Rahsia Kelebatan Zikir Al-Wahhab Memang Sangat Luar Biasa..

Pernah tak korang dengar dengan zikir Al-wahhab?? dan tahu tak dengan kebaikan serta kehebatan zikir ini jika kita amalkan.. 

Jom kita terokai maksudnya.. 

Al-wahhab adalah nama Allah yang ke 17 dan ia memberi maksud Yang Maha Pemberi Kurnia..


Image result for ya wahhab

Antara manfaat yang boleh anda perolehi dari mengamalkan zikir Al-Wahhab ini adalah seperti berikut:

1- Permintaan dimakbulkan – Siapa yang membaca Ya Wahhab 7 kali sebelum meminta sesuatu, InsyaAllah permintaanNya akan diperkenankan. Jika dibaca 100 kali dengan tangan menadah ke langit, doa anda akan dimakbulkan.

2- Mencari pekerjaan – Siapa yang tidak mempunyai pekerjaan atau sangat miskin, hendaklah dia mengamalkan solat sunat, kemudian sujud dan membaca 70 kali Ya Wahhab. Dia akan mendapat makanan tanpa disangka-sangka (dari kawan, jiran atau seumpamanya).

3- Menjadi terkaya dan terkenal – Bila membaca Ya Wahhab 300 kali setiap hari atau selepas setiap solat fardhu, InsyaAllah anda akan dikurniakan kekayaan, kemakmuran dan kemasyhuran. Jika anda mengamalkan solat sunat Dhuha dan membaca Ya Wahhab 41 kali di sujud yang terakhir, InsyaAllah anda akan dirahmati dengan harta yang banyak. Peluang akan datang dengan mudah sekali.

4- Menjauhi kelaparan – Baca Ya Wahhab 41 kali di sujud terakhir solat Zuhur, InsyaAllah anda tidak akan merasa lapar.

5- Dimakbulkan doa – baca Ya Wahhab 7 kali selepas berdoa pada bila-bila masa, kemusykilan anda akan terjawab dan permintaan anda akan diperkenankan, InsyaAllah.

6- Membebaskan diri jika ditangkap oleh musuh atau pendapatan anda tidak mencukupi, bacalah Ya Wahhab 100 kali selama 3 hingga 7 malam selepas solat sunat nafil 2 rakaat di tengah malam. 

7- Membayar hutang – Jika anda mempunyai hutang yang banyak tetapi tidak ada wang untuk membayarnya, kerjakanlah sembahyang sunat hajat atau nafil 2 rakaat selepas tengah malam setiap Khamis selepas Maghrib dan Isyak, kemudian memalingkan wajah ke langit dan membaca Ya Wahhab 111 kali. Kemudian hendaklah dia membaca Al-Fatihah dan ini hendaklah dilakukan 3 malam berturut-turut (tiga Khamis). InsyaAllah keperluan anda akan tersedia dan hutang akan dapat dilangsaikan.

InsyaAllah anda akan berasa bebas atau mendapat rezeki yang banyak. Untuk permulaan kita boleh amal 100 kali zikir Ya Wabbab sehari, esok lusa kita up lagi. Lama-lama inshaaAllah zikir Ya-Wahhab ni akan jadi amalan kita.

Jom kita sama-sama amalkan.. 



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...