Tazkirah Hari Ini (17 Safar 1439H)

Related image

Orang yang kaya jiwa lebih tenang hidupnya kerana mereka lebih rapat dengan Allah SWT. Mereka lebih banyak menumpukan perhatian mereka mencari bekalan untuk akhirat.

Seperti orang lain, mereka juga menjalani kehidupan yang normal, namun apa yang membezakan mereka adalah darjah keimanan mereka yang sangat utuh. Mereka lebih memilih untuk mencintai akhirat lebih daripada mencintai dunia.

Sebab itu Rasulullah SAW memandang mereka ini sebagai 'Orang Kaya' walaupun mungkin mereka ini tidak mempunyai jumlah harta yang melimpah ruah.

(Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat - Tundukkan Hati)


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...