3 CONTOH PENIAGA PENUNGGANG AGAMA..


Image result for saudagar unta arab cartoon

(1) Menggunakan label2 "sunnah" atau "makanan syurga" hingga menidakkan produk lain.
Contohnya Rasulullah makan gandum, kita makan nasi. Lalu Peniaga A yg menjual gandum menyatakan "Apa barang makan nasi? Rasulullah makan gandum hang tau dak?!"
.
(2) Menggunakan nama sahabat Rasulullah & para ulama utk menghalalkan kegiatan mungkar (yang sendiri pun buat).
Contohnya menggunakan nama Abdul Rahman Auf utk memotong harga dan merosakkan pasaran. Sedangkan, walaupun Abd Rahman Auf menjual unta pada harga kos tapi beliau menjual talinya dengan keuntungan yang besar. Malah, "pakej" harga unta & tali yang dijual lebih mahal daripada harga penjual unta lain.
.
(3) Membesarkan perkara yang bukan-bukan hingga mengelirukan orang
Contohnya menggunakan istilah "air mineral ini dijamin halal". Memang ada ke air mineral yang tak halal?
.
Lebih memburukkan keadaan bila peniaga2 di atas dan peniaga2 penipu sebegini berselindung disebalik imej agama. Contohnya serban paling tinggi, tudung paling labuh, niqab paling tutup dahi. Hingga menjadi fitnah kepada agama Islam itu sendiri. Penunggang agama sebeginilah yang buat orang ada persepsi "Ala.. pakai tudung pun tak semestinya baik..".
Nauzubillah min zalik
.

Dugaan, cabaran dan hasutan iblis seringkali datang menerjah peniaga2 malah sesiapa saja yg mahu merintis jalan mengikut kehendak agama... oleh itu kita kena sentiasa jujur dalam beragama. bukan sebagai penunggang yang menyebabkan fitnah kepada agama yang kita sayang ni...


dipetik dari wall fb puan Lyna Noh



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...