Siapa kata makanan yang diambil sudah mencukupi untuk menampung keperluan tubuh? Bagi mendapatkan jawapan, ikuti penerangan terperinci mengenai hal ini.
Peningkatan
taraf hidup dan ekonomi menyebabkan berlakunya lambakan makanan. Jadi,
mendapatkan keperluan nutrien sepatutnya tidak menjadi masalah besar. Namun,
menjalani kehidupan sehari-hari yang sibuk menyebabkan hal berkaitan penjagaan
kesihatan dan kesempurnaan pemakanan terabai.
Mungkin ada di kalangan kita cuba mendapatkan makanan yang berkualiti
dan terbaik di celah kesibukan menguruskan kehidupan harian tetapi percayalah
anda sebenarnya masih gagal menjaga pemakanan dengan sempurna.
Kebanyakan orang tahu pemakanan yang kaya dengan vitamin dan mineral
seimbang sangat bermanfaat untuk kesihatan. Pun begitu, hal ini sering
diabaikan. Oleh sebab itu, anda perlulah berubah sikap! Tabiat pengambilan
suplemen vitamin dan mineral boleh membantu mengatasi masalah ini. Tambahan
pula suplemen multivitamin yang diambil setiap hari boleh menyediakan seribu
satu kebaikan dalam jangka masa panjang dalam menampung keperluan zat pemakanan
yang tentunya kurang dalam pemakanan anda.
Multivitamin penting untuk tubuh
Perlu diketahui bahawa seiring dengan peningkatan usia, keperluan
nutrien juga turut berubah. Kajian menunjukkan bahawa walau pun individu
tersebut mengamalkan pemakanan sihat penuh dengan vitamin dan mineral,
keperluan tersebut tidak mampu menampung keperluan tubuh terutama
sekali di dalam kesibukan dan keadaan individu itu sendiri. Maka
multivitamin harian memainkan fungsinya dengan memberikan pelbagai manfaat
kepada tubuh.
Secara umum, suplemen multivitamin dapat membantu dari segi:
Menjaga kesihatan jantung.
·
Meningkatkan tahap tenaga
·
Meningkatkan sistem imun tubuh
·
Menguatkan tulang
·
Kesihatan mata dan penglihatan
·
Menjaga kualiti kulit sihat
Zat
pemakanan memainkan peranan penting dalam meningkatkan mutu kesihatan. Selain
menampung kekurangan vitamin pada tubuh, bahan tambahan ini juga bertindak
sebagai merawat penyakit yang berkaitan dengan kekurangan vitamin dan mineral.
Antara indivitu yang digalakkan
mengambil multivitamin ialah
·
Wanita
hamil dan menyusu anak
·
Pengamal
diet yoyo
·
Perokok
·
Pengamal
vegetarian
·
Pemnium
alkohol yang kerap
·
Pesakit
yang perlu mengikuti jadual pemakanan yang khusus.
·
Warga tua
yang tidak boleh menyerap vitamin B12.
·
Golongan
yang kerap memakan makanan yang dimasak panas. Hal ini kerana vitamin hilang
dalam proses memasak.
Sebutir
suplemen multivitamin setiap hari mampu memenuhi kekurangan zat pada tubuh.
Malah, ini juga merupakan kaedah yang paling berkesan dalam menggalakkan
pengambilan mikronutrien. Perlu diketahui ketika meninjau untuk membeli
multivitamin, anda disarankan untuk memberi tumpuan kepada gabungan vitamin dan
mineral yang ada, bukan amaun bagi setiap kandungan mineral dan vitamin.
Rujuklah kepada ahli farmasi yang bertauliah untuk mendapatkan informasi
tentang multivitamin yang perlu diambil oleh anda.
Ketahuilah
suplemen multivitamin yang baik seharusnya mempunyai gabungan zat pemakanan
yang seimbang dan memenuhi keperluan vitamin dan mineral teras. Hanya dengan
cara itu, barulah tubuh memperoleh semua kebaikannya.
*Dipetik dari majalahpama.my
*Dipetik dari majalahpama.my
Semoga bermanfaat ya..
Jangan segan silu untuk menghubungi Eda untuk membeli produk Shaklee atau anda juga saya boleh daftarkan untuk menjadi ahli Shaklee.. Jangan malu-malu ya..
Kalau nak semak harga produk Shaklee boleh
klik sini --> Harga Produk Shaklee
Eda Ejai
♥Shaklee Independent Distributer [ID No : 888 102]
♥Sms/whatsapp/telegram/wechat : 013-397 6474
♥1642 8561 0089 Maybank Nor Hidawati
Saya juga mengenyorkan juga anda untuk terus order sebarang produk Shaklee kegemaran anda secara online menggunakan kreadit / debit kad melalui link di bawah. Klik sahaja gambar dibawah dan ikut arahan yang diberikan. =D
No comments:
Post a Comment