Tips Minum Air Kosong..

Ramai yang tahu kebaikan minum air kosong atau air masak.. Tetapi mesti ramai yang juga yang susah sangat nak telan air masak.. Dan kita pon mencari di google tips minum air kosong atau air masak.. Kadang benda simple pon kita perlu nak google.. betul tak? ada juga yang kata dah minum air masak yang banyak tapi sebenarnya tidak.. Tiba-tiba teringat pada seorang kawan yang beliau memang sangat gemar minum air masak.. Dan memang kulit beliau sangat cantik..


Anda nak tahu tips minum air kosong atau masak? Jom kita tengok:


1- Minum  Air Infuse (Infuse Water)




-Ini sebenarnya adalah buah-buahan segar atau sayur segar yang diletakkan bersama air masak/kosong. Anda boleh beli bekas air begini untuk menarik minat diri sendiri minum. Antara yang biasa kita lihat adalah orang gemar meletakkan lemon, strawberri, daun mint dan timun. Bila kita buat air dengan cara begini, air akan menjadi lebih sedap dan menyegarkan. Tidak juga menyebabkan kembung perut kerana ianya kaya dengan antioksidan vitamin c, kerana buah-buahan citrus yang mengandungi vitamin c. Jadi vitamin c tersebut larut air. Apa yang menarik adalah antioksidan ini dapat mengurangkan penuaan.. Bila bercakap pasal penuaan pasti ramai yang sukan kan.. Jadi anda boleh cuba buat infuse water agar anda lebih bersemangat minum air masak..


2- Cairkan jus buah

Tips ini memang sesuai buat penggemar minuman manis. anda boleh buat sedikit dahulu.. kemudian boleh buat banyak untuk elakkan ketagihan minum air bergula tu ya.. 


3- Makan makanan yang pedas



Secara tak langsung apabila kita makan makanan yang pedas pasti kita juga akan minum air masak yang banyak. Kadang kala kita tak perasan bukan hanya segelas tapi bergelas-gelas. Lagi satu info yang mungkin anda belum tahu, makan makanan yang pedas boleh menaikkan metabolisme juga tau. TETAPI hati-hati buat yang tak tahan pedas, mungkin anda boleh diserang cirit birit atau gastrik.. 


4- Buat target minum air



Buat timeline pada botol. Anda boleh beli botol yang agak panjang sedikit dan buat senggat-senggat untuk memudahkan anda minum mengikut senggat yang telah anda buat. Pasti boleh..


 Semoga bermanfaat ya..  

Jangan segan silu untuk menghubungi Eda untuk membeli produk Shaklee atau anda juga saya boleh daftarkan untuk menjadi ahli Shaklee.. Jangan malu-malu ya.. 

Kalau nak semak harga produk Shaklee boleh 
klik sini --> Harga Produk Shaklee

Eda Ejai
♥Shaklee Independent Distributer [ID No : 888 102]
♥Sms/whatsapp/telegram/wechat : 013-397 6474
♥1642 8561 0089 Maybank Nor Hidawati

Saya juga mengenyorkan juga anda untuk terus order sebarang produk Shaklee kegemaran anda secara online menggunakan kreadit / debit kad melalui link di bawah. Klik sahaja gambar dibawah dan ikut arahan yang diberikan. =D





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...