Rawatan Hyper Thyroid Dan Simptom-simptomnya..

Apakah Hyper thyroid??



Hyper thyroid ialah kelenjar thyroid kita mengeluarkan lebih hormon thyroid. Di dalam tubuh badan kita ade terdapat beberapa kelanjar dan kelenjar thyroid ini terletak dibahagian hadapan leher. Thyroid ini berfungsi untuk mengawal metabolisme, memberi keupayaan kepada tubuh untuk memperoses makanan kepada tenaga. Kelenjar ini juga memberikan kesan kepada jantung, utot, tulang dan kolestrol.


Jika terdapat hormon thyroid yang berlebihan boleh mengakibatkan banyak sistem dalam tubuh menjadi cepat. Antara kesan jika berlaku lebihan dalam hormon thyroid ini termasuklah rasa berdebar, hilang mood, kekurangan berat badan secara mendadak, degupan jantung yang laju dan berpeluh.

Jangan risau atau ragu jika anda telah pon mengidap hyperthyroid kerana ia boleh dirawat dan boleh kembali hidup seperti biasa. Tetapi jika tidak dirawat dengan lebih cepat ia boleh membawa masalah kepada jantung yang serius, masalah tulang dan satu keadaan yang merbahaya dikenali sebagai 'thyroid storm'.


Punca berlakunya Hyper Thyroid.

Selalunya ia berpunca daripada Grave's Disease. Ia terjadi apabila sistem pertahanan menulajadi tubuh menyerang kelenjar thyroid dan kelenjar ini melawan semua dengan menghasilkan terlalu banyak hormon thyroid. Faktor keturunan juga adalah salah satu punca berlakunya hyper thyroid.


Selain dari tu, hyper thyroid juga boleh disebabkan oleh pembengkakan thyroid atau ketumbuhan kecil pada thyroid yang dikenali sebagai nodul thyroid..


Bagaimana Hyper Thyroid Didiagnos??


Sudah semestinya doktor yang merawar anda akan bertanyakan tentang simptom yang anda alami dan melakukan beberapa pemeriksaan fizikal. Kemudian ujian darah akan dilakukan bagi mengetahui kandungan hormon thyroid di dalam tubuh.


Simptom-simptom Hyper Thyroid

1- Merasa gementar, tiada mood, lemah dan letih.
2- Tangan menggeletar, jantung berdegup pantas atau mengalami kesukaran bernafas.
3- Kepanasan dan berpeluh, kulit menjadi kemerah-merahan dan gatal.
4- Hilang berat badan walaupun tetap mengambil makanan seperti biasa.


5- Mengalami keguguran rambut.


Hyper Thyroid boleh dirawat..

Jika simptom diatas mengganggu anda, mungkin doktor mungkin memberikan pil yang dipanggil beta-blockers. Pil ini membantu anda merasa lebih selesa. Harus diingat bahawa hyper thyroid boleh menyebabkan masalah lain yang lebih serius. Walaupun simptom di atas tidak mengganggu tetapi rawatan tetap diperlukan..

Selepas rawatan, sekurang-kurangnya 3 bulan sekali ujain darah perlu dilakukan. Ujian ini dilakukan untuk memastikan hyper thyroid tidak berulang kembali. Hormon thyroid perlu keluar dengan secukupnya sahaja selepas melalui ujian tersebut. Kadangkala rawatan berjaya dirawat namun ada juga keadaan dimana ia juga boleh menyebabkan masalah apabila hormon thyroid menjadi terlalu sedikit. Andai kata perkara ini terjadi kemungkinan besar anda perlu mengambil pil hormon thyroid untuk seumur hidup.


Nutrisi dan supplement untuk pesakit hyper thyroid.

Simptom-simptom hyper thyroid mungkin boleh dikurangkan dengan mengikut tips berikut:


1- Elakkan makanan yang menyebabkan alahan seperti produk tenusu (susu, keju dan aiskrim), gandum, soya, jagung, bahan pengawet dan bahan kima tambahan dalam makanan. Anda boleh mendapatkan ujian alahan daripada doktor.


2- Makan makanan yang tinggi vitamin B dan zat besi, seperti bijirin penuh (whole grains) dan sayuran segar.

3- Jika anda mengambil ubat hormon thyroid, sila dapatkan nasihat doktor sebelum mengambil peroduk yang berasasakan soya. Terdapat bukti menunjukkan soya boleh mengganggu penyerapan ubatan untuk hormon thyroid.

4- Zat besi juga boleh mengganggu penyerapan ubatan untuk hormon thyroid.


5- Makan makanan yang tinggi antioksidan seperti buah-buahan (bluberry, cerry dan tomato) dan sayuran seperti labu dan bell pepper.


6- Elakkan makanan seperti roti putih, pasta dan gula.


7- Kurangkan pengambilan daging, lebihkan pengambilan ikan, kacang dan protein. Hadkan pengambilan daging yang diproses seperti makanan segera.   


8- Gunakan minyak masak seperti minyak zaitun atau minyak kelapa.


9- Kurangkan atau tinggalkan makanan yang mengandungi lemak trans seperti biskut, kek, kentang goreng, onion ring, donut, makanan yang diproses dan majerin.


10- Elakkan alkohol dan tembakau. Bincang dengan doktor anda sebelum mengambil prosuk yang mengandungi kafein seperti kopi, teh dan minuman ringan.


11- Bersenam sekurang-kurangnya 30 minit sehari atau 5 kali seminggu.



Supplement apa yang Shaklee boleh bantu untuk penyakit ini??





Kebanyakan daripada pelanggan Shaklee Eda yang bermasalah thyroid akan mengambil Vivix sebagai altenatif laian atau supplement yang membantu mereka mengatasi masalah ini.. 

Hal ini kerana Vivix boleh memperbaiki sehingga ke tahap DNA dan sel tubuh manusia.. 


Jom kita tengok testimoni pesakit thyroid yang telah pon menggunakan Vivix..








Semoga bermanfaat ya..  


Jangan segan silu untuk menghubungi Eda untuk membeli produk Shaklee atau anda juga saya boleh daftarkan untuk menjadi ahli Shaklee.. Jangan malu-malu ya.. 

Kalau nak semak harga produk Shaklee boleh 
klik sini --> Harga Produk Shaklee

Eda Ejai
♥Shaklee Independent Distributer [ID No : 888 102]
♥Sms/whatsapp/telegram/wechat : 013-397 6474
♥hidawati.kadiso@gmail.com
♥eda83.blogspot.com
♥www.facebook.com/edaejaishop


Saya juga mengenyorkan juga anda untuk terus order sebarang produk Shaklee kegemaran anda secara online menggunakan kreadit / debit kad melalui link di bawah. Klik sahaja gambar eSELL dibawah dan ikut arahan yang diberikan. =D


1 comment:

Mahamahu said...

Thanks kerana sudi share nice info... dari blog mahamahu.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...