Untuk pasangan pengantin baru atau pasangan yang benar-benar sudah bersedia ingin menimang cahaya mata, kehadiran anak dalam keluarga pasti akan mengembiraan anda.. Bagi yang sedang merancang untuk hamil dan mempunyai kiratan haid yang normal, memang menjadi satu debatan apabila haid masih belum datang pada hari yang sepatutnya ia tiba..
Mesti terdetik di dalam hati, "aku ni pregnant ke arr??" kalau boleh nak cepat-cepat tau dan pastikan yang lewat datang bulan tu sebab hamil atau masalah hormon. Mesti berdebar kan.. =D
Zaman sekarang dah mudah.. Macam-macam jenis Urine Pregnancy Test (UPT) ada dijual di farmasi-farmasi dan sangat mudah untuk kita mengiji kehamilan di rumah. Dari segi harganya juga berbeza-beza mengikut kadar ketepatan dan sensitiviti alat tersebut..
Bagaimana UPT Berfungsi..
Urine Pregnantcy Test (UPT) akan menguji kandungan hormon kehamilan yang dipanggil human chorionic gonadotropin (hCG) melalui air kencing. Hormon hCG ini dikeluarkan oleh plasenta (uri bayi) sebaik sahaja berlaku persenyawaan dan pelekapan janin (embryo) pada dinding rahim (uterus).
Dengan mengesan kahadiran hormon hCG ini di dalam air kencingg, kahamilan dapat dikesan lebih awal menggunakan UPT. Kepekatan hormon hCG ini akan semakin bertambah seiring dengan usia kandungan, jadi keputusan UPT turut akan lebih tepat..
Bila Patut Buat Ujian Kehamilan Jika Haid Lewat Datang..
Sebenarnya ujian kahamilan boleh dibuat seawal hari pertama haid kita lewat. Tapi ia lebih sesuai jika di cuba oleh mereka yang mempunyai kitaran haid yang normal.
Walau bagaimana pun, kalau inginkan keputusan yang lebih tepat (samada hamil atau tidak), ujian kehamilan boleh dibuat sekurang-kurangnya 2 minggu selepas haid lewat. Kerana pada ketika ini kandungan hCG (hormon kehamilan) adalah cukup pekat untuk dikesan oleh UPT. Jadi kalau guna UPT murah pon InsyaAllah masih boleh sahkan kehamilan jika positif mengandung.
Tips Penting Sebelum Guna UPT
Sebelum menggunakan sebarang UPT, wajib baca arahan yang terlulis pada kotak ataupun kertas yang disertakan tau. Kerana tidak semua UPT itu sama. Ada jenis cassette dan perlu titis pada UPT, ada yang jenis stick, dan paling banyak dijual di farmasi adalah jenis midstream.
Walau jenis apa pun yang anda gunakan, sebaiknya keluarkan dahulu sedikit air kencing, tahanka sekejap dan kemudian barulah diambil sampel air kencing untuk diuji. Setelah diuji dengan UPT, biarkan seketika seperti yang diarahkan pada label sehingga keputusan diperolehi.
Apa yang penting, ujian kehamilan dengan UPT ini paling elok dibuat pada awal pagi sebelum sarapan kerana pada waktu ini air kencing dalam keadaan masih pekat. Jadi mudah untuk dikesan jika ada.
Cara Tengok Keputusan Urine Pregnancy Test (UPT)
Kebanyakan UPT mempunyai dua tingkap. Tingkap "Control" (C) akan menunjukkan sama ada ujian kehamilan itu dibuat dengan betul atau tidak. Satu lagi pula adalah untuk "Test" (T), untuk melihat sama ada ia negatif atau positif hamil..
Kalau dua garisan keluar, bermakna anda sah hamil. Dan jika hanya satu garisan sahaja yang muncul, ia bermakna anda tidak hamil.
Tapi, pernah tak korang dapat result UPT yang bergaris dua tetapi agak kabur?? Ataupun UPT masih menunjukkan keputusan "Negatif" walaupun haid tidak datang sampai lah kita rasa keliru dan tertanya-tanya..
Hal begini sering berlaku jika kita malakukan ujian UPT terlalu awal, kerana pada masa ini kandungan hCG masih belum cukup pekat untuk dikesan oleh UPT tersebut.
Cuma kalau muncul garisan kedua sekalipun agak pudar, dalam banyak keadaan ia sebenarnya menunjukkan kepurusan "Positif"..
Seelok-eloknya kita boleh tunggu sehingga 2-3 minggu selepas haid kita missed, dan kita buat lagi ujian kehamilan sekali lagi. InsyaAllah keputusannya lebih tepat. Jika nak kan keputusan yang lebib tepat eloklah kiranya anda berjumpa dengan doktor untuk mengesahkan kandungan anda..
Tetapi ada kes yang agak berbeza dimana keputusan UPT mungkin tak tepat kalau digunakan oleh meraka yang sedang dalam rawatan kesuburan melalui suntikan hCG. Oleh itu sebaiknya dapatkan penerangan yang jelas daripada doktor terlabih dahulu. Kalau tidak, memang boleh dapat "false positive" yang disebabkam hCG daripada suntikan dan bukannya disebabkan anda benar-benar hamil.
*Credit : Dr Zubaidi
Walaubagaimanapun, bagi pasangan yang sedang ternanti-nanti kehadiran cahaya mata, munculnya "double line" pada alat pregnancy test memang merupakan saat yang paling indahh dan bahagia.. Pasti perasaan gembira tak terluah dengan kata-kata.. Tetapi jangan lupa iringi doa dan harapan semoga kehamilan berjalan dengan lancar sehingga selamat melahirkan zuriat dengan sihat..
Tapi kalau anda dan pasagan menghadapi masalah sukar hamil, saya syorkan supaya anda mencuba Set Kesuburan Shaklee ni. Ia dapat membantu memberikan sokongan nutrisi untuk meningkatkan kesuburan suami dan isteri, seterusnya meninggikan peluang untuk mendapatkan cahaya mata..
Atau anda boleh ambil Vivix untuk kegunaan anda dan pasangan..
Walau bagaimana pun disebabkan situasi setiap pasangan berbeza, kombinasi produk yang diperlukan juga mungkin ridak sama antara satu sama lain.
Semoga bermanfaat ya..
Jangan segan silu untuk menghubungi Eda untuk membeli produk Shaklee atau anda juga saya boleh daftarkan untuk menjadi ahli Shaklee.. Jangan malu-malu ya..
Kalau nak semak harga produk Shaklee boleh
klik sini --> Harga Produk Shaklee
Eda Ejai
♥Shaklee Independent Distributer [ID No : 888 102]
♥Sms/whatsapp/telegram/wechat : 013-397 6474
♥1642 8561 0089 Maybank Nor Hidawati
Saya juga mengenyorkan juga anda untuk terus order sebarang produk Shaklee kegemaran anda secara online menggunakan kreadit / debit kad melalui link di bawah. Klik sahaja gambar dibawah dan ikut arahan yang diberikan. =D
No comments:
Post a Comment