Soya Buat Lelaki Jadi Lembut??




Image result for abang sally upin ipin


Hehehehe.. sory ye korang.. eda ni kalau orang cakap pasal lelaki lembut je mesti teringat kat abang Salleh dalam cerita Upin Ipin tu.. tak tahu la kenapa.. kepala dah tersetkan mungkin.. Sebab setiap hari tengok Upin Ipin agaknya.. ada anak kecil macam ni la.. selalu tengok karton je..

Ha meh eda nak cerita sikit pasal soya ni.. betul ke soya ni boleh buat lelaki jadi lembut??

Image result for soya

Nutrisi adalah sains, bukan kepercayaan semata-mata. Walau bagaimanapun, bila masuk bab soya, ia tak jadi berasaskan fakta tapi tanggapan dan kepercayaan saja.

Biasanya yang disebarkan tentang soya ialah, ia menyebabkan lelaki menjadi seperti wanita (pondan) dan menurunkan kesuburan lelaki, kerana ia meningkatkan paras estrogen (hormon wanita).


🌕Soya Menyebabkan Lelaki Menjadi Lembut

Related image

(sory ye dik sebab akak tarok gamba ni sebab akak pon suke tengok adik belakon dalam cite sutun tu.. hehehe)

Kandungan phytoestrogen di dalam soya dikatakan satu perkara yang menjadi kerisauan.

Estrogen adalah hormon wanita, sedangkan lelaki perlukan hormon testosteron untuk kelelakiannya.

Phytoestrogen dikatakan bertindak macam estrogen jadi tak ngamla dengan lelaki kan? Takut la lelak jadi lembut ka, pondan ka..

Tapi kajian yang dibuat:

“Soybean isoflavone exposure does not have feminizing effects on men: a critical examination of the clinical evidence.” Fertil Steril. 2010 May 1;93(7):2095 –104.

Laporan tersebut membuktikan bahawa isoflavon dalam soya tidak memberi kesan ‘kewanitaan’ kepada kaum lelaki.


🌕Soya Menurunkan Paras Hormon Kelelakian

Image result for hormon lelaki

Bila hormon kelelakian menurun, lelaki menjadi mandul, tak subur. Menjejas produktiviti. Benarkan pengambilan soya menjejeas kesuburan lelaki? 

“Clinical studies show no effects of soy protein or isoflavones on reproductive hormones in men: results of a meta-analysis.” Fertil Steril. 2010 Aug;94(3):997–1007″

Laporan yang dihasilkan selepas ujian klinikal untuk mengkaji kesan soya terhadap lelaki —> PROTEIN SOYA TIDAK MEMBERI KESAN KEPADA HORMON LELAKI.


Malah, sebenarnya pengambilan soya sangat penting untuk lelaki, berdasarkan laporan kajian ini:

“Soy protein isolate and protection against cancer.” J Am Coll Nutr. 2005 Apr;24(2):146S –9S.

“Feasibility of a low-fat/high-fiber diet intervention with soy supplementation in prostate cancer patients after prostatectomy.” Eur J Clin Nutr. 2008 Apr;62(4):526 –36.


🌕Protein Soya mengurangkan risiko kanser prostat!

Related image

Nampaknya cerita-cerita buruk tentang soya hanyalah tanggapan semata-mata. Berhentilah menyebarkan keburukan soya yang tidak berasas, kerana mungkin kita telah menjauhkan orang lain dari perkara-perkara yang boleh membantu dalam meningkatkan kesihatan mereka.


Dan ramai yang minum soya terlebih2 pula suburnya.


Jadi kaum adam, mengapa takut nak makan atau minum soya?? tak kan hilang jantan korang tu.. ce tengok orang Jawa makan tempe (diperbuat dari kacang soya) elok je tak jadi perempuan pon kan.. 



 Semoga bermanfaat ya..  

Jangan segan silu untuk menghubungi Eda untuk membeli produk Shaklee atau anda juga saya boleh daftarkan untuk menjadi ahli Shaklee.. Jangan malu-malu ya.. 

Kalau nak semak harga produk Shaklee boleh 
klik sini --> Harga Produk Shaklee

Eda Ejai
♥Shaklee Independent Distributer [ID No : 888 102]
♥Sms/whatsapp/telegram/wechat : 013-397 6474
♥1642 8561 0089 Maybank Nor Hidawati

Saya juga mengenyorkan juga anda untuk terus order sebarang produk Shaklee kegemaran anda secara online menggunakan kreadit / debit kad melalui link di bawah. Klik sahaja gambar dibawah dan ikut arahan yang diberikan. =D



4 comments:

Amer Ridzuan said...

Setuju sangat dengan staement cik Eda. Saya pun ada banyak juga baca pasal kesan soya nih sebab saya pun bolehlah dikatakan penggemar soya hahaha. Terima kasih atas info ini. Saya follow blog cik Eda ye!

http://ameridzuan.blogspot.my/

Unknown said...

Xpayah la nak gebang. Bace article dlm bahase inggeris lg banyak kesan buruk soya ni. Kat US tu berapa byk dah maknyah ngn gay. Diirg dah buat kajian dah pn pasal soya ni. Mase baby minum lg cpt jd lembut die. Baby mana reti nak kawal paras hormon sbb tu die cipta susu berasakan soya.

Hida Kadiso said...

terima kasih atas sokongan dari en Amir Ridzuan =D

Hida Kadiso said...

en Unknown, tak baik tau baling batu sembunyi tangan.. kalau betul makan soya boleh buat jadi lembut, maksudnya semua orang JAWA jadi lembut la.. sebab orang JAWA makan tempe.. tempe asal dari kacang soya tau.. =D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...