Hari Ke Enam Ramadhan: Jaga Deria Daripada Perkara Yang Lagho..


Alhamdulillahh dah hari ke enam.. lagi sehari dah nak masuk seminggu kita berpuasa.. syukur nikmat tuhan.. 

Ada ada terbaca tentang menjaga deria pada bulan puasa ni dari perkongsian Ustaz Muhamad Abdullah Al Amin yang dibicarakan pada pendengar di IKIM fm


Deria mata.

Pada bila-bila masa, dan terutamanya pada bulan ramadhan ini, umat Islam disuruh untuk menjaga pandangan mata. Kita dilarang memandang benda haram atau benda-benda mahruh atau najis. Sebaliknya kita disuruh untuk memandang benda-benda yang luas contohnya: langit, bintang-bintang, lautan, alam yangkehijauan dan juga selain itu melihat wajah ibu dan memandang wajah pasangan dengan pandangan kasih sayang maka Allah akan pula memandang mereka berdua dengan pandangan rahmat.

Turut menjadi penyejuk mata adalah dengan memandang perkara yang membawa ingatan kepada kekuasaan Allah SWT seperti Kaabah dan Al Quran.


Deria Telinga.

Adalah tidak kurang pentingnya penjagaan yang baik bagi deria ini. Umat Islam disaran untuk menghiaskan diri, rumah, masjid dengan wangi-wangian. Ketika menjalani ibadah puasa, Ustaz Muhamad mengingatkan kita adalah Mahruh hukumnya untuk memberus membasuh mulut selepas Zohor kerana tidak selesa dengan bau mulut, sedangkan bagi Allah ia adalah wangi di sisiNya kerana keikhlasan berpuasa kita.


Deria Rasa (Mulut)

Ada dua perkara yang perlu dipelihara ketika berpuasa mahupun ketika hari-hari biasa seorang Muslim dalam penjagaan deria rasa dan mulut ini. Pertama adalah menahan diri dari kebiasaannya untuk menjamah makanan pada siang hari. Dengan terhentinya makan melalui ibadah berpuasa ini, ia memberikan kegembiraan menikmati makanan ketika berbuka puasa. Inilah yang dikatakan tentang dua kegembiraan atau dua kenikmatan sepertimana hadis iaitu kegembiraan ketika waktu berbuka puasa dan ketika bertemu dengan Allah membawa amalannya nanti.


Deria Sentuh (Kulit)

Turut diingatkan adalah deria merasa sentuhan iaitu apa yag boleh dipegang oleh seseorang. Pastikan kita tidak mengambil atau membuat sesuatu yang dimurkai oleh Allah baik yang jelas haram hukumnya mahupun mahruh dan syubhah bagi mendidik diri sentiasa bersikap jujur pada setiap masa.


Pentingnya menjaga deria-deria diatas adalah kerana ianya membawa kita kepada matlamat puasa iaitu ketakwaan yang sebenar-benarnya. Melalui ketakwaan kita akan setiasa mempunyai rada diperhatikan Allah dalam setiap perbuatan. Maka dengan terpeliharanya anggota badan, yang menjadikan seseorang hamba itu seorang yang tenang hatinya, rasional fikirannya serta berhikmah dalam perlakuannya. Ini adalah pati bagi kejayaan untuk berjaya di dunia dan akhirat.. 


Ha best kan cerita pasal menjaga deria di bulan puasa ni.. panjang lebar dan sangat terang penjelasannya.. 

Okeh habis dah pasal deria, seperti yang eda janjikan eda nak share tentang menu sahur dan berbuka untuk hari ke enam..



Nampak banyak kan menu waktu berbuka ni.. ada ikan masak masam manis, ada kangkong.. nampak sangat seimbang kan ada sumber protein dan mineral serta zat besi.. menarik kan.. 


Semoga bermanfaat ya..  


Jangan segan silu untuk menghubungi eda untuk membeli produk Shaklee atau anda juga saya boleh daftarkan untuk menjadi ahli Shaklee.. Jangan malu-malu ya.. 

Kalau nak semak harga produk Shaklee boleh 
klik sini --> Harga Produk Shaklee

Eda Kadiso
♥Shaklee Independent Distributer [ID No : 888 102]
♥Sms/whatsapp/telegram: 013-397 6474
♥1642 8561 0089 Maybank Nor Hidawati
♥ 10109-41-00018190-3 BSN Nor Hidawati Kadiso

Saya juga mengenyorkan juga anda untuk terus order sebarang produk Shaklee kegemaran anda secara online menggunakan kreadit / debit kad melalui link di bawah. Klik sahaja gambar dibawah dan ikut arahan yang diberikan. =D





Ingin dapatkan supplement Shaklee dikawasan anda?

Pulau Pinang
Kepala Batas - Anis Rainanah 010-397 9254  

Johor
Kulai - Shikin 012-734 2653

Perak
Sitiawan - Azura 019-517 1797
Kuala Kangsar - Zalifah 013- 507 2165

Negeri Sembilan
Kuala Pilah - Anizah 019-330 4684

Kuala Lumpur
Cheras - Salmiah 018-778 8583 
Cheras - Salwahida 017-308 4239
Bandar Tun Razak - Faizah 019-248 1804 

Selangor
Shah Alam - Sharifah 019-372 5064
Shah Alam - Noriyani 012-311 2240  

Putrajaya/Kajang/Bangi
Shima - 016-636 1793
Umi Fadzilah - 012-409 0008
Shelyna - 012-243 8443


1 comment:

Anonymous said...

KARAT : Online casino, poker, karaton, dominoqq - Kalaitan
KARAT : Online casino, poker, karaton, dominoqq. KARAT : Online casino, poker, karaton, dominoqq. 온카지노 사이트 KARAT : Online casino, poker, karaton, dominoqq. KARAT : Online casino, poker, karaton, dominoqq.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...