Batuk Dan Selsema Ketika Hamil..


"Assalamuallaikum doktor. Saya hamil 16 minggu. Saya mengalami selsema. Kepala saya asyik berdenyut-denyut dan saya mengalami batuk berpanjangan. Saya mohon penerangan doktor. Terima kasih"

Walaikummusalam.

Apabila seorang wanita hamil, sistem pertahanan badan akan menjadi rendah. Ini bertujuan untuk melindungi bai dalam rahim, tetapi puan akan lebih mudah terkena jangkitan kuman yang menyebabkan atuk san selsema.

Ini bermakna, ketika hamil sistem pertahanan badan puan menjadi rendah dan demam selsema akan menjadi lebih teruk.

Sesema adalah antara tanda puan diserangppenyakit sinuditis. Antara tanda lain ialah:

1) Sakit tekak.
2) Batuk.
3) Hidung tersumbat.
4) Sakit kepala.
5)Demam.

Bagi wanita yang hamil, saya tidak menggalakkan penggunaan ubat-ubatan kecuali jika ianya perlu dan boleh mengancam nyawa ibu aau bayi dalam rahim.

Mustahil bagi puan melindungi diri daripada virus yang menyebabkan selsema, tetapi puan boleh meningkatkan daya tahan dalam tubuh puan.

Antaranya ialah:

1) Makan makanan yang sihat dan seimbang. Banyakan makan buah-buahan dan sayur-sayuran segar. Ini akan memberikan sumber mineral dan vitamin antioksidan seperti vitamin C yang dapat memantu melawan jangkitan.

2) Minum banyak air sekurang-kurangnya 1.5 liter dalam sehari. Selain air mineral,, puan boleh minum jus buah-buahan untuk  rehidrasi dan melonggarkan lendiran yang pekat. Cuba kurangkan minuman berkafein atau minuman manis.

3) Berehatlah apabila rasa perlu untuk meminimakan tahap stress puan. Kadar stress yang tinggi akan menyebabkan daya tahan puan bertambah rendah.

4) Bersenamlah. Dengan senaman  ringan kerana ia menggalakkan peredarah darah dalam badan dan membantu anda melawan jangkitan.

5) Jika anda merokok, berhentilah. Jika puan tidak merokok, pastikan rumah puan tiada orang yang merokok dan rumahh tidak dipenuhi habuk.

6) Saya jua menggalakkan puan mengambil multivitamin untuk kehaamilan. Bincanglah dengan doktor puan terlebih dahulu.


Saya selalu memberitahu pesakit saya bahawa rawatan yang terbaik bagi selsema dengan meminum air yang banyak dan berehat apabila anda rasa letih.

Puan juga boleh mencuba kaedah rawatan tanpa ubat.

Untuk hidung tersumbat, cuba kaedah rawatan pernafasan wap. Tambahkan dua atau tiga titik minyak eukaliptus (menthol) seperti vicks dan minyak cap kapak ke dalam satu mangkuk air panas. Tutup kepala puan dengan sehelai tuala dan tundukkan kepala sehinga tuala itu turut melitupi mangkuk tadi. Kemudian , tarik nafas supaya wap panas masuk ke hidung untuk membantu membuka rongga-rongga hidung.

Puan juga boleh membuka air panas di pancuran mandi dan biarkan bilik air itu berwap. Duduk di dalam bilik air selama 10 minit dan bernafas seperti biasa. Seblum itu pastikan bilik air puann bersih dahulu.

Untuk melegakan hidung terrsumbat pada waktu malam atau ketika puaberada di luar rumah, titikkan minak eukaliptus (vicks atau minyak cap kapak) diatas kertas tisu lembut dan hidu tisu itu seberapa kerap yang boleh.

Jika puan mengalami rasa sakit tekak dengan batuk, minum air panas bercamur madu dan lemon. Gula-gula untuk mengurangkan batuk seperti strepsil juga boleh membantu.

Untuk melegakan sakit kepala atau demam, puan boleh ambil paracetamol mengikut dos yang dinasihatkan oleh doktor atau ahli farmasi.

Cuba elakkan menggunakan ubat batuk dan selsema untuk dimakan walauun ia selamat jika digunakan mengikut dos yang ditetapkan.

Walaubagaimanapun ubat titik hidung yang mengandungi oxymetazoline atau oylometazoline selamat digunakan jika kaedah altenatf tidak emberikan kelegaan.

Jika tanda-tanda demam selsema dan batuk puan tidak berkurang selepas beberapa hari, atau puan mengalami rasa sukar bernafas, jumpalah doktor. Mungkin puan mengalami jangkitan yang lebh serius dan memerlukan rawatan lanjut.

Wallahu a'lam..


Dipetik dari blog Dr Zubaidi  dengan entry yang bertajuk Batuk dan selsema ketika hamil.



Saya sangat menyokong dengan fakta yang Dr Zubaidi nyatakan.. Ibu hamil memang memerlukan bekalan makanan tambahan. Jika kita mengalami batuk atau pon selsema semasa hamil memang lain kesannya pada tubuh badan. Maklum sajalah satu orang tapi ada dua badan yang perlu dikongsi segala vitamin dan khasiat makanan yang dimakan.. Tambahan pula usia yang makin bertambah. Hamil pula anak yang ke-tiga atau ke-empat. Daya tahan melawan penyakit pasti menurun. 

Oleh sebab itu juga Shaklee ada menyediakan Set Hamil khas buat ibu-ibu yang sedang hamil..



Anda boleh memilih samada mahukan Set Hamil Trimester 1, atau..





Set Ibu Hamil Cergas, atau paling menjadi rebutan dipasaran..






Terpulang kepada anda set mana yang mahu dan mampu anda miliki.. semuanya terpulang kepada anda.. Yang pasti semuanya baik untuk diri anda dan paling utama sekali ia sangat bagus buat si manja di dalam kandungan anda.. 


 Jangan segan silu untuk menghubungi saya untuk membeli produk Shaklee atau anda juga saya boleh daftarkan untuk menjadi ahli Shaklee.. Jangan malu-malu ya.. 

Eda Ejai
♥Shaklee Independent Distributer [ID No : 888 102]
♥Sms/whatsapp/telegram/wechat : 013-397 6474
♥hidawati.kadiso@gmail.com
♥eda83.blogspot.com
♥www.facebook.com/edaejaishop


Saya juga mengenyorkan juga anda untuk terus order sebarang produk Shaklee kegemaran anda secara online menggunakan kreadit / debit kad melalui link di bawah. Klik sahaja gambar eSELL dibawah dan ikut arahan yang diberikan. =D




 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...