.com
 Laman web: edaejaishop.blogspot.com
 Page : http://www.facebook.com/edaejaishop

Cara Jadi Ahli Shaklee




Sejak kebelakangan ini ramai yang bertanyakan tentang kelebihan menjadi ahli Shaklee dan bagaimanakah cara untuk menjadi ahli Shaklee..

Menjadi ahli Shaklee tidak susah.. hanya daftar dan anda boleh gunakan produknya.. sambil guna produk boleh kumpul points..

Bagaimana mandaftar??

1) Cara pertama ialah dengan Yuran Pendaftaran hanya RM65 + RM10 kos pos.

Dengan yuran ini anda akan mendapat Member Kit yang mengandungi katalog, product Guide dan Sistem Bisnes..

ATAU

2) Cara kedua dengan membuat pembelian dalam 1 RESIT sebanyak 200 point UV (Unit Value).

Ini bersamaan dengan RM650 anda akan mendapat KEAHLIAN PERCUMA (bernilai RM75) dan juga CASH BONUS (BERNILAI RM30++).

Penjimatan sehingga RM100+

Apa yang anda boleh buat selepas ini??

Anda boleh pergi sendiri ke cawangan Shaklee berhampiran anda untuk mendaftar dan boleh gunakan ID saya Nor Hidawati bt Kadiso 888102 sebagai SPONSOR.

ATAU


3) Cara ketiga

Boleh terus SMS/WhatsApp saya ke 013-3976474 dan nyatakan anda ingin mendaftar sebagai ahli Shaklee dan saya akan uruskan bahagian pendaftaran..

Mudah bukan?? tak perlu membayar ribuan ringgit, menerima stock berpuluh kotak dan terus menerus memujuk orang lain sertai..

Apakah kelebihan menjadi ahli Shaklee??

1) Anda dapat membeli dengan menggunakan harga ahli dan setiap pembelian akan diberikan points yang boleh ditukar cash setiap bulan..

2) Dengan menjadi ahli di bawah saya, anda boleh memulakan perniagaan Shaklee anda sendiri di bawah naungan kumpulan kami.

3) Selamat datang diucapkan kepada rakan-rakan yang mendaftar di bawah naungan MOKCIK KAYO. Sekiranya anda berminat untuk menjadi ahli boleh terus hubungi saya di talian 013-3976474 atau email ke hidawati.kadiso@gmail.com untuk matlumat lanjut..





Vitamin Shaklee Untuk Penyakit Osteoarthritis (Sakit Sendi)

Bertemu lagi kita di enrty kali ini.. Hari ini saya akan mencerikatan sedikit tentang vitmain shaklee untuk sakit sendi.. Pasti ramai dikalangan ibu bapa mahupun datuk nenek kita yang mengalami masalah sendi bukan..

Sebelum itu mari kita kupas sedikit tentang apakah itu sendi dan kegunaannya..




Osteoarthritis lebih mudah dikenali sebagai sakit sendi.. ia merupakan sejenis penyakit sendi yang mempunyai ciri-ciri keradangan.. Sendi pula ialah bahagian badan di mana dua tulang berlainan bertemu..

Hal ini boleh berlaku apabila tulang rawan yang membentuk permukaan sendi menjadi haus. Ini akan menyebankan sendi menjadi bengkak, sakit dan kebas.. Lama-kelamaan ia boleh menjadi punca kepada kemerosotan sendi tulang yang progresif (penyakir degeneratif sendi)..



Keradangan yang selalunya berlaku kerana darah (tidak cukup khasiat) yang dibekalkan kurang walaupun indivitu tersebut sihat.. Hal ini terjadi kerana tubuh badan tidak boleh menghasilkan zat makanan yang mencukupi bagi menyelaraskan dan memastikan kadar pemulihan dan pembaharuan yang diperlukan..


Sendi yang kebiasaannya mengalami keradangan adalah lutut.. Ini terjadi kerana lutut adalah sendi yang menampung berat badan kita dan sentiasa kita gunakan sepanjang hayat..

Antara tanda-tanda penyakit Osteoarthritis adalah seperti berikut:

1. Sakit sendi.. samaada siku, lutut mahupun bahagian sendi yang lain.
2. Susah untuk membengkokkan atau meluruskan sendi.
3. Kadangkala akan mengalami kebengkakan di bahagian sendi yang terlibat.
4. Terjadinya tulang sendi yang membesar..



Ramai yang bertanyakan bagaimana hendak mengatasi masalah ini..

Anda boleh amalkan 3 kaedah seperti berikut:

Kaedah Pertama : Mengekalkan tulang rawan yang sihat..


Advanced Joint Health Tablet memberikan manfaat kepada sendi dalam tiga cara:
i) menyokong keselesaan sendi
ii) memelihara tisu penyambung yang sihat
iii) meningkatkan kesan kusyen

Kaedah Kedua : Mengurangkan inflamasi


Omega Guard Shaklee adalah omega3 yang melambatkan degradasi tulang rawan.. Ia juga boleh mengurangkan reaksi keradangan dalam sendi-sendi.. jadi ia boleh membantu mengurangkan gejala-gejala dalam penyakit sendi. Omega juga bertindak sebagai pelincir. ia membantu untuk kita bergerak dengan lebih bebas.. Kajian terkini menunjukkan pengambilan asid lemak omega3 bersama dlukosamina dapat meningkatkan kesihatan sendi daripada mengambil glukosamina sahaja.

Kaedah Ketiga : Mengekalkan sel tulang yang sihat



Ostematrix Kalsium penting untuk kesihatan tulang, utot dan ligamen. Magnesium pula diperlukan untuk mengasimilasikan kalsium dalam tisu-tisu lembut dan sendi-sendi. Ramai orang mengambil terlalu banyak kalsium tetapi tidak cukup magnesium. Kajian menunjukkan pengambilan kalsium berlebihan bukan sahaja membantu menguatkan tulang temulang tetapi juga membantu mengurangkan gejala osteoarthritis.

Jadi jangan biarkan mak abah atau pun atok nenek kita dibelenggu dengan sakit sendi dan menyusahkan untuk mereka melakukan ibadah.. kecil sahaja pelaburannya tetapi besar nikmat yang bakal mereka perolehi.. Anda boleh jadikan hadiah setiap bulan untuk mereka..

Berminat??? Email atau SMS saya.

Eda Ejai


 Shaklee Independent Distributor [ ID No : 888 102 ]
 Contact No | WhatsApp/SMS :013 3976474
 Email : hidawati.kadiso@gmail.com
 Laman web: edaejaishop.blogspot.com
 Page : http://www.facebook.com/edaejaishop

Tips Banyakkan Susu Badan..

Enrty kali ini saya akan berkongsikan sedikit sebanyak tentang tips untuk banyakkan susu badan.. Buat pengetahuan rakan-rakan saya masih lagi menyusukan anak saya hasnaa yang berusia 2 tahun 3 bulan.. Tipulah kalau saya katakan yang saya tidak pernah mengalami saat-saat getir seperti breast luka, susu kering, anak demam, saya demam, anak muntah-muntah dan sebagaikan.. Alhamdulillah saya dapat juga mengharungi saat-saat tersebut..

Ramai yang mengatakan menyusu badan itu suatu yang mudah.. hanya selak baju dan sua ke anak.. tidak semudah yang dikatakan.. kemungkinan perspektif orang-orang sekeliling masih belum terdidik dengan situasi tersebut..



Berbalik kepada topik di atas.. di sini saya kongsikan sedikit apa yang telah saya lakukan dahulu sebelum dan sedang menyusukan anak..

1- Niat-saya bermula dengan niat.. semasa Hasnaa dalam kandungan lagi saya sudah berniat ingin menyusukan beliau kerana saya tahu susu dari ibu itu adalah susu yang paling baik.. Dalam Islam juga menggalakkan ibu menyusukan anaknya sendiri.. jika tidak mampu boleh mencari ibu susuan.. tetapi saya tidak menyalahkan ibu-ibu yang memberikan anak mereka dengan susu formula.. mungkin mereka ada alasan mereka sendiri..

2- Target-Cuba buat target.. Pada permulaan saya ada membuat target untuk menyusukan Hasnaa untuk 6 bulan  pertama.. Setelah habis 6 bulan pertama saya tambahkan lagi sehingga 1 tahun.. Setelah selesai 1 tahun saya tambah lagi hingga ke 2 tahun.. dan kini Hasnaa sudah pon 2 tahun 3 bulan.. Alhamdulillahh..



3- Tambahkan pengetahuan tentang breastfeeding.. Dunia yang semakin canggih sekarang amat mudah untuk mendapat ilmu tentang penyusuan.. hanya klik di Google banyak yang tersenarai.. selain itu di kedai-kedai buku juga ada menjual tentang penyusuan.. anda boleh pilih untuk baca di internet, membeli buku atau pon kedua-duanya.. dan lagi satu anda boleh bertanyakan kepada ibu atau saudara mara yang mempunyai pengalaman dalam breastfeeding..

4- Hubungi rakan-rakan yang menyusukan bayi mereka dan menyertai kumpulan sokongan seperti di Face Book ataupun forum.. cuba berkongsi pengalaman bersama.. kemungkinan segala permasalahan anda mereka boleh bantu..



5- Beli breast pump.. memadailah jika anda membeli set yang sedang-sedang harganya. Dikhuatiri jika anda membeli yang paling mahal tetepi tidak digunakan dengan sebaiknya akan mengakibatkan pembaziran.. Jadi eloklah sekiranya anda membeli mengikut kemampuan dan tahap kepenggunaannya..

6- Cuba meletakkan bayi anda di atas dada selepas bersalin.. (Kebanyakan hospital telah melakukan perkara sebegini..)

7- Beri susu kepada bayi selepas bersalin.. pada waktu ini susu memang tidak meriah.. yang keluar hanyalah kolostrum.. dan dakaplah bayi anda kerana bayi sangat perlukan dakapan ibunya..

8- Susukan bayi sekerap mungkin.. tak perlu tunggu 2 jam untuk menyukan bayi anda.. kalau bayi gemar tidur boleh kejutkan selalu untuk terus menyusu.. ia amat penting kerana jika bayi banyak menyusu ianya boleh menjauhkan dari demam kuning.. lebih banyak menyusu lebih baik..


9- Makan makanan yang berkhasiat.. jangan skip waktu makan.. kalau saya makan nasik 5 kali sehari.. biarlah orang lain nak cakap apa pon.. yang penting susu banyak untuk anak saya..

10- Minum air 3 liter sehari

11- Buat jadual mengepam (untuk ibu yang berkerja)- boleh lakukan 3 jam sekali semasa anda berada di tempat kerja..

12- Elakkan stress-Cuba fikirkan yang seronok.. kalau stress berlarutan susu pon stress nak keluar..

13- Berzikir semasa menyusukan atau pon mengepam..

14- Jangan buat perbandingan susu anda dengan susu orang lain kerana Allah telah memberi rezeki yang mencukupi buat anak anda..



15- Panjatkan doa- berdoalah kepada Allah agar anda diberikan susu yang banyak untuk anak yang anda susukan itu.. dan yakin denganNya


Dari segi makanan anda boleh cuba makanan di bawah:

1- Lobak putih-boleh dibuat jus atau dibuat sup
2- Bayam
3- Broccoli
4- Sawi
5- Pucuk manis
6- Roti
7- Kurma
8- Madu
9- Kismis
10- Sengkuan cina
11- laici, longan, matakucin, rambutan
12- halba-boleh dimasah bersama nasi


Selain dari itu anda boleh lakukan Power Pumping 

Saya ada menulis tentang Power Pumping di blog personal saya.. anda boleh klik disini 

Eda Ejai
 Shaklee Independent Distributor [ ID No : 888 102 ]
 Contact No | WhatsApp/SMS :013-3976474
 Email : hidawati.kadiso@gmail.com
 Laman web: eda83.blogspot.com
 Page : http://www.facebook.com/edaejaishop

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...