Cara Elak Gigi Susu Cepat Rosak..

Kita selalu nampak gigi kanak-kanak yang kehitam-hitaman, berlubang, mereput dan pecah-pecah kan..

Korang tau tak mengikut Kajian Epidemiologi Kesihatan Pergigian Kebangsaan (NOSHH) pada tahun 2007 dikalangan kanak-kanak Malaysia berusia enam tahun, mendapati seramai 74.5 peratus mengalami masalah gigi (contohnya gigi berlubang dan karies gigi/kaviti gigi)

Jadi, sebenarnya masalah gigi susu rosak atau rongak ni memang biasa sangat.. Cuma ramai ibu bapa atau penjaga kurang kesedaran tentang kepentingan penjagaan gigi susu anak-anak. Tapi nampak tak comel la kan kalau gigi jadi buruk dan berlubang-lubang kan.. Paling tak best bila gigi anak berlubang sampai menyakitkan.. Sakit gigi sangat menyakitkan.. Sapa pernah sakit gigi tau la macammana sakitnya.. Kesian anak-anak, kecil lagi dah merasa sakit gigi..


Bagaimana Kerosakan Gigi Bermula??

Gigi kita terdiri daripada enamel, dentin dan pulpa.

Image result for tooth decay

Masalah gigi berlubang (karies gigi/kaviti gigi) dimulakan dengan jangkitan kuman yang dipanggil mutans streptococcus yang makanannya adalah gula (termasuk juga karbohidrat). Mutans streptococcus akan mengeluarkan asid yang menghakis kalsiaum pada struktur luar gigi. Yang mana ia  menghasilkan plak (sejenis lapisan kuning kekuningan yang akan melekat dan menumpuk pada dinding gigi serta mampu menghakis enamel gigi..

Image result for tooth decay

Ini adalah gambaran bagaimana plak terhasil..

Apabila semakin banyak bahagian gigi yang terhakis, terjadilah karies gigi/kaviti gigi/gigi berlubang sepertigambar dibawah.. Kalau dah sampai tahap gambar yang no 4 memang tuhan saja yang tahu sakitnya macam mana.. 



Kesian dekat ibu-ibu yang jadi tak cukup tidur dek menemankan anak-anak yang sakit gigi waktu malam.. 


Gigi Anak Rosak Cepat Berpunca Daripada:

1- Sejak kecil sudah dibiasakan dengan minuman manis.

Memang ramai yang lalui perkara ini.. selain dari minuman manis, anak-anak ini juga diberikan gula-gula dan aiskrim semasa dijaga oleh pengasuh.. Memang susah sedikit sebab ia diluar kawalan kita..Tapi ye la kan, nak buat macam mana.. 

Hakikatnya ramai kanak-kanak telah terdedah dengan gula dengan pemberian susu formula walaupun setelah umur dua tahun.. Susu formula memang sangat tinggi kandungan gula tersembunyi (idden sugar). Tak kurang juga yang berikan minuman manis kepada anak dalam botol susu.

Dan amalan membiarkan anak tidur dengan botol susu di mulut juga boleh mengakibatkan gigi bahagian atas akan mudah rosak.

Image result for baby bottle mouth pictures


Tahu tak sebenarnya anak-anak sebelum berumur satu tahun memang tak elok jika diberikan makanan manis.. kerana buah pinggang mereka juga masih belum sedia untuk memproses makanan yang bergula mahupun yang bergaram.. melainkan memang rasa manis dari rasa buah, itu tak mengapa..

Perasan tak makanan yang manis-manis ni macam ketagih kalau dapat makan.. Sebab tu anak-anak ni selalu nak makan lagi dan lagi kalau makanan tu manis.. Jom kita cuba elakkan memberi anak-anak air gas, air kotak, air kordial manis, aiskrem, gula-gula, yogurt atau susu yang berperisa sejak kecil.. Goodies semasa birthday pon bolah digantikan dengan makanan lebih berkhasiat. Serba salah sebenarnya kan, kita jaga pemakanan anak di rumah, tapi bila die sekolah atau dibawah jagaan orang lain dapat junk food pula.. Oleh itu mari la kita sama-sama ambil berat tentang pemakanan anak.


2- Pemindahan air liur daripada ibu bapa..

Tahukah anda yang mulut bayi tiada bakteria Mutans Streptococci (MS) yang bertanggujawab dalam pembentukan karies gigi dan merosakkan gigi kanak-kanak.. Tetapi bakteria ini boleh dipindahkan ke mulut anak semasa ibubapa berkongsi sudu/straw/cawan dengan mereka.


3- Kurang menekankan amalan menggosok gigi..

Ibu bapa yang kurang atau tiada kesedaran tentang pentingnya penjagaan gigi anak selalunya tidak kisah jika gigi anak bergosok atau tidak. Kita perlu tahu yang plak yang terbentuk pada gigi mengandungi berjuta-juta kuman yang boleh menyebabkan karies. Atas hal ini lah kanak-kanak yang tidak memberus gigi akan kuning-kekuningan dengan plak gigi yang banyak dan terbentuk karies gigi yang teruk..


4- Minum air kosong yang kurang dijadikan amalan..

Berbeza dengan kaum Cina, orang Melayu kebanyakannya kurang dibiasakan meminum air kosong sejak kecil. Sangat buruk kesannyakan kalau makan makanan yang manis-manis tetapi tidak diberikan air kosong pula selepas tu.. Kalau dah besar baru nak dimulakan memang susah la sikit nak dibentuk..


Cara Jaga Gigi Anak Supaya Tak Cepat Rosak..

1- Selalu gunakan gauze (kain napkin) untuk mengelap gigi bayi sebaik sahaja tumbuh terutamanya selepas menyusu atau makan (umur 6 bulan ke atas)

2- Ajar anak gosok gigi dengan betuk menggunakan berus gigi yang sesuai dan biasakn ntabiat menggosok gigi sehak kecil sekurang-kurangnya sebelum dan selepas bangun tidur. Jangan lupa gosok gigi mereka semula jika mereka masih belum mahir menggosok hingga bersih.

Boleh tunjukkan cerita Upin Ipin juga untuk menarik minat anak..



3- Ajar anak biasa minum air kosong dan bawa botol air comel ke mana sahaja mereka pergi. Baru la anak pon semangat nak minum..

4- Jangan biarkan anak kecik minum air manis, terutamanya air bergas. Kalau sekali sekala tu tak pe la.. 

5- Beri anak makanan berkhasiat termasuk sayur dan buah-buah. Jangan biasakan anak kecil makan makanan ringin atau makanan manis seperti gula-gula, aiskrem dan lain-lain. Harus diingat yang yogurt atau susu berperisa juga ada kandungan gula yang tinggi. Anda boleh gantikan dengan plain yogurt/greek yogurt dan fresh milk.

6- Elakkan memberi "supplement" atau "minuman kesihata" yang tinggi gula, walaupun dikatakan mengandungi khasiat dan dilabel "makanan sunnah" dan sebagainya. Rajin-rajinlah lihat label. Kerana kebanyakannya "supplement" ini sangat tinggi kandungan gula, pewarna dan bahan perisa. Jadi ia sama sahaja dengan junk food yang dijual dipasaran.. Jangan mudah terpedaya ya.

7- Tidak berkongsi sudu/garfu/straw/cawan minum dengan anak, atau mencium mulut mereka.

8- Berhenti berikan susu dalam botol sebelum tidur.

9- Bawa anak jumpa doktor gigi secara berkala untuk memeriksaan..


Walau apa pon yang berlaku, kebersihan dan kesihatan gigi anak adalah tanggungjawan kita sebagai ibubapa. Kesian dekat anak-anak kalau kecik-kecik dah rosak gigi..


Jom kita jadikan perkongsian seorang doktor gigi di bawah ini sebagai panduan kita bersama.. 


Semoga bermanfaat ya..  


Jangan segan silu untuk menghubungi Eda untuk membeli produk Shaklee atau anda juga saya boleh daftarkan untuk menjadi ahli Shaklee.. Jangan malu-malu ya.. 

Kalau nak semak harga produk Shaklee boleh 
klik sini --> Harga Produk Shaklee

Eda Ejai
♥Shaklee Independent Distributer [ID No : 888 102]
♥Sms/whatsapp/telegram/wechat : 013-397 6474
♥1642 8561 0089 Maybank Nor Hidawati

Saya juga mengenyorkan juga anda untuk terus order sebarang produk Shaklee kegemaran anda secara online menggunakan kreadit / debit kad melalui link di bawah. Klik sahaja gambar dibawah dan ikut arahan yang diberikan. =D



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...