Jantung Berdegup Lebih Baik Dengan Omega-3..



Jantung, sebagai satu-satunya organ yang membekalkan darah kepada tubuh anda, memerlukan nutrien tambahan untuk memastikannya mampu memenuhi keperluan tubuh. Asid lemak Omega-3 yang diketahui umum mempunyai ciri-ciri anti-radang, memainkan peranan penting dalam melindungi jantung


Mengekalkan Profil Lipid yang Sihat


Profil lipid adalah merangkumi bacaan jumlah keseluruhan kolesterol, Kolesterol HDL (Kolesterol Baik), Kolesterol LDL (Kolesterol Jahat) dan trigliserida. Ia digunakan sebagai salah satu penilaian untuk menentukan risiko anda terhadap penyakit jantung. Pengambilan Omega-3 secara teratur telah didapati meningkatkan profil lipid secara positif dengan: 
- Meningkatkan paras kolesterol HDL (Kolesterol Baik)
- Mengurangkan tahap trigliserida (iaitu Lemak dalam darah).
- Merendahkan risiko penyakit jantung.


Mengawal Tekanan Darah yang sihat


Semakin tinggi tekanan darah anda, semakin tinggi risiko anda untuk mengalami masalah kesihatan terutamanya, penyakit yang berkaitan dengan jantung. Tekanan darah tinggi memberikan tekanan pada saluran darah anda dan meningkatkan beban kerja pada jantung. Kajian menunjukkan bahawa Omega-3 boleh membantu mengawal atur tekanan darah ke paras yang lebih sihat.


Memelihara Saluran Darah daripada Tersumbat



Saluran darah yang luas adalah penting untuk kesihatan kerana, jantung anda mengepam kira-kira 2,000 gelen darah sehari dan ia membawa darah yang dipam ke setiap organ dalam tubuh anda. Omega-3 membantu: 
- Mengurangkan proses pengumpulan lemak pada dinding arteri, untuk pengaliran darah yang lancar
- Melegakan keradangan pada lapisan dalaman saluran darah.


Memberikan Anda Ritma Degupan Jantung yang Sihat



Degupan jantung adalah bilangan kekerapan jantung anda berdegup (biasanya setiap minit) manakala ritma jantung adalah corak degupan jantung. Jantung yang sihat mempunyai ritma jantung yang stabil dan penyelidikan telah menunjukkan bahawa Omega-3 membantu menormalkan ritma jantung yang tidak stabil serta menurunkan risiko kematian mengejut.


Menyokong Peredaran Darah yang Sihat



Darah membekalkan oksigen dan nutrien kepada organ, tisu, dan sel anda. Omega-3 membantu: 
- Mengurangkan risiko pembekuan darah
- Meningkatkan aliran darah dengan menormalkan kekerapan pengembangan dan penyempitan saluran darah.


Semoga bermanfaat ya..  


Jangan segan silu untuk menghubungi Eda untuk membeli produk Shaklee atau anda juga saya boleh daftarkan untuk menjadi ahli Shaklee.. Jangan malu-malu ya.. 

Kalau nak semak harga produk Shaklee boleh 
klik sini --> Harga Produk Shaklee

Eda Ejai
♥Shaklee Independent Distributer [ID No : 888 102]
♥Sms/whatsapp/telegram/wechat : 013-397 6474
♥1642 8561 0089 Maybank Nor Hidawati

Saya juga mengenyorkan juga anda untuk terus order sebarang produk Shaklee kegemaran anda secara online menggunakan kreadit / debit kad melalui link di bawah. Klik sahaja gambar dibawah dan ikut arahan yang diberikan. =D



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...