Berapa Banyak Air Yang Harus Kita Minum Setiap Hari?

Mengapa kita perlu minum cukup air?


Nutrien yang paling penting dalam tubuh badan kita adalah air. Kira-kira 60% tubuh kita terdiri daripada air. Hampir semua sistem badan kita memerlukan air agar dapat berfungsi dengan baik. Air diperlukan untuk pencernaan, mengatur suhu badan, menghilangkan racun, melembabkan kulit dan sebagainya.

Kekurangan air dalam tubuh dapat menyebabkan hidrasi.. Dimana keadaan yang terjadi pada tubuh badan jika kekurangan air untuk melaksanakan fungsi-fungsi normal organ dalam tubuh.. Jika berlaku kehilangan 10% dari berat tubuh ia merupakan hidrasi, namun kehilangan 2% dapat menyebabkan kurang tenaga dan mudah merasa letih..

Kekurangan air dalam waktu yang lama boleh menyebabkan tubuh badan lebih terdedah terhadap berbagai penyakit.

Ada beberapa teori yang diketengahkan sebagai saranan jumlah aie yang perlu diminum oleh orang dewasa. Antara yang paling popular adalag 'Teori Penggantian' dan 'Teori Lapan Gelas Sehari'


Teori Penggantian. 


Salah satu teori yang paling popular tentang jumlah air yang harus diminum disebut sebagai teori pengantian (replacement theory) atau teori pemulihan (replenishment theory).

Teori ini menyebutkan bahawa tubuh badan manusia memerlukan masukan air setiap hari dengan sejumlah air yang dikeluarkan dari tubuh setiap hari.

Kebanyakan orang dewasa mengeluarkan urin (air kencing) dalam 1.5 liter setiap hari. Kita juga kehilangan dalam 1 liter air setiap hari melalui pernafasan, peluh dan najis. 

Makanan menyumbangkan 20% dari keperluan air harian, oleh itu minum 2 liter air akan cukup untuk menggantikan cairan yang keluar dari tubuh setiap hari..

Meskipun secara kira-kira ini sangat kasar, namun teori ini banyak digunakan kerana dianggap mendekati jumlah keperluan air untuk tubuh badan orang dewasa yang sihat.



Teori Lapan Gelas Air Sehari..


Teori ini menyarankan minum 8 gelas sehari untuk memenuhi keperluan air pada orang dewasa. Kerana dalam segelas air hampir dengan jumlah air sebanyak 250ml, makan kalau 8 gelas air dianggap bersamaan dengan 2 liter air. Teori ini sangat popular sebagai saranan jumlah keperluan air minum setiap hari kerana mudah diingati.

Jika orang menganggap bahawa 2 liter air itu seperti terlalu banyak untuk diminum, makan minum 8 gelas air sehari kedengarannya lebih boleh diterima olah orang ramai kerana kebiasaannya orang minum menggunakan gelas.


Faktor Yang Mempengaruhi Keperluan Air 
Keperluan minum setiap orang boleh jadi berbeza-beza. Ini adalah disebabkan oleh:

1- Aktiviti Fizikal
Orang yang banyak bersenam mengeluarkan air dari tubuhnya melalui peluh. Sebagai contoh buruh kasar.

2 - Bentuk Muka Bumi.
Iklim yang panas dan lembab sepanjang tahun menyebabkan orang lebih mudah berpeluh. Tempat yang berada di ketinggian lebih dari 2500 meter menyebabkan orang lebih sering mengeluarkan urin dan bernafas dengan lebih cepat sehingga lebih banyak mengeluarkan air dari tubuh badan.

3 - Keadaan Kesihatan.
Ada beberapa penyakit dapat menyebabkan orang sering muntah atau cirit birit sehinggakan orang itu perlu minum banyak untuk menggantikan cecair pada tubuhnya agar tidakk mengalami hidrasi.

4- Kehamilan Dan Penyusuan Bayi.
Wanita hamil dan wanita yang menyusukan anak harus minum banyak air untuk memenuhi keperluan ibu dan anak. Khasnya pada wanita yang menyusukan anak. Ibu yang menyusukan anak sangat memerlukan air yang banyak untuk menghasilkan susu terus-menerus. Wanita hamil juga disarankan minum lebih dari 2 liter air sehari.


Tips Minum Air Secara Sederhana Dan Sihat.

-Minum air minima 2 liter atau 8 gelas air sehari.
-Jarakkan waktu minum. Minum beberapa kali sehari lebih baik daripada minum 3 kal sehari hanya pada waktu selepas anda makan.
- Jangan minum terlalu banyak air dalam sekali minum.
- Jangan minum semasa anda sudah merasa sangat dahaga, kerana pada ketika inisecara biologinya tubuh kita mungkin sudah berada pada kondisi hidrasi.


Apa yang boleh Shaklee bantu anda?

Anda mungkin boleh mengambil air bersama Performance Drink agar cecair dalam badan anda dapat dikekalkan..



Performance Drink ini sebenarnya minuman elektrolit yang lengkap dengan campuran unik karbohidrat-karbohidrat.

Antara elektrolit yang utama dalam badan adalah:

-Sodium Ion
-Chloride Ion
-Magnesium Ion
-Calcium Ion
-Potassium Ion


Kesemua elektrolit ini berfungsi sebagai:

-Mengawal keseimbangan air dalam sel badan
-Penting dalam menghasilkan impuls elektrik yang perlu digunakan oleh saraf-saraf dan otot-otot badan. 





Jangan segan silu untuk menghubungi Eda untuk membeli produk Shaklee atau anda juga saya boleh daftarkan untuk menjadi ahli Shaklee.. Jangan malu-malu ya.. 

Kalau nak semak harga produk Shaklee boleh 
klik sini --> Harga Produk Shaklee

Eda Ejai
♥Shaklee Independent Distributer [ID No : 888 102]
♥Sms/whatsapp/telegram/wechat : 013-397 6474
♥eda83.blogspot.com
♥www.facebook.com/edaejaishop


Saya juga mengenyorkan juga anda untuk terus order sebarang produk Shaklee kegemaran anda secara online menggunakan kreadit / debit kad melalui link di bawah. Klik sahaja gambar eSELL dibawah dan ikut arahan yang diberikan. =D











No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...