'Ibu minta maaf sayang, ibu terlupa'



Dalam minggu ni agak viral cerita tentang kisah seorang ibu yang tertinggal anak dalam kereta..

Tipu la kalau eda katakan yang eda tak sedih.. ya sedih sangat sebab umur anak kecil tu sebaya dengan anak eda sendiri.. memang tak terganbar kesedihannya..

Dan kalau kita fikir secara logik memang tak patut untuk ibu tersebut terlupa, tapi kita semua insan yang lemah.. semua yang terjadi sudah tertulis dan pasti ada hikmahnya.. siapalah kita untuk menidakkan apa yang telah terjadi.. Bersangka baik sahaja.. semoga keluarga anak tersebut dikurniakan kesabaran dan ketabahan dalam menempuh kehidupan yang mendatang..

Sebenarnya eda pon pernah jadi macam ni.. tapi bukan tertinggal anak dalam kereta la.. 

Masa tu form 6.. balik sekolah bawak motosikal dan ada kawan tumpang kat belakang.. dalam otak ni dah macam-macam fikir..  sebenarnya tak nak balik rumah.. ingat nak terus stay kat sekolah sampai petang.. tapi kene balik juga sebab nak hantar kawan balik.. dalam kelapa ni dok fikir lepas balik dari sekolah nak kene pegi sekolah balik sebab ada study group.. takot lambat.. takot nanti kawan-kawan marah.. takot tak sempat makan tengahari dan macam-macam lagi dok berlegar-legar dalam otak.. Sampai la eda terlepas lorong rumah kawan yang menumpang kat belakang tu.. adududu.. lepas kawan eda tu tepok bahu eda, baru la teringat yang ada kawan kat belakang.. so boleh bayang tak kawan eda yang besar duduk kat belakang tu pon eda boleh lupa, kalau kawan tu tak tepuk bahu mungkin eda terus balik balik die sampai rumah agaknya.. ni pula baby yang duduk kat seat kereta belakang dan baby tu senyap (mungkin tidur)..

Sebab tu kalau jadi kes macam ibu yang tertinggal baby dalam kereta ni eda faham.. bukan niat dia nak biarkan anak dia sorang-sorang dalam kereta.. mesti ada sesuatu yang berlegar-legar dalam fikirannya.. banyak yang nak difikirkan itu dan ini.. siapakah kita untuk menuduh.. apa yang dapat kita lakukan adalah doakan yang baik-baik.. insyaAllah kita dan semua orang akan beroleh keredhoaan darinya.. aminn..


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...