Bila dapat tahu yang diri kita sedang hamil memang sangat menggembirakan.. Tapi ada juga perubahan semasa hamil yang perlu ibu hamil tahu supaya tak terkejut dengan perubahan yang bakal dialami nanti..
Tapi jangan risau ya.. Kerana semua perubahan ini cuma semantara saja.. Selepas bersalin nanti insyaAllah akan kembali kepasa asal..
1- Warna Payudara Berubah..
Semasa hamil. perkara paling awal yang selalu dialami adalah perubahan warna di sekitar payudara yang akan menjadi lebih gelap berbanding biasa. Ini kerana disebabkan oleh peningkatan kadar estrogen dalam badan..
Ibu hamil juga mungkin akan mengalami sengal-sengal atau gatal dibahagian puting atau areola kerana pembuluh darah mengembang. Payudara juga akan membesar lebih daripada biasa..
Anda boleh gunakan losyen Khas untuk mengurangkan stretch mark dan mengelakkan perut gatal. Antara jenama yang terdapat dipasaran adalah seperti Palmers, Vaseline dan tidak ketinggalan Herbal Blend dari Shaklee..
2- Timbul Garisan Tegak Diperut..
Ketika hamil garisan tegak berwarna gelap akan timbul di bahagian tengah perut. Anda boleh gunakan losyen pelembab untuk mengurangkan garisan halus tersebut. Losyen juga bagus untuk mengelakkan atau mengirangkan kesan stretch mark di bahagian bawah perut.
3- Kulit Kelihatan Gelap Seperti Berdaki..
Terdapat ibu hamil yang mengalami perubahan fizikal seperti ini.. Bahagian badan seperti leher, celah ketiak dan peha menjadi gelap seakan-akan berdaki. Perubahan ini adalah normal. Akan hilang selepas bersalin, tetapi selepas bersalin, ibu dinasihati agar mandi lulur agar semua daki hilang dengan lebih pantas.
4- Rambut Lebih Tebal..
Rambut juga menjadi lebih tebal dan rambut yang gugur berkurang sepanjang hamil. Ini kerana peningkatan kadar estrogen dalam badan.. Namun, selepas bersalin rambut mula gugur, terutama apabila anak mencecah umur 3-4 bulan..
5- Risiko Penyakit Gigi Meningkat..
Ibu hamil lebih terdedah kepada jangkitan pada gusi dan kadangkala mulut menjadi kering akibat dari perubahan hormon. Alahan dan kerap muntah mengakibatkan gigi terdedah kepada asid perut yang menyebabkan gigi terhakis dan haus. Jadi ibu hamil perlu meningkatkan kebersihan mulut dan gigi agar dapat mengurangkan risiko masalah gigi dan gusi..
6- Penggunaan Ubat-ubatan Yang Terhad..
Sewaktu anda hamil, tidak semua ubat boleh diambil. Ibu hamil perlu mendapat nasihat doktor sebelum mengambil mana-mana jenis ubat.
Pengambilan ubat yang tidak dipantau boleh membahayakan bayi. Namun ibu digalakkan untuk mengambil vitamin tambahan seperti Set Hamil Shaklee ini.. Sangat digalakkan untuk anda ambil setiap hari semasa hamil untuk keperluan nutrisi ibu dan bayi dalam kandungan..
7- Berlaku Pigmentasi
Oleh kerana peningkatan hormon estrogen di dalam badan ibu hamil turut memberi perubahan kepada kulit ibu, pigmentasi mungkin akan lebih banyak timbul dibahagian muka. Jadi, ibu hamil jangan abaikan penggunaan pelindug sinaran uv untuk mengelakkan pigmen bertambah gelap dan kekal walaupun selepas bersalin.
8- Menjadi Pelupa
Keadaan menjadi pelupa semasa hamil ini adalah normal.. Ia dinamakan sebagai momnesia atau pregnancy brain. Kajian menunjukkan penurunan memori ini adalah disebabkan kurang tidur, stress dan kurang nutrisi.
9- Kerap Berlaku Lelehan Cecair Dari Vagina
Antara yang kerap terjadi adalah keluarnya lelehan cecair warna putih atau pucat melalui vagina. Ini disebabkan oleh peningkatan hormon dam aliran darah ke vagina..
Sebagai langkah mengatasi masalah ini, ibu hamil boleh menggunakan pantyliner untuk menjaga kebersihan. Jika cecair berubah warna ke kekuningan, kehijauan dan menyebabkan kegatalan, sila berjumpa doktor dengan segara kerana itu tanda berlakunya infection dan boleh membahayakan bayi dalan kandungan.
10- Kerap Membuang Air Kecil..
Situasi ini kerap berlaku dari awal kehamilan sehinggalah minggu ke 28. Ini terjadi apabila kandungan semakin besar dan kian menekan pundi kencing lalu menyebabkan ibu kerap berasa ingin membuang air kecil.. Tambahan pula peningkatan darah di dalam badan menyebabkan lebih banyak air yang dihantar ke ginjal untuk diproses.
Walau apa pun perubahan yang berlaku, sebaiknya ibu hamil boleh berbincang dengan doktor dan mendapatkan nasihat apa tindakan yang sepatutnya anda buat pada ketika itu..
Semoga bermanfaat ya..
Jangan segan silu untuk menghubungi Eda untuk membeli produk Shaklee atau anda juga saya boleh daftarkan untuk menjadi ahli Shaklee.. Jangan malu-malu ya..
Kalau nak semak harga produk Shaklee boleh
klik sini --> Harga Produk Shaklee
Eda Ejai
♥Shaklee Independent Distributer [ID No : 888 102]
♥Sms/whatsapp/telegram/wechat : 013-397 6474
♥1642 8561 0089 Maybank Nor Hidawati
Saya juga mengenyorkan juga anda untuk terus order sebarang produk Shaklee kegemaran anda secara online menggunakan kreadit / debit kad melalui link di bawah. Klik sahaja gambar dibawah dan ikut arahan yang diberikan. =D
2 comments:
nieyl singgah pagi isnin...:)
rindu nieyl.. eda pon lame dah tak jenjalan blog nieyl.. =D
Post a Comment