Hari Ke Sembilan Ramadhan: Ramadhan Check List..


Selalunya bila bulan ramadhan sampai mesti kita fikirkan tentang persediaan yang akan kita buat selain daripada bayar puasa tahun lepas.. hehehe.. biasalah.. wanita normal memang akan tak puasa penuh sebulan kan.. 

Jadi apa yang boleh kita buat list untuk bulan puasa ni ya..


1. Bertaubat

Tak perlu tunggu sudah melakukan kesalahan yang besar baru nak bertaubat. Sebaiknya taubat perlu diamalkan secara konsisten supaya kita selalu ingat akan kesalahan dan secara tak langsung ia memperkuatkan ibadah kita.

Setiap insan pasti tak lari dari malakukan kesilapan, tetapi kesalahan itu mengajar kita supaya lebih peka dan menjadikan kita jadi baik.

Oleh itu, taubat itu dapat menghalang kita dari membuat kesalahan yang sama.


2- Tingkatkan Kualiti Ibadah

Semasa melakukan ibadah, kita boleh sentiasa berusaha agar memperbaiki kelemahan kita seperti terleka semasa solat, tidak khusuk ataupun mula membaca surah baru.

Selain dari itu kita juga boleh mencuba mendisiplinkan diri dengan bangun lebih awal pada waktu subuh, hadir lebih kerap ke masjis (selepas PKP nanti), berdoa setiap kali selepas solat dan banyak lagi.


3- Lakukan Ibadah Tambahan

Antara ibadah yang boleh kita lakukan adalah seperti berikut:

a) Baca Al-Quran
b) Lebihkan bersolat dan berzikir
c) Puasa sunat dan puasa ganti (sebelum bulan ramadhan)


4- Mengelak Lakukan Perkara Negatif dan Kawal Perbuatan

Kawallah diri dari bergosip, bermalas-malasan dan bersangka buruk.

Teruskan sikap positif, mudah-mudahan kita akan berada dalam kedudukan yang lebih baik pada bulan ramadhan dan hari-hari yang mendatang..


5- Berpuasa Lebih Awal (sebelum ramadhan)

Kelebihan puasa secara awal dari sebelum bulan ramadhan (selain daripada mendapat pahala), amalan ni adalah sangat baik untuk tubuh kita membiasakan diri dengan berpuasa.

Jadi tidaklah badan kita tekejut dan terlalu letih pada hari pertama bulan ramadhan.


6- Tidak Membazir

Sebaiknya kita memasak atau membeli juadah berbuka secara bersederhana.. Ya memang eda faham bulan ramadhan ni kita memang lebih cenderung untuk membeli makanan yang nampak sedap di mata.. tetapi kita lupa yang perut kita boleh atau tidak untuk menampung makanan yang kita beli tersebut.. Jangan berlebih-lebih ya..


7- Waktu Tidur Yang Lebih Baik

Cuba ubah waktu tidur yang akan membantu rutin ramadhan kita. Jika boleh kita tidur awal agar udah bangun sahur. Tetapkan disiplin apabila kita tidur dan bangun serta cuba mendapatkan tidur yang berkualiti.


8- Pastikan Kesihatan Yang Baik

Bagi mereka yang mempunyai kesihatan yang tidak menentu seperti darah tinggi, kencing manis, gastrik atau apa-apa penyakit lain, jangan lupa berjumpa dengan doktot terlebih dahulu untuk memastikan anda boleh berpuasa atau tidak.


9- Tetapkan Matlamat.

Tetapkan hati dan lakukan apa yang kita inginkan. Ia adalah baik untuk matlamat dalam apa jua yang kita inginkan dalam bulan ramadhan ini.. Tidak hanya untuk bulan ramadhan ni sahaja, tetapi matlamat dalam hidup juga..


10- Rancang Lebih Awal

Seperti tahun-tahun yang lepas pasti kita sudah membuat perancangan tentang terawikh, berbuka puasa di mana dan sebagainya.

Ramadhan kali ini kita cuba rancang sebaik mungkin agar semua yang kita plan menjadi kenyataan.

Antaranya adalah seperti membeli dan menyiapkan stock barang runcit dan makanan agar mudah kita menyediakan hidangan berbuka dan bersahur tepat pada waktunya.

Yang pastinya semoga kita mempunyai ramadhan yang memuaskan dan semoga ia dapat mengubah kita untuk menjadi insan yang lebih baik..



Habis dah pasal check list bulan ramadhan.. jom kita refresh balik menu detox hari kedua ya.. 




Nak detox jangan malas okeh..


Semoga bermanfaat ya..  


Jangan segan silu untuk menghubungi eda untuk membeli produk Shaklee atau anda juga saya boleh daftarkan untuk menjadi ahli Shaklee.. Jangan malu-malu ya.. 

Kalau nak semak harga produk Shaklee boleh 
klik sini --> Harga Produk Shaklee

Eda Kadiso
♥Shaklee Independent Distributer [ID No : 888 102]
♥Sms/whatsapp/telegram: 013-397 6474
♥1642 8561 0089 Maybank Nor Hidawati
♥ 10109-41-00018190-3 BSN Nor Hidawati Kadiso

Saya juga mengenyorkan juga anda untuk terus order sebarang produk Shaklee kegemaran anda secara online menggunakan kreadit / debit kad melalui link di bawah. Klik sahaja gambar dibawah dan ikut arahan yang diberikan. =D





Ingin dapatkan supplement Shaklee dikawasan anda?

Pulau Pinang
Kepala Batas - Anis Rainanah 010-397 9254
Kepala Batas - Afza Zulaika 017-533 4050  

Johor
Kulai - Shikin 012-734 2653

Perak
Sitiawan - Azura 019-517 1797
Kuala Kangsar - Zalifah 013- 507 2165

Negeri Sembilan
Kuala Pilah - Anizah 019-330 4684

Kuala Lumpur
Cheras - Salmiah 018-778 8583 
Cheras - Salwahida 017-308 4239
Bandar Tun Razak - Faizah 019-248 1804 

Selangor
Shah Alam - Sharifah 019-372 5064
Shah Alam - Noriyani 012-311 2240  

Putrajaya/Kajang/Bangi
Shima - 016 - 636 1793
Umi Fadzilah - 012-409 0008
Shelyna - 012 -243 8443






1 comment:

Marsya said...

Numpang promo ya Admin^^
ajoqq^^com
mau dapat penghasil4n dengan cara lebih mudah....
mari segera bergabung dengan kami.....
di ajopk.club....^_~
segera di add Whatshapp : +855969190856

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...